Monday, December 8, 2008

Aidiladha Celebration...1429H...

Tahun ini, kami sekeluarga menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban secara sangat berserdahana. Ini kerana kami tidak melakukan ibadah korban pada tahun ini. Ini juga merupakan Aidiladha yang pertama kami sambut selepas kehilangan ketua keluarga yang amat kami sayangi pada April lepas. Kebiasaannya, jika kami tidak melakukan ibadah korban di rumah, kami akan pergi menjenguk rumah mak(baca=nenek) kami untuk menolong melakukan kerja2 selepas penyembelihan lembu. Akan tetapi, inilah juga Aidiladha pertama yang kami sambut selepas mak(baca=nenek) meninggal dunia pada Ogos lepas (just before I-QUEST. Aku tidak pulang ke kampung kerana tugas dan tiada kenderaan untuk pulang.) Jadi, boleh dikatakan inilah Aidiladha yang paling suram, sunyi dan sepi yang pernah aku sambut.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Suasana Aidiladha semakin telah terasa sejak masuknya waktu maghrib semalam. Takbir raya bersahutan kedengaran. Laungan takbir ini akan berterusan sehingga terbenamnya matahari pada 13 Zulhijjah. Sama-samalah kita menghayati makna takbir raya ini. Bukan sekadar melaungkan takbir, tetapi penghayatan takbir juga perlu ditanam dalam diri. InsyaALLAH....
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku memulakan hari ini dengan solat Subuh berjamaah di surau berdekatan rumahku. Lepas solat Subuh, aku membaca al-Quran. Selepas itu, aku layan blog jap... Kemudian, aku menolong ibuku menyiapkan juadah di pagi raya, nasi beriyani "resipi sendiri".... hehehe...

Selepas itu, aku mandi sunat hari raya dan bersiap-siap ke surau berdekatan rumahku. Jalan kaki je... dan aku bersama-sama ahli surau melaungkan takbir raya sehinggalah datangnya imam untuk solat sunat Aidiladha. Selepas solat, aku mendengar khutbah yang di sampaikan oleh abangku sendiri.

Memakai jubah tinggalan arwah ayah


Setelah selesai urusan di surau, aku dan ahli keluargaku ke pusara arwah ayah di belakang rumahku dan naik kembali ke rumah untk menjamu selera. (pada Hari Raya Aidiladha, sunat makan selepas solat sunat Aidiladha. vice versa with Aidilfitri). Aku hanya berada di rumah selepas makan sehinggalah umie mengajak aku ke rumah adiknya(my aunty). Setelah pulang, aku hanya berada di rumah. Solat Zohor di surau dan kembali ke rumah. Apabila masuk waktu Asar, solat Asar di surau dan pergi ke rumah jiran untuk makan-makan... Kemudian, aku balik rumah dan layan blog lagi... huhh... seronok jugak walaupun sebenarnya bosan...hehehe...
Nasi beriyani "resipi sendiri"

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Surau berhampiran rumahku

Rumahku syurgaku

Dekat tak surau dengan rumah aku? =p

12 comments:

Ddweee said...

haa,upload gmbar jgn x upload nnt..
hoho

Jepah said...

>>>Ddweee:
bukan gmbar ari raya pun... =p

::Amin Mansor:: said...

pah wat suspen gmbr rumoh ngan masjid!hahaha

ade ore ty aku bape ore dak allied.tau x?

Jepah said...

>>>amin:
hahahaha.... sajo jah...

dak allied 2nd year, 55 ore...
sume skali, dlm 250 kot... xpasti la...

izzahismail said...

happy eidul adha :)

shamel said...

ooh..ok that's so close.
tu klu x gi emm..ok la..
tu klu x gi at least magrib n isyak tak tau la. hehe..
btw..hepi eidul adha jep.

Jepah said...

>>>izzah:
selamat ari raya gak...

Jepah said...

>>>shamel:
insyaALLAH sentiasa gi....

::Amin Mansor:: said...

ok pah,tq

Jepah said...

>>>amin:
welcome...

As said...

eh rasa komen doh sini, awat takdok lak. Heh

papepun memang wat suspens jah gambar umoh ngan surau.

ok, jadi dok cakap ganu?

Jepah said...

>>>as:
as komen kat entri bwh... huhuhu...

tu ape cite ckp becampur aduk... ganu+klate+standard...

hahahaha...