Wednesday, January 14, 2009

Tentang Dia (Episod 5: UPSR)

Sambungan dari entri ini

Tiba-tiba ada sebuah kereta datang dengan lajunya. Dan salah seorang kawannya yang panik cuba mengelak kereta itu. Lalu, basikal kawannya itu berlaga dengan basikalnya. Dia pun terjatuh dan dia menggunakan tangan untuk menahan tubuhnya dari jatuh dengan lebih teruk. Malangya, sendi di sikunya “lari” menyebabkan dia tidak dapat menggerakkan tangannya. Nasib baik tangan yang malang itu adalah tangan kiri. Memang sakit ketika itu. Dia agak risau kerana UPSR telah dekat. Lebih kurang 3 4 bulan lagi UPSR akan menjelma. Argh… sakitnya. Dia di bawa oleh ayahnya ke tempat mengurut untuk memasukkan balik sendinya yang “lari”. Memang sakit. Dia tidak dapat menahan sakit itu. Terlalu sakit baginya. Dia tidak dapat menggunakan tangan kirinya dengan baik buat sementara waktu.

Dia begitu bernasib baik kerana kawan-kawannya sentiasa membantunya ketika di sekolah. Dia bersyukur kerana mendapat kawan-kawan yang baik. Disebabkan peristiwa itu juga, tangan kirinya tidak dapat membuat kerja berat. Namun, peristiwa itu tidak melemahkan semangatnya untuk belajar. Dia tetap belajar dengan tekun untuk menghadapi UPSR.

Akhirnya, hari untuk UPSR telah tiba. Dia menjawab setiap soalan dengan baik. Dia begitu mengharapkan yang dia akan berjaya dalam UPSR. Ini merupakan peperiksaan awam yang pertama untuknya. Dia tidak mahu mengecewakan ibu bapanya. Namun, apakan daya, apabila mendapat keputusan UPSR, dia sekadar mendapat 4A 1B. Dia agak sedih ketika itu. Tetapi, ayahnya menenangkannya. Ayahnya sudah bangga denganya kerana ketika itu, 4A 1B pun sudah dikira cemerlang kerana amat sedikit pelajar yang mendapat 5A. Dia tetap bersyukur walaupun tidak mendapat 5A.

Selepas itu, bermulalah kehidupan baru untuknya. Dia bukan lagi pelajar sekolah rendah. Dia bakal memasuki sekolah menengah. Dia menunggu tawaran dari sekolah menengah agama yang terletak berhampiran rumahnya. Dia menunggu dan menunggu…. Tetapi, dia masih tidak mendapat tawaran masuk ke sekolah menengah agama walaupun sesi persekolahan akan bermula beberapa hari lagi…

~to be continue~

[^_^]

14 comments:

kumansakti said...

ni karangan UPSR ke?

Jepah said...

>>>kumansakit:
yup... karangan UPSR... sbb tu bleh A dlm penulisan...

Szakif said...

sebenarnye, aku rasa ko salah tafsir kata2 kumansakti :P

© Liyana.Sara.Salleh said...

sependapat dengan Zaki...

apa2 pun...
anda seorang yang tabah...
sakit kot kalau siku terlari...
seram la pulak...

next comment...
to be continued in the new entry...
coming soon... (^_^)

Jepah said...

>>>szakif:
mmg aku sengaja salah tafsirkan...
=p

Jepah said...

>>>liyana:
anda? ni cite dia... bukan anda... =p

Szakif said...

syukur la dia selamat :)

dah tu apa plak jadi pas dia dah grad drpd sekolah rendah?

ok. menunggu.

Jepah said...

>>>szakif:
tggu la.... ada commercial break lu... =p

Szakif said...

lama no pun break ko. hu~

Jepah said...

>>>szakif:
aku bz sket la... huhuhuhu...

Sofia Ismail said...

episod 2936: Sek Keb tok Jiring

Budak ni tukar sekolah to SKTJ after cuti raya cina masa darjah tiga. Since bapak budak ni kawan penyelia petang skolah tu, dia (the bapak) pun asked for admission permission direct ngan that penyelia ptg. (ie xdaftar ngan pejabat.) That penyelia petang pon so smart, told the parent to put the budak in 3 Ghazali. Maka duduk la budak tu di kelas 3 ghazali. Tapi sebab budak tu super smart, dia pon dapat nombor satu masa periksa setengah tahun.

