Sunday, December 13, 2009

Rest and Relax...


"Jep, nape xde entri baru kat blog?"

"Jepah, nape da lame x update blog?"

Itulah antara soalan yang diajukan oleh beberapa orang kenalanku. Benar yang aku sudah tidak kerap update blog sejak 2 bulan kebelakangan ini. Entah la. Bukan tiada idea untuk dicurahkan di blog tetapi aku sudah tiada mood untuk menulis sejak kebelakangan ini... Aku sedang mencari kembali mood untuk menulis setelah lame ia menghilang.... Mungkin aku memerlukan sedikit sahaja lagi masa untuk kembali aktif blogging. Aku hanya ingin "berehat" sebentar dari dunia blog... hehehe...

p/s: mungkin tiada update dalam jangka mase terdekat... =)

Tuesday, December 8, 2009

New Semester... New Challenge...

Semester 2 bagi sesi 2009/2010 telah pun membuka tirainya. Sebanyak 8 subjek akan diambil oleh aku dan rakan-rakan sekelasku pada semester ini. Dengan bermulanya semester ini, maka akan bermulalah cabaran yang baru. Cabaran yang mungkin lebih mencabar daripada semester lepas. Dugaan yang mungkin lebih diluar dugaan darapada semester yang lepas. Selamat memulakan semester 2 buat semua. Semoga berjaya dengan lebih cemerlang untuk semester ini... =)

Friday, December 4, 2009

Speechless...


Keputusan peperiksaan akhir semester 1 sesi 2009/2010 telah pun diumumkan pada 2 Disember 2009 yang lepas. Seperti yang dijangkakan, keputusan kali ini agak tidak memberangsangkan. Namun aku sedar bahawa keputusan itu melambangkan usaha aku dalam peperiksaan kali ini. Mungkin bagi sesetengah orang abjad A B C tidak menjadi masalah tetapi bagi aku, itu adalah suatu perkara yang perlu diberi perhatian kerana pointer juga memainkan peranan penting untuk masa depan aku. Pointer pada semester lepas telah jatuh. Tiada apa-apa lagi yang aku boleh lakukan untuk keputusan yang telah keluar. Aku bersyukur kerana aku masih lulus semua mata pelajaran. Alhamdulillah... =)

Thursday, November 19, 2009

Gembira... =)


Peperiksaan akhir semester 1 sesi 2009/2010 telah pun berakhir. Sebanyak 7 subjek telah diuji sepanjang peperiksaan ini. Dan pelbagai reaksi dan perasaan yang bercampur baur telah dilalui sepanjang peperiksaan. Al-maklumlah. Cabaran sepanjang peperiksaan di tahun 3 memang agak tinggi. Menguji ketahanan mental dan ketabahan emosi. hahahaha... Apa-apa pun, semester ini telah berakhir. Aku belum lagi pulang ke kampung halaman kerana aku akan menghadiri satu majlis perkahwinan teman serumahku merangkap teman sefalkuti tetapi bukan dalam jabatan yang sama. Kih9x.... Selamat bercuti diucapkan kepada semua yang dapat cuti. hahaha...

Tuesday, November 3, 2009

Final Exam Sem 1 09/10


Peperiksaan akhir semester 1 09/10 bakal bermula. Namun, aku masih lagi tidak cukup bersedia untuk menghadapi peperiksaan ini. Entah kenapa semangat untuk mengulangkaji tidak hadir di dalam diri ini. Namun, aku tetap akan buat yang terbaik untuk peperiksaan kali ini. Aku akan berusaha untuk mengulangkaji dengan bersungguh-sungguh... InsyaALLAH...

Wednesday, October 28, 2009

Recreation Outing: Gunung Senyum


Pada 23-25 Oktober 2009, semua pelajar kelas rekreasi kecuali seorang telah ke Gunung Senyum sebagai Recreation Outing. Hanya 2 pelajar lelaki yang menyertai kelas rekreasi pada semester ini. Seramai 5 orang fasi yang bertugas menjaga kami sepanjang program ini di ketuai oleh Bro Asri. Kami diberi tugasan sepanjang perkhemahan ini untuk membuat catatan aktiviti di dalam log book.

23/10/09
Kami bertolak ke Hutan Lipur Gunung Senyum pada pukul 3.15 petang dan tiba di destinasi yang dituju pada pukul 6.00 petang. Setibanya kami di sana, kami terus membawa barang-barang kami ke dewan terbuka dan kami ke surau untuk menunaikan kewajipan. Selepas itu, Bro Asri memberi taklimat ringkas dan kami ke kawasan perkhemahan untuk mendirikan khemah. Kemudian, kami mula memasak untuk makan malam.

Setelah selesai makan malam dan solat Maghrib dan Isya', kami menjalani aktiviti malam iaitu "Night Walk". Kami di minta menyerahkan semua lampu suluh kepada fasi yang bertugas. Kami berjalan dalam gelap beramai-ramai. Selepas lebih kurang 300 meter berjalan, kami berhenti. Bro Asri melepaskan seorang demi seorang untuk kembali ke tapak perkhemahan. Setiap seorang di beri lilin dan dan diminta menjaga lilin itu supaya tidak padam. Bermcam-macam karenah yang terjadi sepanjang perjalanan mereka yang dilepaskan pulang ke tapak perkhemahan. Aku tidak diberi lilin dan berjalan pulang ke tapak perkhemahan bersama-sama Bro Asri. Hehehe... Selepas tamat night walk, kami pun tidur. huhuhu...

