Sunday, January 18, 2009

Tentang Dia (Episod 6: Sekolah Menengah Agama)

Sambungan dari entri ini

Minggu pertama persekolahan bakal bermula seminggu lagi. Dia masih lagi menunggu surat tawaran masuk ke sekolah menengah agama. Pada minggu itu, dia mendapat sepucuk surat. Dia menyangka surat tawaran yang di tunggu-tunggu, tetapi dia kecewa kerana dia mendapat tawaran ke sekolah menengah harian biasa. Begitu kecewanya dia ketika itu. Ibunya menyuruhnya masuk ke sekolah itu buat sementara waktu. Kata ibunya, tunggulah panggilan kedua masuk sekolah agama tu… Sekolah menengah harian biasa itu memang agak tidak menyenangkan. Kebanyakan pelajar-pelajarnya sangat suka melanggar peraturan sekolah. Ponteng kelas, ponteng sekolah, buli…. Semua ini menjadi kebiasaan bagi mereka…

Seminggu berada di sekolah harian biasa itu… owh… begitu terseksa jiwanya… namun, penantian dia akhirnya membuahkan hasil. Dia mendapat tawaran masuk ke sekolah menengah agama berdekatan rumahnya itu. Alangkah bersyukur dan gembiranya dia. Jiran sekampungnnya juga mendapat tawaran itu. Jadi, mereka berdua terus membuat urusan tukar sekolah. Alhamdulillah…. Semua urusan berjalan dengan lancar. Bermulalah zaman persekolahan baru buatnya… Sebagai pelajar baru sekolah menengah…

Satu kehidupan baru bakal ditempuhi… Adakah dia mampu mengharungi suka duka dan onak ranjau yang bakal ditempuhi ini?

~to be continue~

[^_^]

2 comments:

alone said...

hoho. boleh tahan cerita ni.

Jepah said...

>>>alone:
bleh tahan erk? tq2...