Sekolah tu ada polisi pelik; minor class shuffle for second sem. Maka budak tu pon disuruh masuk kelas elite yang dimention oleh Jepah; ie 3 Shafie. Tapi budak tu x tau pon kewujudan makhluk yang bernama Jepah. The super-famous 3 Rahs (Nadhirah, Tahirah, atirah. Don’t tell me u don’t remember.) pon budak tu x kenal. Anyway, the shuffle x ubah register, maka nama budak tu still under 3G. So masa final budak tu pon kena balik kelas sendiri balik. Periksa habis, result pon keluar. Budak tu dapat nombor satu; bukan setakat dalam kelas, dalam seluruh darjah pulak tu. The star of Shafie, aka Nadhirah, pon kalah. Tapi tu la, sebab budak tu kelas Ghazali yang atas sikit jer from Nawawi (super tak elite. Masa tu xder ibnu majah.), she’s like simply forgotten. Not that she wanted any recognition (dah lama kot, terlambat 11 tahun dah); she finally realised why people keep ‘berebut-ing’ nak masuk kelas elit.

Masuk darjah empat Kelas Shafie (d’oh). Not much. The most significant thing yang tak significxant tahun tu was Cg Hasnan baca surat cinta Najla (was it her name? Or was it Najia?) to Syed about Fatin in front of the whole class. How embarrassing was that? (Tiga2 tu x tau la dah kat ner sekarang.)

Standard Five. Budak tu jadik DJ sekolah. Bilik siaran tu sebelah kelas 5Shafie jer. Maka kalau xder kerja jer mesti pegi melepak kat situ. Dia n partner dia selalu pegi set lagu (ntuk siaran the next day) masa KH. Set lagu 2 minit jer, tapi ponteng thru out class. Haha. Anyway, satu hari cikgu KH (x ingat cg Hasnan @ Cg Bakar) complain lama sangat duk set lagu. Maka sebagai budak2 yang takut ngan cikgu, dua2 broadcaster tu pon buat dalam masa 2 minit jer the next week. Kantoi beb. To thibk abt it, rugi gak ponteng kH. Budak tu missed buat ‘penyodok sampah’ pakai tin. Anyway, budak tu punya biggest impression on Jepah that year (and thru out the years till today) was his kasut mulut buaya. (Jangan aku salah orang dah.) Anyway, not that it’s a bad thing or anything, it’s just the biggest thing yang x big langsung yang dia ingat.
Significant occurrence: Cg Hasnan check data student. Budak tu xder
student number. So he’s like, “awak ni daftar sekolah ke x?”. Mesti la budak tu jawab, “saya daftar la cikgu.” (D’oh, dia budak jer kot. Mana la dia tau pasal daftar x daftar.) Anyway, budak tu akhirnya dapat student number that day. Not that it’s a big thing. Oh, budak tu met a minor accident that year. Biasa la, melintas jalan besar eventho motor dah dekat. Kata sekolah. Permanent defect?: Yes.

Darjah 6. Kelas Shafie lagi (d’oh). For the first time budak tu kena attend kelas after school hours. Tusyen wajib oleh pihak skolah. Kadang2 budak tu saja je buat2 demam xnak pegi kelas tusyen, padahal dah besar. Again, dia x ingat pon Jepah terpeleot tgn, tapi dia ingat anak Cg Fazlida (cikgu kelasa 6Shafie) patah tangan. (Something related to pokok and reban ayam, but can’t remember why.) The thing she remembered abt Jepah: Jepah complained ayah dia kasi nama adik dia ‘ahmad muhamad’. (Again, jgn salah org dah.)The most significant thing yg x significant tahun tu: Anak Cikgu Kamisah (cg maths aka penolong kanan1) (x ingat nama, tp i’m positive it started with D. Dina sumthing, i guess.) kena ganyang jugak sebab salah banyak soalan Maths. So Cg Kamisah was like, “u pon salah jugak?” and the daughter was like, “Nak buat macam mana mak.” So cikgu kamisah was like, “Ei, kat sekolah panggil cikgu la, ada plak mak.” (conversation might differ from the original, but u get the idea.)
UPSR. Stuff. Move on to middle school. NEXT~!


SiDE STORIES
======================
1 - Coincidentally, all three Rahs have brothers of two years younger. (And the brothers were stuck together, just like their sisters.) Mine’s a sister.

2 - I’m reminded of a Diana Fakarulradzi(?) of 3S. She passed the PTS test and entered middle school a year earlier than intended age. Too bad dia masuk maahad, she had to do an extra year of ‘persediaan’. In the end we met again in MRSM Kuala Berang dengan grade sama (F4).

3 - Cikgu Bakar transferred to SMKATJ the same year we all masuk that school.

Jepah said...

>>>sofia:
where are you now?
it's already really long time we didn't meet right?

about the story, i would like to post it as my entry... k? =)

Sofia Ismail said...

aku kat rumah!!!!
balik cuti summer. Ye, dah lamer giler kita x jumpa.

feel free to post the story. Berbesar hati kau nak guna =)

Jepah said...

>>>sofia:
owh... da "post"kan dah pun...