24/10/09
Bermula dengan bangun pagi untuk solat Subuh dan meyiapkan diri. Sarapan pagi disiapkan seawal mungkin supaya tidak telewat untuk aktiviti pada hari tersebut. Setelah bersarapan,kami memulakan aktiviti pada pagi itu iaitu trekking ke Gunung Jebak Puyuh untuk melawat gua-gua di sana. Antara gua yang dilawati ialah Gua Ular, Gua Mayat, Gua Straw@Sisik, Gua Kapal, Gua Keris, Gua Terowong dan Gua Rangkak. Setiap gua mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Setelah melawat semua gua di Gunung Jebak Puyuh, kami kembali ke tapak perkhemahan untuk menyiapkan makan tengah hari. Setelah makan tengah hari, kami menunaikan kewajipan.

Aktiviti petang itu ialah membuat "Camp Craft". Kumpulan aku membuat rak serbaguna yang sememangnya serbagunalah. hahaha... Aktiviti malam ialah malam kebudayaan. Kumpulan aku mendapat tempat kedua walaupun membuat persembahan yang merapu. hahaha... Selepas tamat malam kebudayaan, kami makan malam dan kemudian menulis log book. Kemudian, tidur. Semua peserta perempuan terpaksa tidur di dalam asrama kerana hujan yang lebat telah menyebabkan khemah mereka dimasuki air.

25/10/09
Seperti hari sebelumnya, kami bangun pagi untuk solat Subuh dan menyiapkan diri. Menyiapkan sarapan untuk sarapan pagi dan bersiap sedia untuk aktiviti pada pagi itu. Aktiviti pada pagi itu ialah melawat gua-gua di Gunung Senyum. Antara gua yang dilawati ialah Gua Kolam Tujuh, Gua Angin, Gua Terang Bulan, Gua Taman Dua, Gua Taman Satu, Gua Makam Tok Long, Gua Silat dan Gua Danau Impian. Setiap gua berkaitan antara satu sama lain. Sepanjang lawatan kami, pak cik Bad telah bercerita tentang mitos di setiap gua. Aku rasa seperti mendengar cerita dongengan rakyat. Namun, kebenaran cerita itu, hanya DIA yang lebih mengetahui.

Setelah selesai melawat gua, kami pulang ke tapak perkhemahan dan melalui jambatan gantung. Berlaku bermacam-macam peristiwa berlaku di atas jambatan gantung. huhuhu... Setelah tiba di tapak perkhemahan, kami memasak untuk makan tengah hari. Setelah makan tengah hari dan menunaikan kewajipan, kami dipanggil untuk aktiviti seterusnya iaitu "Compass Orienteering". Kumpulan aku memenangi compass orientering dengan mencatatkan masa 16 minit. Setelah selesai aktiviti compass orienteering, kami mengemas barang-barang dan khemah-khemah serta alatan memasak. Pukul 6.oo petang, kami bergerak pulang ke UIA Kampus Kuantan.

Tuesday, October 13, 2009

Busy, busy and busy...


Dah lame aku x update blog. Terlalu sibuk sebenarnya. Minggu lepas, MEDEX. Minggu ni, exam, presentation dan I-QUEST. Sehinggakan aku rasa down sekejap. huhuhu... Aku tidak bercadang untuk menulis dengan panjang kerana terlalu sibuk dengan kerja-kerja yang pelru aku selesaikan... huhuhuhu

Tuesday, September 29, 2009

Rest, Relax and Recover...


Rest, relax and recover... Dah masuk 3 hari selesema. hmmm... dapat MC untuk hari ni... kali ni selesema agak teruk berbanding sebelum ini. Mungkin sebab aku mengharungi perjalanan dari KT-Kuantan semalam dalam keadaan hujan lebat selama satu jam. huhuhu... Sapa suruh merempit tengah hujan... hahaha... Banyak lagi x study untuk exam nih... Assignment pun banyak lagi nih... waaa....

Thursday, September 24, 2009

Reunion EX-SMKATJ Class of 2004


Alhamdulillah. Program yang ditunggu-tunggu selama ini akhirnya berjaya diadakan. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini. Program REUNION DAN JAMUAN HARI RAYA EX-SMKATJ CLASS OF 2004 telah berjaya diadakan pada hari ini di Dewan Perpustakaan Negeri Terengganu.

Program ini bertujuan untuk mengumpulkan kembali semua bekas pelajar SMKATJ yang telah menduduki SPM pada 2004. Seramai lebih kurang 100 orang telah menghadiri program kali ini. Lebih separuh daripada jumlah semua bekas pelajar. Semua bekas pelajar SMKATJ yang pernah belajar bersama batch SPM 2004 (dari tahun 2000-2004) telah dijemput hadir ke reunion kali ini. Tetapi, kami agak terkilan kerana bekas ketua pelajar tidak dapat bersama-sama menghadiri reunion pada kali ini.

Program ini diadakan seringkas yang mungkin. Sudah tentulah aturcara paling besar ialah makan-makan. Terima kasih kepada mereka yang bertungkus lumus menyediakan hidangan yang lazat dan enak berkrim. hahaha... Program ini boleh dikatakan sangat menyeronokkan kerana ramai kawan-kawan yang telah lama tidak bersua bertemu kembali. Macam-macam cerita yang keluar dari mulut masing-masing. Samapi tidak sedar akan masa yang berlalu dengan tamatnya program. huhuhu...

Semoga reunion ini dapat diadakan lagi pada masa yang akan datang. InsyaALLAH...

Saturday, September 19, 2009

Salam Aidilfitri...


Salam Aidilfitri diucapkan kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Semoga Ramadhan yang telah dilalui memberi sribu dan sjuta makna buat kita semua. Semoga segala amalan soleh yang dilakukan diterima disisi ALLAH. InsyaALLAH...

