Friday, April 3, 2009

Setahun Sudah Berlalu....


"Kring.. Kring..."
"Hello..."
"Epah, ......................................."
---------------------------------------------------------------------------------------------
Pejam celik. Pejam celik. Sudah setahun peristiwa itu berlalu. Tapi, ia tetap segar dalam ingatanku. Masihku ingat apabila aku menerima mesej dari kakak sulungku pada petang 2/4/08 yang mengatakan bahawa arwah ayah koma. Sebelum itu, aku masih lagi mampu tersenyum bila berhadapan dengan rakan-rakanku. Tetapi selepas menerima mesej itu, aku tidak lagi mampu mengukir senyuman. Walaupun ada orang cakap aku "buat muka", aku dah tak kesah. Diorang tak tahu apa yang bermain di fikiranku ketika itu....
---------------------------------------------------------------------------------------------
3 April 2009...
Genaplah setahun pemergian arwah ayah. Kesannya masih terpahat di hatiku. Jika setahun lepas aku menghadapi peperiksaan akhir semester, tahun ini pun sama. Bezanya, tahun lepas aku skip 1 paper. Tahun ini, 1 paper pun belum start lagi... Orang cakap, aku tabah, tetapi aku tidaklah sebegitu tabah. Semoga roh arwah ayahku ditempatkan di tempat yang mulia bersama-sama orang-orang yang soleh. Ameen....
Tetapi, semua ini tidak akan mengganggu tumpuanku pada final exam kali in... InsyaALLAH...
p/s: tapi, mcm xde mood la nak exam kali ni... =D

2 comments:

nadia said...

semoga tabah selalu

Jepah said...

>>>nadia:
=)