Thursday, November 19, 2009

Gembira... =)


Peperiksaan akhir semester 1 sesi 2009/2010 telah pun berakhir. Sebanyak 7 subjek telah diuji sepanjang peperiksaan ini. Dan pelbagai reaksi dan perasaan yang bercampur baur telah dilalui sepanjang peperiksaan. Al-maklumlah. Cabaran sepanjang peperiksaan di tahun 3 memang agak tinggi. Menguji ketahanan mental dan ketabahan emosi. hahahaha... Apa-apa pun, semester ini telah berakhir. Aku belum lagi pulang ke kampung halaman kerana aku akan menghadiri satu majlis perkahwinan teman serumahku merangkap teman sefalkuti tetapi bukan dalam jabatan yang sama. Kih9x.... Selamat bercuti diucapkan kepada semua yang dapat cuti. hahaha...

Tuesday, November 3, 2009

Final Exam Sem 1 09/10


Peperiksaan akhir semester 1 09/10 bakal bermula. Namun, aku masih lagi tidak cukup bersedia untuk menghadapi peperiksaan ini. Entah kenapa semangat untuk mengulangkaji tidak hadir di dalam diri ini. Namun, aku tetap akan buat yang terbaik untuk peperiksaan kali ini. Aku akan berusaha untuk mengulangkaji dengan bersungguh-sungguh... InsyaALLAH...

Wednesday, October 28, 2009

Recreation Outing: Gunung Senyum


Pada 23-25 Oktober 2009, semua pelajar kelas rekreasi kecuali seorang telah ke Gunung Senyum sebagai Recreation Outing. Hanya 2 pelajar lelaki yang menyertai kelas rekreasi pada semester ini. Seramai 5 orang fasi yang bertugas menjaga kami sepanjang program ini di ketuai oleh Bro Asri. Kami diberi tugasan sepanjang perkhemahan ini untuk membuat catatan aktiviti di dalam log book.

23/10/09
Kami bertolak ke Hutan Lipur Gunung Senyum pada pukul 3.15 petang dan tiba di destinasi yang dituju pada pukul 6.00 petang. Setibanya kami di sana, kami terus membawa barang-barang kami ke dewan terbuka dan kami ke surau untuk menunaikan kewajipan. Selepas itu, Bro Asri memberi taklimat ringkas dan kami ke kawasan perkhemahan untuk mendirikan khemah. Kemudian, kami mula memasak untuk makan malam.

Setelah selesai makan malam dan solat Maghrib dan Isya', kami menjalani aktiviti malam iaitu "Night Walk". Kami di minta menyerahkan semua lampu suluh kepada fasi yang bertugas. Kami berjalan dalam gelap beramai-ramai. Selepas lebih kurang 300 meter berjalan, kami berhenti. Bro Asri melepaskan seorang demi seorang untuk kembali ke tapak perkhemahan. Setiap seorang di beri lilin dan dan diminta menjaga lilin itu supaya tidak padam. Bermcam-macam karenah yang terjadi sepanjang perjalanan mereka yang dilepaskan pulang ke tapak perkhemahan. Aku tidak diberi lilin dan berjalan pulang ke tapak perkhemahan bersama-sama Bro Asri. Hehehe... Selepas tamat night walk, kami pun tidur. huhuhu...

24/10/09
Bermula dengan bangun pagi untuk solat Subuh dan meyiapkan diri. Sarapan pagi disiapkan seawal mungkin supaya tidak telewat untuk aktiviti pada hari tersebut. Setelah bersarapan,kami memulakan aktiviti pada pagi itu iaitu trekking ke Gunung Jebak Puyuh untuk melawat gua-gua di sana. Antara gua yang dilawati ialah Gua Ular, Gua Mayat, Gua Straw@Sisik, Gua Kapal, Gua Keris, Gua Terowong dan Gua Rangkak. Setiap gua mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Setelah melawat semua gua di Gunung Jebak Puyuh, kami kembali ke tapak perkhemahan untuk menyiapkan makan tengah hari. Setelah makan tengah hari, kami menunaikan kewajipan.

Aktiviti petang itu ialah membuat "Camp Craft". Kumpulan aku membuat rak serbaguna yang sememangnya serbagunalah. hahaha... Aktiviti malam ialah malam kebudayaan. Kumpulan aku mendapat tempat kedua walaupun membuat persembahan yang merapu. hahaha... Selepas tamat malam kebudayaan, kami makan malam dan kemudian menulis log book. Kemudian, tidur. Semua peserta perempuan terpaksa tidur di dalam asrama kerana hujan yang lebat telah menyebabkan khemah mereka dimasuki air.