Bersempena hari yang mulia ini juga, saya dengan ini ingin memohon sejuta kemaafan daripada semua kenalan saya (keluarga, kawan-kawan, sahabat-sahabat, rakan-rakan dan semua yang mengenali diri ini). Ampunkan salah dan silap saya sepanjang perkenalan kita. Maafkan andainya pernah terkasar bahasa, terasa dihati yang lara, terketuk kat kepala, terdiam seribu bahasa, terumpat tak sengaja dan apa-apa sahaja yang sewaktu dengannya. Halalkan makan minum saya. Halalkan sekiranya ada hutang yang tak disedari. Ampun dan maaf sekali lagi.

Akhir kata, selamat hari raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. =)

p/s: jemputlah beraya kat rumah ye... =)

Friday, September 18, 2009

Dulu dan Sekarang... Past and Present... =)

Raya dah dekat. Esok hari terakhir berpuasa. InsyaALLAH. Anak-anak saudara dah ramai yang pulang ke rumah pusaka ini. Bila melihat gelagat anak-anak saudara, teringat masa kecil-kecil dulu....

Dulu...
Masih lagi kecil...


Sekarang...
Dah besar panjang (tapi masih muda)... hehehe


Dulu...
Bila puasa, "Lambatnya nak berbuka."

Sekarang...
Bila puasa, "Eh, dah nak berbuka ke?"

Dulu...
Bila puasa, "Owh, sebulan yang lama..."

Sekarang...
Bila puasa, "Eh, da nak raya ke?"

Dulu...
Bila terawih, "Lamanya nak solat 8 rakaat."

Sekarang...
Bila terawih, "Lajunya imam ni solat."

Dulu...
Bila dekat nak raya, "Jom main mercun, bunga api, bla... bla... bla..."

Sekarang...
Bila dekat nak raya, "Mercun? Bunga api? Teman anak sedara main je la... =)"

Dulu...
Bila dekat nak raya, "Jom beli baju raya. Baju baru, seluar baru, kasut baru. bla.. bla... bla..."

Sekarang...
Bila dekat nak raya, "Pakai baju tahun lepas pun xpe. Baju tahun lepas pun nampak baru lagi."

Dulu...
Bila raya, "Nak kumpul duit raya banyak-banyak."

Sekarang...
Bila raya, " Nak jumpa sanak saudara dan kawan-kawan yang jauh dimata dekat dihati. kih9x"

Begitulah sedikit sebanyak perbezaan dulu dan sekarang. Seronok tengok anak-anak sedara gembira bermain bersama-sama. Berlari ke sana sini. Kecoh sana sini.

p/s:
Dulu... comel...
Sekarang... hensem...
muahahaha...

Monday, September 14, 2009

Home Sweet Home...


Cuti datang lagi.... Raya bakal menjelma... Ramadhan bakal menutup tirainya... Alhamdulillah, aku telah selamat pulang ke rumah semalam.

Perjalanan semalam dengan menunggang motorsikal agak memenatkan. Mungkin kerana tidak cukup tidur dan berpuasa. Jalan yang basah dan licin agak merbahaya. Salah seorang kawan yang konvoi bersama telah rebah di atas jalan raya apabila dia menekan brek untuk mengelak sebuah kereta yang masuk simpang. Mujurlah tiada kecederaan yang serius.

Kumpulan konvoi kami seramai 5 orang. Arif berhenti di Kemaman. Chinok berhenti di Marang. Aku, Fizie dan Mizi meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu dan terus pulang ke rumah masing-masing. Setelah 3 jam lebih menunggang motorsikal, akhirnya aku tiba di rumah. Penat seluruh badan.

Sungguh seronok berada di rumah. Yahoo... Namun, keadaan rumah agak sunyi kerana hanya aku dan umie yang berada di rumah. huhuhu...

p/s: Persiapan raya tahun ini biasa-biasa je...

Thursday, September 10, 2009

Dah 22?


Tepat pada jam 2.15 pagi, 10/9/09, maka genaplah umurku 22 tahun. Sekejap je rasa masa berlalu. Aku bermuhasabah akan amalanku sepanjang 22 tahun ini. Masih banyak kekurangan dalam amalanku. Semakin bertambah usia, semakin dekat ajal mendekati. hmmm...

Hari ini aku mendapat hadiah hari jadi iaitu exam. Macam mana? Nama pun hadiah hari jadi. Mestilah best. hahahaha... Soalannya agak mencabar. Alhamdulillah, aku berjaya menjawab semua soalan walaupun tidak sempat untuk menulis semua idea yang datang singgah di dalam kepalaku. Aku hanya berharap lulus untuk exam ini. Tidak berharap untuk score pun. Kerana belum tentu apa yang aku curahkan di atas kertas jawapan itu akan diterima oleh pensyarah yang menanda kertas jawapanku itu. huhuhu... Lulus. InsyaALLAH...

p/s: Terima kasih kepada semua yang mengingati hari ulang tahun kelahiranku... =)

Monday, September 7, 2009

End of 1st Mid-Sem Exam...


The 1st mid semester exam already finished. How it was? I don't know how to describe how difficult the questions. For me they were difficult. I didn't finished 2 out of 4 short notes. The exam duration was too quick. 4 short notes for 1 hour and 15 minute only...
I'm already finished the notes but the questions is the application questions which are I have no idea at all what the question is all about. waa... =(... I'm already cut my time on other things to focus on studying but still can't answer the question... =(
p/s: I want to play game and facebook right now... huhuhu...

Saturday, September 5, 2009

Exam Period...


