Wednesday, January 7, 2009

Tentang Dia (Episod 3: Tadika & Bongsu Tak Jadi)

sambungan cerita dari entri ini...

Dia tak masuk tadika. Kenapa? Kerana ketika itu dia masih lagi anak bongsu. Al-maklumlah, anak bongsu mesti manja dengan ibunya. Dia memang manja ketika itu. Ibunya pernah menghantar dia ke tadika tetapi dia lari dari tadika dan pulang ke rumah. Selepas itu, ibunya membatalkan hasrat untuk menghantar dia ke tadika. Dia belajar mengenal ABC dan membaca dengan ibunya di rumah.

Dia mula masuk ke sekolah rendah pada Disember 1993 sebagai pelajar tahun 1 di sebuah sekolah berdekatan rumahnya. Ibunya yang menghantarnya ke sekolah dan mengambilnya dari sekolah. Begitu rapat sekali dia dengan ibunya. Sehinggalah… Apabila ibunya mengandungkan adiknya, dia menaiki van ke sekolah dan sekali sekala dihantar oleh ayahnya.

Dia tersenyum apabila mengenangkan sejarah hidupnya ketika tahun 1. Dia tidak membawa bekal ke sekolah tetapi abangnya yang akan menghantar bekal makanan kepadanya apabila tiba waktu rehat. Dan abangnya akan menunggunya habis makan untuk membawa pulang bekas makanan yang kosong. Begitu baik layanan yang diberikan oleh ibu dan abangnya. Abangnya itu belajar di tahun 3 di sekolah yang sama sesi petang. Dia juga mempunyai abang dan kakak di tahun 5 dan 6 di sekolah yang sama.

Dia masih ingat yang dia langsung tidak memberikan perhatian ketika belajar di dalam kelas ketika tahun 1 kerana dia sebenarnya tidak mahu datang ke sekolah. Dia pernah gagal dalam ujian bulanan ketika tahun 1. Ketika itu, dia masih lagi tidak dapat menulis dan membaca dengan baik. Akan tetapi, dia sedar selepas itu dan belajar dengan baik. Dia mendapat no. 3 dalam kelas ketika peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun.

Pada 19 November 1994, dia dikhabarkan berita yang sangat gembira. Adiknya selamat dilahirkan di sebuah hospital. Dia juga mendapat gelaran baru iaitu bongsu tak jadi. Selepas 7 tahun menjadi anak bongsu, akhirnya dia mendapat adik. Dan dengan berakhirnya gelaran bongsu, dia tidak lagi menjadi anak yang manja. Dia tahu adiknya lebih memerlukan perhatian dari ibu bapanya. Tetapi kasih sayang yang di terima dari ibu bapanya masih seperti dulu. Alhamdulillah…. Dan sehingga kini, masih ada lagi gelaran adik dari kakak-kakaknya dan abang-abangnya…

Dia masih ingat apabila dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun tahun 1, dia mendapat tawaran bertukar ke kelas elit. Akan tetapi, dia menyatakan hasrat untuk kekal di kelas lama. Pelik,kan? Memang pelik. Apabila cikgu betanyakan sebab, dia meyatakan alasan yang dia……

~to be continue~

[^_^]

12 comments:

© Liyana.Sara.Salleh said...

teringat masa saya sekolah dulu...
time rehat mama nanti datang sekolah bawa bekal...
makan dengan kawan2...
seronok... :D

Szakif said...

nak sambung cerita.

....pasal dia sebenarnye banyak menipu dan meniru dalam kelas (?)

:P

Jepah said...

>>>liyana:
ye ke? best kan ingt kenangan dulu2... huhuhu...

Jepah said...

>>>szakif:
aku x hbis cerita lagi... xbaik ckp mcm tu kat dia... =p

Szakif said...

muhahaaha~ saspen tau!

Jepah said...

>>>szakif:
baru rase saspen erk? huhuhuhu...

© Liyana.Sara.Salleh said...

biasalah...
kenangan masa kecik2 dulu...
nnt pasni kenang zaman kat U la pulak...

Szakif said...

lambat sket aku neh. hu~ cepat update cepat!

Jepah said...

>>>liyana:
tu ah... seronok ingat kenangan mase kecik2 dulu... =)

Jepah said...

>>>szakif:
nnti la zaki ye... aku kurang online skrang ni... quite busy...

Szakif said...

busy apenye.. siap cabar aku 1 - 1 kot :P

Jepah said...

>>>szakif:
busy la tu... busy men...
ala... wireless prob la..

(tp, xnk beli modem ko... hahaha)