Wednesday, May 13, 2009

Tumbang jua akhirnya...



Beberapa hari yang lepas, hujan ribut telah melanda kampung halamanku. Begitu kuat ribut itu sehinggakan sebatang pokok gelam di kawasan rumahku telah tumbang dilanda ribut. Membuatkan aku semakin rasa akan kekuasaan-NYA... Apabila DIA mengatakan "jadi" maka "jadilah"... "kun fayakuun...". Pokok gelam yang telah lama bertahan akhirnya tumbang dalam sekelip mata. Begitulah kita manusia. Tengah sihat walafiat boleh meninggal dunia. Oleh itu, sedarlah bahawa hidup ini hanya sementara. Akhirat adalah tempat yang kekal buat selamanya. Hanya ada 2 tempat tinggal di akhirat. Syurga dan neraka. Amalan kita di dunia inilah yang akana menentukan tempat tinggal kita di akhirat kelak. Sama-samalah kita berdoa agar kita termasuk dalam golongan para ulama dan muslimin serta muslimat yang soleh dan solehah. Ameen...

p/s: nasib baik tidak tumbang atas rumah...

4 comments:

~ MAR ~ said...

Hujan ribut??
masya-Allah!
kat tempat sy dah lama tak hujan..
ni baru je hujan ^_^
alhamdulillah..

Jepah said...

>>>mar:
ye... hujan ribut...
kat sini selalu gak hujan wakttu petang n mlm...

azuwanmusa said...

wois....bila tu pah?

kot akar dia repuk duk dalam baruh lama ngat. kena tiup, tebalik lalu la..

bukan jauh lagi ke pokok tu dari umah mung?

Jepah said...

>>>azuwan:
ari sbtu lepas... uish..
dop tahu la wan wei...
mmg jauh dr rumah aku. tp dekat ngan homestay...