Pejam celik. Pejam celik. Dah masuk hari ke-15 bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini. Begitu cepat masa berlalu. Ku mengharapkan baki hari yang tinggal untuk memperbanyakkan lagi ibadah kepada-NYA. InsyaALLAH...

Pejam celik. Pejam celik. Dah masuk minggu ke-9 dalam academic calendar semester ini. Baru aku perasan yang nota-nota aku masih lagi suci bersih. Putih berseri. Masih lagi kemas berada di rak. Mid-semester exam bakal bermula. Aku agak gembira kerana semester ini, hanya 5 subjek sahaja yang ada mid-sem exam. Alhamdulillah... Jadual exam? Tengok kat bawah:

AHS 3102: 7/9/09
AHD 3133: 10/9/09
AHS 4011: 11/9/09
AHD 3113: 1/10/09
AHD 3123: will be determined later

Tapi, aku belum melakukan apa-apa persediaan lagi untuk exam. Hahahaha. Entah kenapa terasa diri ini begitu malas sekali untuk mengulangkaji pelajaran. Exam makin dekat, semangat nak study belum ada. Erm... Aku kena kuatkan diri. Paksa diri, jangan manjakan diri. Chaiyok Jepah... Gambate... Aja-aja fighting!!! =)

Saturday, August 29, 2009

Puasa vs Raya...


Setelah seminggu aku tak update blog... Bukan tiada idea tapi masa tidak mengizinkan... Tahun ke-3 jurusan Dietetik memang agak sibuk dengan tugasan-tugasan yang di berikan oleh pensyarah.

Mungkin masih terlalu awal untuk aku menulis entri ini... Tapi aku telah memerhatikan perkara ini sejak sebelum bulan Ramadhan menjelma. Seminggu sebelum puasa, sudah penuh di pasaraya dengan baju raya dan kuih raya. Bila masuk puasa, sudah berkumandang lagu-lagu raya. Adakah puasa itu hanya semata-mata untuk beraya? Kalau tidak percaya, pergilah ke pasaraya-pasaraya. Lagu-lagu raya sudah berkumandang. Pemikiran manusia sudah berubah. Puasa adalah untuk raya semata-mata. Bukan untuk mengambil peluang menambahkan ibadat kepada ALLAH.

Tapi bulan puasa ini adalah peluang kepada sesetengah peniaga untuk "cekik darah". Harga makanan di jual dengan harga yang agak tinggi. Bulan puasa yang sepatutya berjimat cermat tapi hidangan berbuka puasa dibeli dengan berlebih-lebihan dan membazir. Persoalannya, dimanakah penghayatan Ramadhan yang sepatutnya ada dalam diri? Bila tiba sahaja bulan puasa, apa yang dibicarakan ialah raya. Bukan solat terawih atau tadarrus Al-Quran...

Sedih aku melihat gelagat kebanyakan masyarakat yang mengaku Islam. Puasa tetapi melakukan maksiat. Puasa tetapi tidak menutup aurat. Puasa tetapi tidak menunaikan solat. Bulan yang penuh rahmat tidak diambil peluang sepenuhnya oleh umat Islam pada hari ini.
p/s: Untuk renungan bersama di bulan Ramadhan... =)

Saturday, August 22, 2009

BULAT ku sayang... =)


Alhamdulillah... Setelah mengeluarkan sejumlah wang yang agak besar untuk modified motor honda bulat tinggalan arwah ayah, akhirnya siap jua. Motor ini dibeli oleh arwah pada tahun 1974. Bermakna motor ini berumur 35 tahun. MAsih lagi menggunakan enjin asal tanpa pernah potong blok. Masih lagi menggunakan gear yang asal. Motor ini masih lagi dalam keadaan yang elok. Tidak ku sangka motor ini akan berjaya di ubahsuai seperti ini. Nak tengok gambar lagi? Tengok kat album facebook ye... =)

Monday, August 17, 2009

My "Crazy" Weekend...


Termenung di Panorama

Alhamdulillah, aku berjaya memenuhi hujung minggu aku dengan pelbagai aktiviti. Boleh dikatakan, aku agak gila memenuhi hujung minggu aku. Pada 15/08/09, pukul 4.30 pagi, aku ke Bukit Panorama, Sungai Lembing bersama-sama Don, Dzaqee, Amir, Syamil, Abu, Moja, Nad dan ramai lagi.... Hajat di hati nak tengok sunrise tapi malangnya, kabus yang agak tebal mengecewakan hajat kami semua. Kami turun dan singgah sebentar makan nasi lemak di warung. Kemudian kami bertolak pulang ke UIA Kuantan.

Pukul 10.30 pagi hari yang sama, aku bersama Moja dan Syaza bertolak ke Berkelah. Drive dengan keadaan tubuh yang agak letih melambatkan pemanduan aku. hehehe... Pukul 11.50 tengah hari, kami tiba di Berkelah dan kami meneruskan perjalanan ke tingkat 7 untuk menyertai team dari UIA Gombak dan Monash University. Kami tiba di tingkat 7 pada pukul 1 petang. Baru sahaja nak mandi, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Jadi, sementara menunggu hujan berhenti, kami makan la dulu. Terima kasih kepada Paan and the geng yang menawarkan makan tengah hari kepada kami. =). Setelah hujan berhenti, kami mandi manda dan mencuba flying fox dan jatuh dalam air. Sangat-sangat menyeronokkan.



