Saturday, January 10, 2009

Tentang Dia (Episod 4: Kelas No. 1)

Sambungan dari entri ini

Dia meminta kepada gurunya yang dia mahu kekal di kelas lama kerana hampir semua kawan-kawannya kekal di kelas lama. Alasan yang membuatkan dia ketawa apabila mengenangkan peristiwa itu. Maka, dia kekal di kelas lama dan dia masih lagi menjadi antara 3 terbaik dalam kelas. Al-maklumlah, standard dia tidak sama dengan rakan sekelasnya. Dia tidak sepatutnya berada di kelas itu. Dia masih ingat, ketika tahun 2, ada seorang cikgunya yang sangat garang. Pernah juga dia melihat kawannya di tampar kerana salah menjawab soalan matematik yang senang. Sungguh garang cikgu itu. Tetapi, disebabkan cikgu itu garanglah, dia dan kawan-kawannya berjaya.

Apabila masuk tahun 3, dia ditukarkan ke kelas nombor 1. Kelas elit. Kali ini, dia menerima tawaran itu. Dia ingin belajar dalam suasana yang sepatutnya dengan dia. Pada awalnya, dia merasakan yang dia telah berada di kedudukan selesa. Jadi, dia belajar sambil lewa. Pada peperiksaan pertengahan tahun dia mendapat kedudukan 20 ke atas. Dia sungguh terkejut. Tetapi, dia mudah sedar. Dia belajar dengan baik dan menjadi pelajar 10 terbaik dalam kelas. Dia sedar, bila ada usaha, pasti berjaya. Dia masih ingat ketika tahun 3, ada seorang cikgu matematik yang sangat garang tetapi sebenarnya, cikgu itu baik hati. Cikgu itu melatih dia dan rakan-rakan sekelasnya supaya dapat mengira dengan pantas. Setiap orang dalam kelas mesti mempunyai satu buku “congak” untuk pop kuiz. Setiap kali sebelum kelas matematik bermula, pasti ada sesi “congak”. 20 soalan semuanya. Sesiapa yang betul semua soalan, akan mendapat duit 20 sen. Mereka sekelas sangat seronok ketika itu.

Ketika tahun 4, dia dilantik menjadi pengawas sekolah. Walaupun begitu, dia pandai membahagikan tugas dengan masa untuk belajar. Dengan usahanya belajar dengan tekun, dia sentiasa mendapat kedudukan dalam 10 pelajar terbaik dalam kelas sehinggalah dia masuk tahun 6. Dia kekal di kelas no. 1. Kelas elit. Dia memang seorang pelajar yang baik. Seorang pelajar yang tekun. Di rumahnya, dia tidak akan dapat menonton TV apabila tiba musim peperiksaan. Begitu tegas ibu bapanya melatihnya untuk belajar dengan tekun dan rajin. Hasilnya memang berkesan. Dia berjaya mengakalkan kedudukan 10 terbaiknya dalam kelas.

Apabila masuk tahun 6, latihan menghadapi UPSR dijalani dengan tenang. Walaupun kadang-kadang dia tertekan dengan latihan latih tubi dan kelas malam yang begitu banyak. Pada suatu hari, ketika pulang dari sekolah menunggang basikal bersama-sama kawan-kawannya, tiba-tiba ada sebuah kereta datang dengan lajunya…. Dan….

~stay tuned for next episode~

[^_^]

8 comments:

Szakif said...

...lantas dia melambai2 kereta itu kerana kenal siapa pemandunya (?)

© Liyana.Sara.Salleh said...

ha, kat sini baru ada unsur suspens...
(^_^)

Jepah said...

>>>szakif:
ish... jauhnya lari cite ko...

Jepah said...

>>>liyana:
saspen erk? huhuhu... nntikan sambungannya... =)

Szakif said...

ok aku menunggu apa yang suspennye. tak saspen siap ko :P

calmness said...

skolah mu name elit gk ke??

aku cls elite dlu, mgs rendah...hoho....

Jepah said...

>>>szakif:
aku pun xtau saspen or x...

Jepah said...

>>>calmness:
dop ah... tp gelaran je gitu...