Tuesday, September 2, 2008

Kesyahduan Ramadhan 1429H


Erm... dah lame tgn ini tidak menulis dalam blog ini...

Alhamdulillah... Ramadhan dtg lg... bulan yg padanya di buka pintu syurga dan di tutup pintu neraka...

Tapi, ada kelainan pada Ramadhan kali ini... entah kenapa tetibe hatiku berasa begitu syahdu sekali.. padahal dah dpt puasa kat rumah... buka puasa kat rumah... hmmm...

Puasa pada tahun ini mmg sgt2 berlainan dgn tahun2 sebelum ini... ini kerana ini adalah bulan puasa pertama tanpa kehadiran ayah tersayang... dulu, dgn kehadirannya, bulan puasa sgt ceria... sahur di kejutkan ayah... menunggu waktu berbuka sama... ayah mejadi imam solat terawih di surau... ayah mengajak tadarrus sama-sama... tapi kini... ayah telah tiada lg...

Aku masih ingat lagi tarikh itu... terasa bgai semalam walaupun telah hampir 5 bulan... tanggal 3 April 2008... ketika itu, aku sedang sibuk membaca nota2 NIPC (Nutrition in Primary Care)... aku sedang bersiap2 untuk final exam ketika itu... tetapi, sedang aku membaca, aku telah t'lelap seketika... namun, aku di kejutkan dgn 1 panggilan telefon... abgku menelefonku... hatiku tetibe berdetik "kenapa abg mat telefon ni? dah tgh mlm ni..." tetibe aku teringat yg petang td kakakku telah menghantar SMS mengatakan bahawa ayahku telah koma... aku terus menjawab panggilan telefon itu... sesuatu yg aku tidak ingin dgr telah di beritahu kepadaku... abg ku mengatakan bahawa ayah telah tiada... kali terakhir aku berjmpe ayah pd PRU-12... mmg kami tidak sangka yg penyakit ayah bleh merebak dgn begitu cepat.. namun, apekan daya, ALLAH lebih menyayanginya... (Al-Fatihah...)... pada mlm itu juga, aku bergegas pulang ke rumah... (terpaksa la skip exam... nk wat mcm ne...) sebelum pulang, sempat jugak lah aku menelefon assistantku untuk menceritakan hal yg berlaku... suara menahan sebak di dada.. (nasib baik x kantoi ngan kiniey... neway, thanks kiniey... =)...)... aku tiba di rumah pd jam 4 pg... di smbut dgn linangan air mate kakak-kakakku... ape yg aku mampu buat pada mase itu, hanyalah memeluk kak tie (kakakku yang sulung dgn erat)... aku turut melepaskan perasaan sedihku... kak tie memujukku dan menenangkanku.. kak tie menyuruhku masuk ke dalam rumah, ambil wuduk n bacakan surah yasin...
selepas selesai menbacakan surah yasin, aku mengambil mase tido seketika.. selepas subuh, urusan menggali lahad dan menguruskan jenazah ayah di lakukan. kami adik beradik lelaki memandikan n mengkafankan jenazah ayah... mmg itu adalah wasiat ayah... "kalu ayah meninggal, ayah nk anak2 ayah sndiri yg uruskan jenazah ayah"... itulah kate2 ayahku ketika dia masih hidup... jenazah ayah di sembahyangkan dan di semadikan di dlm lahad di belakang rumahku pada pukul 9.30 pg, 3/4/08....
**************************************************************************************
9 Mac 2008
Keputusan PRU-12 diketahui. juga merupakan kali terakhir aku berjumpe ayah. sempat bersalaman dgn ayah. ayah kelihatan lebih sihat dari sebelum ini. aku pulang ke uia...
28 Mac 2008
"Ayah masuk hospital... tubuh ayah dah 'menolak' sume mkanan... ayah mkan ikut tiub je..." msj abg mat. aku nk balik tp mase final exam.... so, x jadi balik...
1 April 2008
Kak Tie menelefonku. dia betanya samada aku bleh blik rumah atau tidak... aku ckp tidak kerana aku ada exam pd pg 2/4/08.
2 April 2008
Waktu ptg. sebelum asar rasenye... kak tie menghantar msj yg ayah dah koma.. aku seakan kaku seketika... kak tie hanya mintak aku bersabar byk2... aku merancang utk pulang selepas exam NIPC pd esoknye... tp, apekan dayaku........
3 April 2008 (awal pg)
Ayah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu... aku dan abgku yg belajar di uia terus pulang ke rumah...
3 April 2008 (9.30 pg)
Jenazah ayah selamat dikebumikan di belakang rumah. mmg wasiat ayah supaya dia dikebumikan di belakang rumah sekiranya dia meninggal di Terengganu.
*********************************************************************************************
selepas sumua urusan pengurusan jenzah selesai, kak tie telah memberitahu sesuatu yg agak mengejutkan. kak tie ckp, dktor mengatakan bhw penyakit yg menyerang ayahku adalah genetic disease. jd, dktor meminta kami berhati-hati. harapan n doaku semoga tiada seorang pun dari adik beradikku mendapat musibah yg sama dgn arwah ayah. ameen...
jadi, inilah Ramadhan yg pertama aku tanpa ayahku... tiada lagi kedengaran suara ayahku bertadarrus... tiada lagi kedengaran suara ayahku memecah sunyi malam ketika mengimamkan solat terawih di surau dpn rumahku... tiada lagi kendengarn bebelan ayah... sume itu hanya tinggal kenangan...
wallahu'alam....
p/s: sesungguhnye yg telah pergi takkan kembali lagi... yg tinggal hanyalah kenangan... sebgai anak, kita kena sentiasa mendoakan kebahagian ibu bapa kita di dunia dan di akhirat samada mereka masih hidup atau telah meninggal dunia....

6 comments:

candlesky said...

HE knows d best 4 us rite...
it's gud to appreciate what we still have now=)

sesungguhnya dia telah tggalkan jepah untuk jadi bekalan saham padanya mengembara di alam sana..alwayz remember that,k..

::Amin Mansor:: said...

al-fatihah utk allahyarham

setiap insan pasti akan pergi jua

Ahmad Huzaifah bin Usoh @ Yusoff said...

to candlesky:
time kasih atas peringatan... i'm ok... even xla ok sgt pun... =)

izzati.abdullah said...

btol kate si candlesky tu..

sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yg terbaik..
jadilah saham yg mampu membuat dia gembira di sana..

Ahmad Huzaifah said...

=)

Mohd Zikri B Mohd Zain said...

sabar jepah