Di Air Terjun Berkelah

Kami bergerak turun dari Berkelah pada pukul 5.15 petang dan tiba pada pukul 6.10 petang di tempat permulaan. Kami pulang ke Kuantan pada pukul 6.30 petang dan singgah untuk makan malam di Sekilau setelah mengajak Judin yang menolak perlawaan kami dan Don yang membalas mesej selepas kami habis makan. Pukul 9.30 malam, aku menghantar Moja dan Syaza ke UIA Kuantan dan aku pun pulang ke rumahku di IM 6.

Keesokan harinya, 16/08/09, aku bertolak ke Wira Damai, Batu Caves untuk menyaksikan BASE ACCURACY CHALLENGE di Wira Damai setelah Tok Ya mengajak aku datang. Banyak acara yang di pertandingkan dan aku sangat seronok berada di sana walaupun hanya untuk seketika. Aku pulang ke Kuantan pada malam hari yang sama kerana aku menerima panggilan daripada Umie yang mengatakan bahawa sepupuku yang baru berumur 51 hari dimasukkan ke ICU di HTAA dan disyaki dijangkiti H1N1. Semoga dia selamat. InsyaALLAH...

Di Wira Damai

Thursday, August 13, 2009

Sebuah persahabatan...


Eh, kenapa banyak sangat entri pasal persahabatan ni? Entah la... aku hanya ingin menulis. Sudah terlalu banyak aku tengok sendiri kisah kawan makan kawan, kisah dulu sayang sekarang benci... Membuat aku terfikir... Apakah erti sebuah persahabatan? Apakah nilai sebuah persahabatan? Apakah erti sebuah kasih sayang? Sama-samalah kita fikirkan....

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud, "Sayangilah orang yang kamu sayangi berpada-pada kerana kelak mungkin dia akan menjadi orang kebencianmu dan bencilah orang yang kamu benci berpada-pada kerana kelak mungkin dia akan menjadi orang kesayangan kamu."

Sabda Rasulullah ini membuatkan aku terfikir betapa benarnya kata-kata kekasih ALLAH ini. Dari benci bertukar menjadi sayang dan dari sayang bertukar menjadi benci. Semua ini aku telah lihat dan ada juga yang pernah aku alami sendiri. Dulu, aku sangat mudah membenci orang lain tapi aku terfikir kenapa harus aku benci sedangkan aku bukanlah begitu sempurna sehingga tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan langsung. Ini membuatkan aku agak susah membenci atau tidak suka pada orang lain.

Memaafkan adalah suatu yang agak susah untuk insan biasa seperti kita semua lakukan. Tetapi, belajarlah memaafkan kerana kita akan rasa lebih tenang hidup tanpa benci dan dendam. InsyaALLAH... Hati manusia sangat mudah berubah, jadi jagalah hati kita dengan sebaik-baiknya. Sebagaimana kita terasa dengan kesilapan kawan-kawan kita, begitu jugalah apa yang mereka rasa apabila kita menyakiti mereka.

Wujudkanlah perasaan bila rasaku ini rasamu. Janganlah hanya manis di bibir mengungkap kata tetapi tiba-iba menuduh dan menyalahkan orang lain. Dan jika ada kesilapan kawan-kawan, maafkan mereka dengan penuh tulus dan ikhlas. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat dari apa yang kita lakukan. InsyaALLAH...
p/s: sekadar renungan bersama... =)

Tuesday, August 11, 2009

True Friend...


Friend... Dalam bahasa Melayu, maksudnya kawan. Apa makna kawan kepada anda? Adakah kawan sekadar untuk menolong anda ketika anda susah? Atau anda hanya berada di sisi kawan bila kawan itu senang sahaja? Mengapa kita perlu ada kawan? Fikir-fikirkanlah...
Ingatlah bahawa kawan ketika senang sangat mudah ditemui tetapi kawan ketika susah sangat payah ditemui. Seorang kawan yang boleh digelar sebagai sahabat ialah seorang yang tidak akan meninggalkan kawannya dalam apa jua keadaan sekalipun. Seorang yang sentiasa ada masa untuk kawannya tidak kira betapa sibuknya dia. Seorang yang tidak akan memberi alasan dan mengelak kawannya. Alangkah bahagianya sekiranya kita bertemu dengan seorang sahabat yang sentiasa bersama kita tidak kira susah atau senang.
"How friends break? Both friends will think the others is busy and will not contact thinking it may be disturbing. As time passes, both will think let other contact. After that, each will think why should I contact first. Here ur love will be converted to hate. Finally without contact, the memory becomes weak. They forget each other. On a fine day they will meet & blame one another." I don't wanna be one of this kind...
Pernahkah anda tidak mempedulikan kawan-kawan anda? Disaat kawan-kawan anda memerlukan anda? Apakah perasaan anda jika perkara yang sama berlaku kepada anda? Wujudkan perasaan bila rasaku ini rasamu dalam diri agar kita menjadi kawan yang baik. Yang sentiasa sanggup meluangkan masa demi kawan tercinta. =D....
Ingatlah bahawa hidup ini tidak selalunya indah. Langit tidak selalunya cerah. Andai kata kawan kita terasa dengan sikap kita, mohonlah kemaafan. Dan belajarlah memaafkan kesalahan kawan-kawan kita. Pernahkah kita terfikir kadang-kadang kita hanya mementingkan diri sendiri sahaja? Jangan biarkan kata-kata bahawa anda sayang kawan-kawan anda hanya di bibir sahaja. Buktikannya... =)
"Andai seorang sahabat membuat kesalahan, tuliskannya di atas pasir kerana apabila angin datang, hilanglah tulisan itu. Andai seorang sahabat melakukan kebaikan, ukirkannya di atas batu agar ia kekal selam-lamanya..."
p/s: aku xtau la apa yang aku merapu ni... huhuhu...

Sunday, August 9, 2009

Gambang Waterpark...


