Sunday, November 30, 2008

Adakah sistem "online" di Malaysia lemah?

Talking about online system in Malaysia... Aku baru sahaja pulang dari pejabat pos untuk membayar bil-bil yang berkaitan. Ibuku menyuruhku mengambil duit rebat motosikal yang kini bernamakan aku sebagai pemilik. Setelah selesai membayar bil, aku menyerahkan borang rebat tersebut kepada staff di kaunter. Kemudian, berlakulah dialog seperti di bawah:

"Dik, Usoh@Yusoff bin Salleh ni sape?"
"Owh, itu ayah saya. Kenapa?"
"Nama pemilik dalam sistem masih Yusoff Salleh."
"Saya dah tukar nama la kak minggu lepas."
"Adik datang lagi sebulan lepas ni ye. Sistem x update automatik lah dik..."
"Ok"

(dialog asal dalam loghat terengganu. di ubah kepada "bahasa standard" utk kepentingan bersama)

Adeh... kene lepas sebulan baru lagi? Aku tak kisah pun sebenarnya tapi aku rasa sedih memikirkan akan sistem online di Malaysia. Maklumat tidak dikemaskini secara automatik dalam sistem kerajaan. Padahal untuk tuntutan rebat, Pos Malaysia telah bekerjasama dengan JPJ. Sudah nampak kelemahan sistem di situ... Bilakah sistem online di Malaysia akan menjadi "hebat" seperti negara-negara maju? Fikir-fikirkanlah...

4 comments:

3p4h said...

Erm, itu la bro. Aku setuju sgt dgn apa yg ko ckp tu. Kdg2 sistem 'kita' ni tak berfungsi sebabnya 'org' yg uruskn sistem 2 yg xjalan.

Ditambah dgn birokrasi lg... kita sbgai pengguna mjadi mgsa. Any solution?

p/s: Tulis je komen kt ruangan pembaca Berita Harian etc psl bnda ni.

Jepah said...

>>>epah:
tu lah... sepatutnya, kalu da bunyi online tu, mane2 pihak yg terbabit akan terus update maklumat yg berkaitan.... xyah tggu lame2...

As said...

ah memang!

salu g post office dah tunggu lama, bile smpai turn depa ckap...sorry system sume offline...hampehs

Jepah said...

>>>as:
nk wat mcm ne... sabar je la... huhuhu...