25/10/09
Seperti hari sebelumnya, kami bangun pagi untuk solat Subuh dan menyiapkan diri. Menyiapkan sarapan untuk sarapan pagi dan bersiap sedia untuk aktiviti pada pagi itu. Aktiviti pada pagi itu ialah melawat gua-gua di Gunung Senyum. Antara gua yang dilawati ialah Gua Kolam Tujuh, Gua Angin, Gua Terang Bulan, Gua Taman Dua, Gua Taman Satu, Gua Makam Tok Long, Gua Silat dan Gua Danau Impian. Setiap gua berkaitan antara satu sama lain. Sepanjang lawatan kami, pak cik Bad telah bercerita tentang mitos di setiap gua. Aku rasa seperti mendengar cerita dongengan rakyat. Namun, kebenaran cerita itu, hanya DIA yang lebih mengetahui.

Setelah selesai melawat gua, kami pulang ke tapak perkhemahan dan melalui jambatan gantung. Berlaku bermacam-macam peristiwa berlaku di atas jambatan gantung. huhuhu... Setelah tiba di tapak perkhemahan, kami memasak untuk makan tengah hari. Setelah makan tengah hari dan menunaikan kewajipan, kami dipanggil untuk aktiviti seterusnya iaitu "Compass Orienteering". Kumpulan aku memenangi compass orientering dengan mencatatkan masa 16 minit. Setelah selesai aktiviti compass orienteering, kami mengemas barang-barang dan khemah-khemah serta alatan memasak. Pukul 6.oo petang, kami bergerak pulang ke UIA Kampus Kuantan.

Tuesday, October 13, 2009

Busy, busy and busy...


Dah lame aku x update blog. Terlalu sibuk sebenarnya. Minggu lepas, MEDEX. Minggu ni, exam, presentation dan I-QUEST. Sehinggakan aku rasa down sekejap. huhuhu... Aku tidak bercadang untuk menulis dengan panjang kerana terlalu sibuk dengan kerja-kerja yang pelru aku selesaikan... huhuhuhu

Tuesday, September 29, 2009

Rest, Relax and Recover...


Rest, relax and recover... Dah masuk 3 hari selesema. hmmm... dapat MC untuk hari ni... kali ni selesema agak teruk berbanding sebelum ini. Mungkin sebab aku mengharungi perjalanan dari KT-Kuantan semalam dalam keadaan hujan lebat selama satu jam. huhuhu... Sapa suruh merempit tengah hujan... hahaha... Banyak lagi x study untuk exam nih... Assignment pun banyak lagi nih... waaa....

Thursday, September 24, 2009

Reunion EX-SMKATJ Class of 2004


Alhamdulillah. Program yang ditunggu-tunggu selama ini akhirnya berjaya diadakan. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini. Program REUNION DAN JAMUAN HARI RAYA EX-SMKATJ CLASS OF 2004 telah berjaya diadakan pada hari ini di Dewan Perpustakaan Negeri Terengganu.

Program ini bertujuan untuk mengumpulkan kembali semua bekas pelajar SMKATJ yang telah menduduki SPM pada 2004. Seramai lebih kurang 100 orang telah menghadiri program kali ini. Lebih separuh daripada jumlah semua bekas pelajar. Semua bekas pelajar SMKATJ yang pernah belajar bersama batch SPM 2004 (dari tahun 2000-2004) telah dijemput hadir ke reunion kali ini. Tetapi, kami agak terkilan kerana bekas ketua pelajar tidak dapat bersama-sama menghadiri reunion pada kali ini.

Program ini diadakan seringkas yang mungkin. Sudah tentulah aturcara paling besar ialah makan-makan. Terima kasih kepada mereka yang bertungkus lumus menyediakan hidangan yang lazat dan enak berkrim. hahaha... Program ini boleh dikatakan sangat menyeronokkan kerana ramai kawan-kawan yang telah lama tidak bersua bertemu kembali. Macam-macam cerita yang keluar dari mulut masing-masing. Samapi tidak sedar akan masa yang berlalu dengan tamatnya program. huhuhu...

Semoga reunion ini dapat diadakan lagi pada masa yang akan datang. InsyaALLAH...

Saturday, September 19, 2009

Salam Aidilfitri...


Salam Aidilfitri diucapkan kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Semoga Ramadhan yang telah dilalui memberi sribu dan sjuta makna buat kita semua. Semoga segala amalan soleh yang dilakukan diterima disisi ALLAH. InsyaALLAH...

