Tuesday, January 27, 2009

Back to "NATURE"....

Selepas 2 tahun lebih aku meninggalkan dunia pendakian, akhirnya aku memulakan kembali minatku. Aku rasa begitu puas kerana rinduku untuk menggalas hiking bag akhirnya terubat. Kali terakhir aku mendaki gunung pada Ogos 2006. Sekarang, aku telah membuat keputusan untuk kembali aktif dalam dunia pendakian gunung. Kali ini aku menyahut cabaran gunung Brinchang dan Irau yang terletak di Cameron Highlands.
----------------------------------------------------------------------------------------------
24/1/09
Perjalanan bermula apabila kami bertolak dari UIA Kuantan pada pukul 7.30 pagi dan tiba di kaki gunung Brinchang pada pukul 5.30 petang. Selepas membuat persiapan terakhir, kami mula mendaki pada pukul 6 petang ke puncak gunung Brinchang. Pendakian kami agak terganggu kerana cuaca yang tidak menyebelahi kami. Kami terpaksa menempuhi pendakian dalam keadaan hujan dan malam yang gelap. Alhamdulillah, kami selamat tiba di puncak gunung Brinchang pada pukul 8.45 malam dan kami meneruskan perjalanan ke kaki gunung Irau dan kami tiba pada pukul 9 malam di sana. Alhamdulillah, kami semua selamat tiba di kaki gunung Irau dan selepas menunaikan kewajipan, kami masak dan makan bersama-sama.


Sampai jua di kaki gunung Irau
----------------------------------------------------------------------------------------------
25/1/09
Kami melakukan persiapan untuk mendaki gunung Irau. Kami memulakan pendakian pada pukul 9.45 pagi selepas bersarapan dan masak untuk makan tengah hari.
Masak sarapan bersama-sama

- Hujan turun renyai-renyai dan suasana begitu sejuk sehingga kami terpaksa memakai baju sejuk, sarung tangan dan stokin sepanjang masa. (tapi, yang x pakai stokin dan sarung tangan).

Cuaca yang sejuk... Minyak masak jadi beku...
Perjalanan kami bermula dalam keadaan hujan renyai-renyai. Laluan menjadi becak dan sangat berlumpur. Kami terpaksa mengharungi laluan sebegitu sepanjang perjalanan. Keadaan menjadi lebih mencabar apabila hujan turun dengan lebih lebat.


Jalan yang berliku...

Sebelum sampai ke puncak gunung Irau, kami melalui puncak pertama iaitu Anak Irau.


Di puncak Anak Irau

Kami selamat tiba di puncak gunung Irau pada pukul 1.15 petang. Perjalanan yanga agak memenatkan. Selepas lebih kurang sejam berada di puncak gunung Irau, kami mula turun dari puncak Irau walaupun masih ada yang belum sampai ke puncak gunung Irau. Kami terpaksa turun tanpa menunggu kumpulan yang lain tiba kerana keadaan di puncak gunung Irau terlalu sejuk ditambah lagi dengan hujan yang agak lebat.


Di puncak gunung Irau

Pergi mendaki gunung tanpa latihan fizikal menyebabkan aku mudah kehabisan tenaga. huhuhuhu...


Gunung Irau dekat... Gunung Brinchang jauh...

SNAP!!!

Kami selamat tiba di kawasan perkhemahan lebih kurang pukul 4 petang. Selepas mandi dan solat, kami yang tiba awal ini memasak makanan dan minuman untuk kami dan untuk kumpulan yang bakal tiba selepas kami. Selepas itu, kami melakukan aktiviti bebas.



Sementara menunggu yang lain tiba, kami minum dulu...

------------------------------------------------------------------------------------------------------
26/1/09
Kami melakukan persiapan sarapan dan mula mengemas kawasan perkhemahan kerana kami akan turun ke Pekan Brinchang pada pagi itu. Selepas siap bersarapan dan mengemas kawasan perkhemahan, kami turun melalui jalan raya ke Pekan Brinchang dan melalui ladang teh. Perjalanan yang agak panjang. Memakan masa selama 3 jam. Selepas tiba di Pekan Brinchang, kami ke masjid untuk mandi dan solat. Selepas itu, kami makan tengah hari dan kami berjalan-jalan untuk membeli belah selepas itu. Kami bertolak balik dari Cameron Highlands pada pukul 7.30 malam dan tiba di UIA kuantan pada pukul 3.30 pagi.... Perjalanan yang memenatkan...


p/s: Selepas ini, gunung apa plak ye? huhuhuhu


Brinchang... 10km lg?


Ada sape-sape nak tomato?


Kawasan penanaman kobis
Ladang teh yang menghijau
Kenangan di ladang teh
Penat berjalan, kami menumpang trak ke Pekan Brinchang...
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
SNAP SHOT!!!!

Hujan tidak menghalang untuk bergambar...


Di puncak menara ape ntah...
Rumah snow white? hahaha

Puncak gunung Brinchang

Budak-budak xde keje...

12 comments:

Liyana said...

bestnye!!!
nak join la lain kali...
try panjat yang rendah2 dulu...
hahaha~

Jepah said...

>>>liyana:
mmg best... lebih2 lg bile da smapi puncak... sgt2 puas hati...

shamel said...

Aiihh..benye jepp..
aku nak sgt join. Ade je kan dak2 pmacy join. Tp aku bz la. Plus, time management aku sgt poor.

Ape2 pon aku ske gamba snap tuh. Yg di tgh2 tu mcm edward cullen posing dlm movie twilight.

Jepah said...

>>>shamel:
a'ah... ade je dak pharmacy join...
dak batch ko, senior2 ko...

ko suke gmbar yg mane? yg ade senior ko ke? hahahaha...

shamel said...

Bukan laa..gamba yg caption die SNAP!! tuh. cool..

nadia said...

meh panjat gunung sinai kat sini...hehe

Jepah said...

>>>shamel:
tu main posing je... hahaha

Jepah said...

>>>nadia:
insyaALLAH... kalu ada peluang... =)

Szakif said...

takmo komen.

a.k.u.j.e.l.e.s

Jepah said...

>>>szakif:
nape ko x ikut judin skali dtg?
bestnye.... =p

3p4h said...

Ahh... Penatnya... Da lama xpnjt2 gunung nih...

Byk gile gmbr ko eh... Xrosak camera??

Jepah said...

>>>epah:
penat mmg penat... tp pengalaman tu berharga...

camera aku masuk air kot... nsib bek ok lg... huhuhu...