Mula-mula plan nak gi sini ngan judin. Tapi tak jadi. Pastu plan ngan housemate. Pun tak jadi. Tak tahu entah macam ne, tetiba je pergi tempat ni ngan dak2 dalam gambar kat atas ni. Dak2 sciences 2nd year. Maaf mawi, sebagai tukang amek gamabr, gambar mu xdop. hahaha. tengok dalam album kat facebook ye.
Laporan ke Waterpark ini. Overall, aku bagi 7/10 la... Tinggi la tu. Dry park lum siap lagi. Bayaran? RM 19.90 untuk orang dewasa untuk MASUK sahaja. Nak pakai loker, nak pelampung tiub, nak makn minum, kira lain la ye... huhuhu... Aku cukup suka gelongsor air yg pusing-pusing tu. Aku xtau name dia. Tapi best jugak la.... Sampai menjerit-jerit dak ni. hahaha... Yang best jugak, ade air jatuh dari mulut ikan... Ombak buatan kat Coco Beach pun best gak... Anyway, best ada, x best pun ada sebab waterpark ni belum lagi siap 100%.... Sekian...

Wednesday, August 5, 2009

Pernahkah kamu terfikir?


Kadang-kadang...
Kamu hanya melihat kesalahan orang lain terhadap kamu...
Tapi, pernahkah kamu terfikir...
Adakah kamu melakukan kesalahan terhadap orang lain?

Kadang-kadang...
Kamu ingin orang lain memahami kamu...
Tapi, pernahkah kamu terfikir...
Adakah kamu cuba memahami orang lain terlebih dahulu?

Kadang-kadang...
Kamu tidak suka orang melakukan sesuatu yang kamu tidak suka...
Tapi, pernahkah kamu terfikir...
Adakah kamu melakukan sesuatu yang kamu tidak suka itu terhadap orang lain?

Kadang-kadang...
Kamu ingin orang lain menjaga perasaan kamu...
Tapi, pernahkah kamu terfikir...
Adakah kamu menjaga perasaan orang lain?

Kadang-kadang...
Kita tidak sedar akan apa yang kita lakukan...
Tapi kita cukup sedar apa yang orang lain lakukan...
Pernahkah kamu terfikir akan semua ini?

Kadang-kadang...
Kita tidak pernah terfikir akan semua ini...
Apa yang kita mahukan hanyalah untuk diri kita sendiri...
Kita tidak fikir akan orang di sekeliling kita...

Begitulah sifat manusia...
Hanya mahukan yang terbaik untuk diri sendiri...

p/s: Sekadar renungan bersama dan diri sendiri...

Tuesday, August 4, 2009

XPDC Gunung Bunga Buah...

Buat pertama kalinya aku menyertai XPDC bersama-sama Latepackers pada 1-2 Ogos 2009 yang lepas. Kali ini Gunung Bunga Buah yang terletak di Genting Highlands menjadi sasaran. Seramai 15 orang peserta menyertai ekspedisi kali ini. 12 lelaki dan 3 perempuan. 8 orang dari ARC Kuantan, seorang dari ARC Gombak, 4 orang dari Latepackers dan 2 orang dari Filipina.

Kami mula mendaki pada 1 Ogos 2009 pada pukul 3 petang. Aku merupakan kumpulan kedua yang tiba di puncak pada pukul 8.50 malam. Kumpulan terakhir tiba pada pukul 3 pagi. Kali ini aku yang menjadi tukang masak. Walaupun masak cincai-cincai, sedap jugak tengok mereka yang kelaparan makan. hahaha...

Kami mula turun dari puncak gunung pada 2 Ogos 2009 pada pukul 1 petang. Kali ini aku lebih banyak berhenti untuk mengambil gambar dan sembang-sembang dengan Abg Kashaf dan Abg Yusoff. Pergerakan aku agak tebatas ketika separuh jalan kerana lututku mengalami kesakitan menyebabkan perjalanan turun menjadi agak lama. Pada pukul 5 petang, aku tiba di tempat permulaan kami bersama Lutfi dan Abg Kashaf. Pada pukul 6.30 petang, kami bergerak pulang ke UIA Gombak. Pada pukul 1 pagi, kami (aku, cagan, lutfi, gg, shifaa dan mida) bertolak balik ke Kuantan. Terima kasih kepada Asker yang menjadi trekker pada ekspedisi kali ini.

p/s: lepas ni nak naik gunung apa plak ye? huhuhu...

Monday, July 27, 2009

Thanks a lot TAQ 3883... =)


TAQ 3883... Kereta Umie yang telah banyak berjasa kepada aku selama 2 minggu aku berada di Kuantan. Berat hati untuk melepaskan kereta ini tetapi aku terpaksa juga memulangkan kembali kereta ini kepada Umie di Terengganu kerana Umie lebih memerlukan kereta ini di sisinya. Kereta ini sebenarnya adalah hadiah terakhir arwah ayah kepada Umie sempena ulangtahun perkahwinan mereka pada tahun 2007.

Terima kasih kepada Umie yang membenarkan aku menggunakan khidmat kereta ini selama 2 minggu di Kuantan. Selepas ini, aku akan kembali merempit dengan TAK 2886. huhuhuhu...

p/s: dah lama tidak menulis di sini... bukan kerana tiada idea... tetapi tiada kesempatan... =)

Monday, July 20, 2009

XPDC Bukit UIA yang tidak berjaya...

