Saturday, January 3, 2009

Tentang Dia (Episod 2: Anak Bongsu)

Dia merupakan anak kesembilan. Dia begitu gembira apabila mengetahui bahawa dia mendapat adik ketika dia berusia dua tahun iaitu pada tahun 1989. Malangnya, ALLAH lebih menyayangi adiknya. Hanya sehari dia sempat melihat adiknya. Al-Fatihah.

Dua tahun selepas itu, 1991, dia mendengar berita yang dia bakal mendapat adik baru. Akan tetapi, adiknya itu telah meninggal dalam kandungan. Al-Fatihah.

Dia telah menjadi anak bongsu selama 4 tahun. Menurut ibunya, dia sangat lambat dapat berjalan dan bercakap. Ketika hampir 2 tahun baru dia dapat berjalan dan bercakap. Lambat,kan? Ketika dia berusia empat tahun, ibu bapanya telah mengajarnya mengenal Al-Quran. Alhamdulillah… Dia diberi didikan agama yang secukupnya…

Dia begitu bersyukur kerana dibesarkan dengan didikan agama…

Tetapi, gelaran adik bongsu itu tidak kekal untuk selamanya…

~stay tuned for next episod~

[^_^]

12 comments:

Szakif said...

ala.. takde klimaks la cerita ni.. huhu~ bagi la thrill sket :D

© Liyana.Sara.Salleh said...

alamak pengkritik dah berkata2...
tapi betullah, kasi la suspen sikit...

ok jepah...
takpe, cerita masih baru lagi...
sabar2 liyana... :D

Jepah said...

>>>szakif:
ni baru start ler... mane la klimaks start awal... konflik pun xde lagi...
huhuhu

Jepah said...

>>>liyana:
ades... payah tol la bercerita ngan penggemar novel ni...

tggu dgn sabar ye...

© Liyana.Sara.Salleh said...

aik marah ke???
eh eh jepah tau kita suka baca novel lah... (^_^)
yela2 orang banyakkan bersabar...
ni boleh masuk kategori e-cerpen bersiri tau...

Szakif said...

ala... ko wat pendek2 camni, penat tau nak tunggu klimaks. huhu~ kalo nak wat pendek2 pun, biar la adek konflik sikit2. macam drama katanya~

Ddweee said...

kisah benar ke ni?
mcm ada hubung kait dgn realiti..
huhu..

btw,maybe tag epah bg tu bleh wat pas final exam k?

shamel said...

eh...yang aku tngok kat tv kan, cte tentang dia bukan camni la..

uhuh.

Jepah said...

>>>liyana:
xde la marah pun... saje je...
bgus2... sabar2... hohoho...

Jepah said...

>>>szakif:
sbb nk suh ko penat la aku wat pendek2...
penantian itu satu penyeksaan,kan? =p

Jepah said...

>>>Ddweee:
ini kisah benar... realiti...

Jepah said...

>>>shamel:
ini tentang dia "jepah's version"... k? =)