Tuesday, November 25, 2008

Dah 8 tahun rupenye...

Entri kali ini adalah untuk memenuhi permintaan seseorang... harap2 dia bergembiralah dengan entri ini.Mungkin entri ini agak panjang....

Masa berlalu begitu pantas. Tidak ku sangka yang aku telah hidup tanpa appendiks selama 8 tahun lebih....

Peristiwa itu telah berlaku pada 8 tahun yang lepas, tahun 2000. Aku sudah lupa tarikhnya tapi aku masih ingat ketika itu bulan Mei 2000 kerana aku akan menjalani peperiksaan pertengahan tahun. Ketika itu, aku berada di tingkatan 1. Aku mengalami sakit perut aku pada majlis meraikan hari terakhir cikgu parktikal sains aku. Sakit yang teramat sangat ketika itu menyebabkan aku tidak dapat menyertai majlis itu dengan gembiranya. Aku cuba menahan sakit sepanjang aku berada di sekolah.

Apabila pulang ke rumah, aku memberitahu arwah ayah dan umie yang aku sakit perut. Arwah ayah memberiku ubat sakit perut. Akan tetapi, ubat itu seakan tidak memberikan apa-apa kesan. Tubuhku menolak sume makanan yang masuk. Aku muntah-muntah. Aku tidak dapat menjamah makanan walaupun aku rasa sangat lapar. Aku cuba menahan sakit.

Keesokan harinya, hari Jumaat. Aku tidak dapat bangkit dari katil kerana kesakitan yang amat sangat di bahagian kanan pinggang. Aku sempat menunaikan solat Subuh tetapi dalam keadaan sungguh tidak bermaya. Aku tidak dapat berdiri dengan tegak pun. Aku memberitahu arwah ayah. Lalu, arwah ayah memeriksaku dan dia mengesyaki yang appendiks aku membengkak. Tanpa membuang masa, arwah ayah menghantarku ke hospital. Aku di masukkan ke wad dengan segera selepas di periksa oleh doktor dan aku telah disahkan bahwa appendiks aku membengkak pada tahap akhir. Malangnya, hari itu adalah hari Jumaat. Hospital kekurangan doktor. Hanya satu dewan bedah dibuka. Aku terpaksa menahan sakit di hospital selama lebih 10 jam dan "kene puasa" selama tempoh itu.

Alhamdulillah, aku di masukkan ke dewan bedah pada pukul 6 petang hari itu juga. Seorang doktor, yang juga merupakan bekas pelajar arwah ayahku mengatakan dia telah membuat pemohonan untuk menjalankan pembedahan membuang appendiks ke atasku. Dia tidak bertugas di hospital itu tetapi dia kebetulan datang ke hospital itu membuat tesis. Jadi, aku di bawa ke dewan bedah. Sebelum itu, tekanan darahku diperiksa. Setibanya aku di dewan bedah, aku di bius penuh. Aku pengsan sepanjang pembedahan. Selepas sejam, aku sedar dan muntah-muntah (kesan bius). Pembedahan telah pun selesai dan aku selamat. Alhamdulillah... Doktor itu memberitahu yang appendiks aku yang membengkak itu hampir pecah. Aku memang bersyukur kerana doktor itu sanggup membantu menyegerakan pembedahanku.

Aku berada di hospital selama 3 hari selepas pembedahan. Apa yang menariknya, aku tak pernah makan makanan yang di sediakan hospital... Umie menghantar makanan dari rumah. hehehehe... Kebosanan di hospital hilang kerana aku di layan oleh jururawat2 praktikal yang cun-cun.. (uish, form 1 pun da gatal... keh9x... just kidding)..... Selepas 3 hari, aku di benarkan pulang dan diberi rehat selama seminggu....

Hidup tanpa appendiks pada mulanya mmg membuat aku rase "lain". Kesan pembedahan menyebabkan aku tidak boleh aktif dalam aktiviti2 fizikal dalam tempoh tertentu. Sekarang, aku rasa mcm xde apa-apa... cuma parut pembedahan yang kekal di tubuhku sentiasa mengingatkan aku kepada kisah 8 tahun lepas... huhuhu...

p/s: signs dan symptoms untuk appendiks membengkak mungkin berbeza. ada je yang bleh makan tanpa muntah-muntah... hehehe...

Signs dan Symptoms Yang Aku Alami:
- sakit di sebelah kanan pinggang. apabila di tekan, bertambah la sakitnye.
- hilang selera makan
- muntah-muntah
- tubuh menolak makanan
- tidak boleh berdiri tegak
- tidak boleh baring dengan meluruskan kaki (kene membengkokkan kaki)

12 comments:

© Liyana.Sara.Salleh said...

tak pernah masuk hospital sebagai pesakit...
tapi pernah berada di sisi abah masa dia kena operate sebab masalah jantung...

risau juga bila dengar pasal appendiks ni...
appendiks ada atau tak, kita still boleh menjalankan aktiviti harian seperti biasa...

cuma setiap ciptaan Allah ada fungsinye...
tugas kita untuk mengkaji setiap ciptaanNya...
betul cakap Zaki...
"Allah created things for some reasons"...

Jepah said...

>>>liyana:
tp, kdg2, mmg terasa something wrong without appendix...

Szakif said...

wow! thanks for the story sharing jepah. i dont expect it'll be this soon.

dah tu apa yang ko rase pas tak de appendix nih? ape yang something wrong nye? patutnya leh je idop happily ever after tanpa appendiks. huhu~

by the way, regarding the story, memang Allah da letakkan doktor tu kat tempat dan masa yang betol, dan berjumpa dengan orang2 yang betol, dan menjalankan operation dengan betol. sumenye betol. hasilnya, pembedahan berjaya. alhamdulillah...

perlu bersyukur sangat2 tuh.

Jepah said...

>>>szakif:
kdg2, aku rase cam sengal2 kat tmpat operate tu... wlaupun da 8 tahun... kdg2 tu rase lain la... hehehe.. xtau nk ckp mcm ne...

yup... ALLAH da tetapkan sumenye... doktor tu da jadi doktor pakar bedah da skrang... hehehe

As said...

glad..
end up a surgery..and live without the same pain :)

Jepah said...

>>>as:
xtau la ade kesan ke x,kan?

Amin Mansor said...

Ow... baru ak tau sejarah hidup pah.hehe

Szakif said...

amin, tu la gunenye blog kekadang~

Jepah said...

>>>amin:
kdg2, x semua bende kita akan citekan kat org min...

Jepah said...

>>>szakif:
btol tu zaki... kdg2... =p

As said...

jep..

cuba buat pop up window for comment..best sket...sambil nak ngomen leh refer entry semula :P

Jepah said...

>>>as:
as u wish...