KOP dan KAHS dari bukit UIA

Pada 19/7/09, aku, Hassan, Moja, Aliaa dan Dila telah melakukan aktiviti yang jarang dilakukan oleh pelajar-pelajar UIA iaitu memanjat bukit UIA. XPDC yang sepatutnya bermula pukul 7.30 pagi akhirnya bemula pada pukul 8.30 pagi atas sebab-sebab teknikal. kih9x...

Dengan menggunakan pengalaman yang ada pada Moja sebagai trekker, kami berjaya mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan sepanjang perjalanan. Walaupun kami tidak sempat samapi ke puncak bukit, kami tetap berpuas hati. Kesian Dila sebab semput. Tapi kami kagum dengan semangat Dila. Tahniah Dila. =)


Selepas berpenat lelah memanjat bukit UIA pada sebelah pagi, kami ke Megamall pada sebelah petang. Dila tidak dapat ikut ke Megamall kerana keletihan. Afifah@Kak Pah juga menyertai kami pada sebelah petang. Hari yang sangat best sebab bukan senang nak hang out sebenarnya... hahaha...

Bergambar kat parking level 5 Megamall

p/s: Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti ini...

Wednesday, July 15, 2009

New semester... new hopes... new challenges..



Semester baru bermula. Tak sangka sekejap sahaja masa berlalu. Pejam celik pejam celik. Owh, sudah tahun ke-3 pengajian rupanya aku. Lagi 2 tahun untuk aku menamatkan pengajian ijazah sarajana muda ini. Untuk kos Dietetik, tahun ke-3 juga dikenali sebagai pre-clinical year... Bermakna ini adalah tahun persediaan untuk aku menghadapi clinical year pada tahun hadapan. Walaupun aku nampak cool dan relax, namun jauh di sudut hatiku, aku sangat risau dan takut menghadapi tahun ke-3 ini.

Masuk-masuk sahaja kelas pertama, dah kena tanya bermacam-macam soalan yang mampu membuatkan aku blur dan seperti tidak tahu apa-apa tentang dietetik. Nampaknya aku mesti mengulangkaji apa yang telah aku pelajari sepanjang 2 tahun lepas. Banyak yang telah aku lupa. Tiada lagi masa untuk aku bermain-main. Sudah tiba masanya untuk aku lebih serius belajar dari sebelum ini untuk menghadapi tahun ke-3 yang penuh mencabar ini. Aku harap aku akan dapat kekuatan dan semangat yang kental untuk berjaya untuk semester ini, semester-semester akan datang dan juga dalam hidup aku pada masa hadapan. InsyaALLAH...

GAMBATE!!! AJA AJA FIGHTHING!!! =)

p/s: Study smart... =).. Jadi, jangan tensen2x.. =D

Saturday, July 11, 2009

Jobs and Activities during holiday...

Sepanjang bercuti selama hampir 3 bulan, banyak kerja yang aku buat dan aktiviti yang aku sertai... Aku telah penuhkan cuti aku dengan pelbagai aktiviti sehingga menyebabkan aku tidak puas bercuti... Aku mulakan dengan kerja-kerja yang aku lakukan sepanjang cuti ini...

1. Tukang Cat
- Aku ditugaskan untuk mengecat rumah sepanjang cuti ini. Alhamdulillah, aku sempat menghabiskan kerja-kerja mengecat pada hari ini.

2. Driver
- Setiap kali umie mahu keluar membeli belah atau atas urusan lain, aku akan menjadi pemandu tetap beliau ke mana sahaja destinasi yang beliau ingin pergi.

3. Babysitter
- Setiap kali cuti, inilah kerja aku. Pada cuti kali ini, aku lebih kerap menjaga si kembar. =)

4. Pemanjat Pokok Kelapa
- Ini kerja yang paling gayat bagi aku. Bayangkan pokok kelapa yang begitu tinggi aku panjat sampai ke puncak. Aku memetik buah kelapa kerana umie tersayang inginkan buah kelapa. =)

5. Pemotong rumput
- Ini pun boleh dikatakan kerja sambilan aku. Senaman yang agak bagus untuk tangan. hahahaha...

6. Imam, Bilal dan Makmum
- Kerja ini boleh dikatakan rutin harian aku di rumah. Surau ini adalah amanah kepada arwah ayah aku untuk "menghidupkan"nya. Jadi, selepas arwah ayah meninggal dunia, kami adik-beradiklah yang memikul amanah untuk "menghidupkan" surau. Alhamdulillah...

7. Pemandu pelancong tidak bertauliah
- Aku menjadi pemandu pelancong pada ketika beberapa orang kenalanku datang ke Terengganu pada cuti kali ini... =)

Inilah kerja-kerja yang aku lakukan sepanjang cuti...

Antara aktiviti yang aku lakukan dan aku sertai sepanjang cuti ini adalah seperti berikut... (skema btol ayat aku.. hahaha)

- Program di kampung orang asli yang banyak memberi aku pengalaman baru.

- Menyertai eco-challenge memang satu pengalaman baru bagi aku... sangat best...

- Salah satu program yang membuatkan aku teruja untuk berakit lagi... hahaha...

4. Pergi kenduri kahwin
- Ada dua kenduri kahwin kawanku yang aku hadir iaitu kenduri kahwin Tasnim dan kenduri kahwin Mat Min.

5. Sambut besday Umie
- Pada 28 Jun 2009 yang lepas, genaplah umur umie 57 tahun. Sayang umie... =)

6. Menyertai program HPA
- Aku menyertai program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) yang di anjurkan oleh HPA di Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu. Banyak ilmu baru yang aku perolehi. Alhamdulillah....

7. YM dan Facebook
- Ni la keje aku apabila online. Main game kat facebook, chatting, tagging... hahaha... best2x...

p/s: bestnyer cuti... =)

Thursday, July 9, 2009

How do you define "LOVE"?

