Friday, November 28, 2008

"Family Gathering"

Baru sahaja pulang dari Kemaman. Dari rumah tok (bace:nenek). Bertolak selepas Subuh dari rumah dengan keadaan hujan yang agak lebat. Nasib baik bukan aku yang drive. Alhamdulillah, setibenya di Kerteh, hujan berhenti dan kami dapat meneruskan perjalanan ke Kemaman dengan lebih selesa.

Sebenarnya, secara tiba-tiba sahaja tok memanggil sume anak-anaknya (ayah & ibu saudara aku lah) untuk makan-makan. Daging kambing. hehehe... Semua ada di sana. dan ada juga sepupu yang baru aku kenal hari ini... hahahaha... Hari ini juga diadakan majlis 'aqiqah sepupuku yg baru berusia 5 bulan.



Sepupuku yang kecil... ('aqiqah dia la)


Kambing disembelih untuk 'aqiqah

Melapah kambing


Ubi kayu bakar... best...


Parut kelapa...


Kami semua bergotong -royong untuk menyediakan juadah untuk dimakan selepas solat Jumaat. Dah lama x kumpul ramai-ramai begini. Seronok sekali. huhuhu... Harap-harap hubungan mesra keluarga ini akan berkekalan sampai bila-bila... InsyaALLAH...

4 comments:

As said...

ameenn..

seronok gather2

Ddweee said...

ni aqiqah anak de la ni ek?
xsmpat nak g.haha
btw,kim salam kat sume..

Jepah said...

>>>as:
ameen... =)

Jepah said...

>>>Ddweee:
asalnya tok wat makan2 je... pahtu terus je la 'aqiqah anak de... insyaALLAH...