Thursday, June 12, 2008

AKU ATAU DIA PEMINTA SEDEKAH?

Kalau bagi semuanya, alamat aku mati tak makan untuk satu hari, kerana itu sajalah duit yang aku ada. Itulah sehelai duit yang ada dalam poket aku. Itu pun helai yang paling rendah nilainya – RM 2.00. Kalau aku bagi jugak, ertinya aku akan kebuluran hari ini, dan yang lebih menderita, aku akan berjalan kaki balik rumah kerana tak boleh naik teksi atau bas.
“Boleh tak saya ‘interview’ mak cik?” aku bertanya pada peminta sedekah di jejantas Jalan Chow Kit.
“Saya ni orang surat khabar.”
Peminta sedekah itu tidak terus menjawab, tetapi terus mengerang kesakitan sambil memicit-micit kepala lututnya yang berbalut kerana luka teruk.
Melihat pada pembalut luka yang merah dengan darah itu aku dapat membayangkan betapa teruk kecederaan di lututnya. Pembalutnya pun kedam, mungkin dah tak ditukar dua atau tiga minggu. Simpati betul, aku!
Kalau aku kaya mesti aku memberi peminta sedekah ini RM 1000 atau RM 2000 atau RM 20 000 pun tak apa. Tapi apa boleh buat, aku Cuma ada RM 2.00
“Saya kesian tengok mak cik, boleh tak saya interview?” aku bertanya lagi.
“Kalau betul kesian, hulurkanlah dulu sikit duit,” katanya lagi sambil mengerang dan mengoyakkan tin susu yang di dalamnya hanya ada beberapa keeping duit satu sen.
“Mak cik dah tujuh hari tujuh malam tak makan nasi. Minum air sejuk saja. Ini dah sekerat hari baru dapat tiga sen. Aduh…. Sakitnya kaki mak cik….”
Kesian betul aku. Akhirnya dengan perasaan yang amat berat aku menyeluk poket dan menyerahkan duit RM 2.00 yang aku ada.
“Hah, mak cik ambillah dua ringgit ini,” kataku dalam nada yang paling sayu- bukan sayu pada peminta sedekah tetapi sayu pada diri sendiri yang kini sesen pun tidak ada dalam poket.
“Terima kasih, nak. Baik betul hati anak ini….” Kata peminta sedekah itu. Aku hanya menelan air liur sambil memerhatikan peminta sedekah itu memasukkan RM 2.00 ke dalam kantung seluarnya.
“Saya ni wartawan, mak cik. Bos saya suruh saya buat cerita tentang peminta sedekah. Kalau saya menyiarkan cerita mak cik, tentu orang ramai akan bersimpati dan menghulurkan derma pada mak cik. Amacam?” aku memancing umpan.
“Setuju!” kata peminta sedekah itu.
“Tapi tak elok berbual di tempat mak cik mencari rezeki. Nanti apa orang akan kata dan apa kata kalau mak cik ajak anak ke pondok buruk mak cik dan kita bercerita kat sana?”
ah , soalan cepu emas. Tidak mungkin akan kutolak. Bolehlah aku buat liputan tentang cerita mengenai dirinya dengan lebih terperinici.
“Setuju!” aku berkata.
Dengan susah payah aku memapah peminta sedekah yang berbalut luka kaki itu menuruni jejantas. Dua tiga kali dia nak terjatuh dan mengerang kesakitan. Kesiannya dia…tapi apa boleh buat?
Apabila sampai di tepi jalan raya, aku terkejut melihat peminta sedekah itu tiba-tiba menahan sebuah teksi. Teksi berhenti. Mak cik membuka pintu belakang dan mengajak aku naik sama. Aku menuruti perintahnya tanpa banyak soal dan masih dalam keadaan kebingungan.
“Kampung Datuk Keramat!” kata si peminta sedekah itu. Sekali lagi aku terkejut, aik ada pulak duit dia nak naik teksi. Aku yang jarang makan gaji ni pun jarang naik teksi.
Akhirnya kami berhenti di kawasan rumah setinggan di Kampung Datuk Keramat. Meter teksi menunjukkan bacaan RM 12.60, aku semakin gabra dan panik. Macam man ni? Duit tidak cukup.
“Saya tidak ada duit nak bayar tambang ni mak cik!”
“No problem!” kata peminta sedekah itu dengan selamba dan menghulurkan duit kepada pemandu teksi itu RM 15.00 sambil berkata:
“Keep the change!”
fuuuhhhh….. loadednye mak cik peminta sedekah ni. Pandai cakap orang putih lak tu. Aku kalau cakap orang putih pun tunggang terbalik. Aku menelan air liurku dan masih tidak mempercayai apa yang berlaku di depanku. Terduduk sebentar aku di situ.
Rumah mak cik memang rumah setinggan, tetapi sebaik sahaja kakiku melangkah masuk, “Fuuyoooo” terkejut aku melihat keadaan di dalam rumahnya, 20 atau 30 kali lebih baik daripada rumah aku.
Ada set mini hifi jenama terbaik, ada tv 24 inci, ada kusyen empuk, ada peti ais besar, dan ‘wall-to-wall carpet’.
“Inilah rumah mak cik, rumah haram aje….!” Katanya selamba duduk bersandar di kusyen seperti raja.
“Mak cik duduk sorang je ke?”
“Tak, suami mak cik kerja pejabat dia jadi pegawai. Anak mak cik ada tiga orang. Dua duduk asrama dan seorang lagi masuk kolej swasta,” katanya. Makin pelik bunyinya. Seorang peminta sedekah hidup mewah sebegini. Ada suami kerja pegawai dan anak-anak masuk asrama serta ke kolej swasta. Fuuhh!
Dia kemudian membuka pembalut luka tadi, dan sekali lagi aku terkejut melihat tingkah lakunya serta keadaan fizikalnya yang sebenar. Rupanya kaki dan lututnya tidak luka walaupun sedikit. Warna merah pada pembalut luka itu bukannya darah tapi cat.
“Mak cik bukannya apa. Saja malas nak kerja makan gaji. Tidak suka jadi kuli. Jadi peminta sedekah ni lagi mudah, mak cik jadi bos, mak cik jadi kulli…!” katanya sambil ketawa.
“Suami mak cik tak marah ke mak cik buat kerja macam ni?”
“Suami mak cik marah tapi mak cik buat jugak. Mak cik sebenarnya bosan duduk rumah sorang-sorang. Anak ke sekolah, suami ke pejabat, mak cik terkulat-kulat tinggal di sini sorang-sorang.”
“Habis mak cik berpura-puralah selama ini….?”
“Bukan berpura-pura, inilah idea canggih. Pendapatan jadi peminta sedekah pun boleh tahan,” katanya sambil mengeluarkan duit dari kantung seluarnya. Ya Allah…… mak oooiii… ada beberapa keeping RM 10, RM 50, RM 5, RM 2 (termasuk duit aku) dan yang paling banyak syiling RM 1. kira punya kira, jumlahnya RM 253.60 sen. Setengah hari minta sedekah dapat dua ratus lebih!
“Ginilah mak cik….” Kataku sambil menelan air liur melihat duit yang b ertabur di atas karpet.
“Saya rasa tak payahlah saya interview mak cik. Sebab saya sudah mendapat maklumat yang secukupnya dengan berbual bersama mak cik sekejap tadi.”
“Laaaa…….” Kata mak cik peminta sedekah itu dengan menunjukkan mimik muka yang pelik.
“Satu lagi mak cik,” kataku dengan suara yang terketar-ketar kerana menahan malu.
“Boleh tak mak cik bagi balik duit saya RM 2 itu? Saya nak buat tambang bas balik rumahlah….”
“Engkau sudah pokai ke? Ambil ni, mak cik sedekah kat engkau,” kata mak cik itu sambil menghulurkan wang kertas RM 10 kepadaku dan menambah, “Kesian…”
Aku mengambil wang RM 10 dan meminta diri untuk pulang. Tiba-tiba aku pula terasa seperti peminta sedekah. Sejak peristiwa itu, aku tidak mahu lagi disuruh ‘interview’ mana-mana peminta sedekah.

5 comments:

kak deel~ said...

ni cte jepah ke cte org len??

amboih bnyknye blog die..

akk ni satu blog tu pn x tau nk bubuh ape~

che_tunz a.k.a tun nazmi said...

bang, 2 hinggit, bang..
xde duit da ni..
hahaha..

Kaizer said...

cite org lain kak... sekadar untuk di fikirkan bersame... hehehe...
biase la kak... boring...

Kaizer said...

che tun.. wat pe nk 2 hinggit??? nk beli petrol 1 liter pun x lepas...
hehehehe

nur_87 said...

nk tnye...
emmm... nk sedekah pun skrg kne pk dua kali ke?

x bg kesian, bg tkut tertipu...
klu x pk 2x, bg je..

cne ek?