LOVE... It depends on you how do you define it. Very subjective. In Malay, LOVE can be defined as "SAYANG, CINTA, SUKA"... What do you think about love? It is caring is love? like sharing is caring? yaa.. You can say that caring is love but what "types" of love? Love as a friend? Love as a little brother or sister? or love as a lover? So, it is hard to jugde when someone is caring about you. Sometimes, he/she really cares about you but he/she just loves you as a friend.

Actually, this thing happened to me. When I was in matriculation. I do care my friends in my own ways. I'm really caring about my friends and I show my care. However, some of my female friends misunderstood on my ways of caring. They thought I was falling love to them. They thinked I love them more than as a friend. Huhh... Thing that I just can't accept. Sorry girls.. I'm not playing with your heart but you all just my friends. Not more than that.

Because of this thing, I become like "acuh tak acuh" towards my female friends although I'm really care about them. But I just don't want to show it to avoid any misunderstood because when you misunderstood me, you can be very close to me and you also can avoid me in the future. So, sorry my female friends because I didn't have any intention to be more than a friends. I didn't have any intention to play with your heart. I didn't have any intention to take you as my soulmate. Why I said "female friends"? It is because there are no problems to show my care towards my male friends. No misunderstood. hahaha...

I LOVE my status now... Single is the best for me for the time being... because LOVE is very subjective, the misunderstood can easily happened. So, how do you define LOVE?

Tuesday, July 7, 2009

B S U R S I C U B4...


Sometimes...
I'm not aware that I'm hurting you...

Sometimes...
I'm just think about myself...

Sometimes...
I'm being annoyying...

Sometimes...
I broke your heart...

Sometimes...
I made you feel guilty...

Sometimes...
I forgot that you also have your own problems...

Sometimes...
I'm disturbing you...

Sometimes...
I'm not there when you need me...

but... remember...

Sometimes...
You also hurt me...

Sometimes...
You just wanna me listen to you but you won't listen to me...

Sometimes...
You didn't reply me...

but always remember...

no matter how many sometimes you did, I'm always be with you... I'm really care of you... eventhough I'm not reply you... you are always in my mind...

I know I'm not perfect... I'm not angel... I'm just human... never free from doing mistakes... it's ok if you won't forgive me but I just want you to...

B S U R S I C U B4...

because I'm always need you.... FRIENDS... =)

Saturday, July 4, 2009

HPA... satu alternatif buat ummat Islam...



Pernahkah anda mendengar berkenaan HPA? Tahukah anda apa itu HPA? Memang benar HPA adalah sebuah syarikat Multi Level Marketing (MLM). Tetapi, HPA merupakan sebuah syarikat MLM Syariah yang pertama di Malaysia. Satu-satunya MLM (S) yang mempunyai ahli-ahli panel syariah yang menjaga HPA supaya mengikut landasan yg ditetapkan syara'.

Entri kali ini bukan untuk berkempen supaya pembaca sekalian mendaftar sebagai ahli HPA. Tetapi sebagai pengenalan kepada pembaca apa yang diperjuangkan oleh HPA. HPA memperjuangkan produk-produk halal tidak terhad kepada ubat-ubatan herba semata-mata tetapi HPA juga menyediakan produk-produk yang menjadi alternatif kepada produk-produk yang diragui status halalnya di pasaran pada hari ini dan juga sebagai produk alternatif kepada produk-produk Yahudi dan Amerika yang sepatutnya diboikot oleh umat Islam. Jadi, tiada alasan lagi untuk tidak memboikot barangan Yahudi dan Amerika ynang sudah ada alternatif lain.

HPA merupakan syarikat orang Islam sepenuhnya. Jadi, tiada lagi keraguan untuk menggunakan produk-produk keluaran HPA baik dari produk ubat-ubat herba, makanan, minuman dan penjagaan diri.
Saya tidak ingin menyentuh berkenaa sistem MLM (S) dan bonus yang ditawarkan dalam HPA kerana tujuan saya menyokong produk HPA adalah kerana produk-produknya yang baik untuk kesihatan dan terjamin status halalnya.

Antara produk alternatif yang dikeluarkan oleh HPA bagi menggantikan produk-produk di pasaran hari ini ialah:

1) Necafe = Kopi Pracampuran Radix
2) Milo = Koko Radix
3) Coca-cola = Radix Cola
4) Aiskrim = Aiskrim Toyyibah
5) Ayam daging = Ayam Organik HPA

Walaupun produk-produk ini agak mahla sedikit, namun tidak mengapa kerana kita menyokong syarikat orang Islam untuk terus berkembang maju. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai orang Islam untuk mencari makanan yang halal lagi baik sekaligus menyokong ekonomi umat Islam secara amnya. InsyaALLAH... Jika bukan kita yang menyokong ekonomi umat Islam, siapa lagi? Fikir-fikirkanlah...

p/s: HPA pernah disaman oleh syarikat-syarikat dari Amerika dan Yahudi kerana mengeluarkan produk-produk yang menjaga kesucian umat Islam sejagat...

Laman web rujukan:

Tuesday, June 30, 2009

I LOVE Holidays!!! yeah...


Tik... tik... tik... pejam celik pejam celik... tido bangun tido bangun... sedar tak sedar dah 2 bulan lebih aku bercuti dalam cuti semester ni. Banyak aktiviti yang telah aku lakukan sepanjang cuti kali ini. Aku sangat-sangat seronok bercuti sehinggakan semangat untuk pulang ke UIA langsung tiada. hahaha... I LOVE holidays!!! Nape la kejap sangat cuti... hihihi... =)