Bersempena hari yang mulia ini juga, saya dengan ini ingin memohon sejuta kemaafan daripada semua kenalan saya (keluarga, kawan-kawan, sahabat-sahabat, rakan-rakan dan semua yang mengenali diri ini). Ampunkan salah dan silap saya sepanjang perkenalan kita. Maafkan andainya pernah terkasar bahasa, terasa dihati yang lara, terketuk kat kepala, terdiam seribu bahasa, terumpat tak sengaja dan apa-apa sahaja yang sewaktu dengannya. Halalkan makan minum saya. Halalkan sekiranya ada hutang yang tak disedari. Ampun dan maaf sekali lagi.

Akhir kata, selamat hari raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. =)

p/s: jemputlah beraya kat rumah ye... =)

Friday, September 18, 2009

Dulu dan Sekarang... Past and Present... =)

Raya dah dekat. Esok hari terakhir berpuasa. InsyaALLAH. Anak-anak saudara dah ramai yang pulang ke rumah pusaka ini. Bila melihat gelagat anak-anak saudara, teringat masa kecil-kecil dulu....

Dulu...
Masih lagi kecil...


Sekarang...
Dah besar panjang (tapi masih muda)... hehehe


Dulu...
Bila puasa, "Lambatnya nak berbuka."

Sekarang...
Bila puasa, "Eh, dah nak berbuka ke?"

Dulu...
Bila puasa, "Owh, sebulan yang lama..."

Sekarang...
Bila puasa, "Eh, da nak raya ke?"

Dulu...
Bila terawih, "Lamanya nak solat 8 rakaat."

Sekarang...
Bila terawih, "Lajunya imam ni solat."

Dulu...
Bila dekat nak raya, "Jom main mercun, bunga api, bla... bla... bla..."

Sekarang...
Bila dekat nak raya, "Mercun? Bunga api? Teman anak sedara main je la... =)"

Dulu...
Bila dekat nak raya, "Jom beli baju raya. Baju baru, seluar baru, kasut baru. bla.. bla... bla..."

Sekarang...
Bila dekat nak raya, "Pakai baju tahun lepas pun xpe. Baju tahun lepas pun nampak baru lagi."

Dulu...
Bila raya, "Nak kumpul duit raya banyak-banyak."

Sekarang...
Bila raya, " Nak jumpa sanak saudara dan kawan-kawan yang jauh dimata dekat dihati. kih9x"

Begitulah sedikit sebanyak perbezaan dulu dan sekarang. Seronok tengok anak-anak sedara gembira bermain bersama-sama. Berlari ke sana sini. Kecoh sana sini.

p/s:
Dulu... comel...
Sekarang... hensem...
muahahaha...

Monday, September 14, 2009

Home Sweet Home...


Cuti datang lagi.... Raya bakal menjelma... Ramadhan bakal menutup tirainya... Alhamdulillah, aku telah selamat pulang ke rumah semalam.

Perjalanan semalam dengan menunggang motorsikal agak memenatkan. Mungkin kerana tidak cukup tidur dan berpuasa. Jalan yang basah dan licin agak merbahaya. Salah seorang kawan yang konvoi bersama telah rebah di atas jalan raya apabila dia menekan brek untuk mengelak sebuah kereta yang masuk simpang. Mujurlah tiada kecederaan yang serius.

Kumpulan konvoi kami seramai 5 orang. Arif berhenti di Kemaman. Chinok berhenti di Marang. Aku, Fizie dan Mizi meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu dan terus pulang ke rumah masing-masing. Setelah 3 jam lebih menunggang motorsikal, akhirnya aku tiba di rumah. Penat seluruh badan.

Sungguh seronok berada di rumah. Yahoo... Namun, keadaan rumah agak sunyi kerana hanya aku dan umie yang berada di rumah. huhuhu...

p/s: Persiapan raya tahun ini biasa-biasa je...

Thursday, September 10, 2009

Dah 22?


Tepat pada jam 2.15 pagi, 10/9/09, maka genaplah umurku 22 tahun. Sekejap je rasa masa berlalu. Aku bermuhasabah akan amalanku sepanjang 22 tahun ini. Masih banyak kekurangan dalam amalanku. Semakin bertambah usia, semakin dekat ajal mendekati. hmmm...

Hari ini aku mendapat hadiah hari jadi iaitu exam. Macam mana? Nama pun hadiah hari jadi. Mestilah best. hahahaha... Soalannya agak mencabar. Alhamdulillah, aku berjaya menjawab semua soalan walaupun tidak sempat untuk menulis semua idea yang datang singgah di dalam kepalaku. Aku hanya berharap lulus untuk exam ini. Tidak berharap untuk score pun. Kerana belum tentu apa yang aku curahkan di atas kertas jawapan itu akan diterima oleh pensyarah yang menanda kertas jawapanku itu. huhuhu... Lulus. InsyaALLAH...

p/s: Terima kasih kepada semua yang mengingati hari ulang tahun kelahiranku... =)