Saturday, June 20, 2009

Happy Father's Day...


21 Jun 2009... Setiap tahun 21 Jun adalah tarikh untuk Hari Bapa... Walaupun aku telah kehilangan seorang ayah pada 3 April tahun lalu, aku tetap akan ingat tarikh Hari Bapa ini... insyaALLAH... Walaupun aku tidak sempat berbakti dengan sebaiknya ketika arwah ayah masih hidup, aku berharap agar doaku diterima oleh ALLAH... Ameen...

Aku sangat bersyukur kerana pernah memiliki seorang ayah yang begitu pandai mendidik anak-anaknya. Walaupun aku dididik dengan tegas, diajar dengan rotan, disuruh berdikari, namun, aku sedar bahawa semua itulah yang menjadikan aku seperti mane aku sekarang. Dialah yang mengajarku tentang ilmu agama. Dialah juga yang mengajarku asam garam kehidupan... Alhamdulillah... =)

Aku baru sahaja pulang dari melawat salah seorang pakcik aku yang sedang tenat. Abang aku mengatakan keadaanya x ubah seperti arwah ayah ketika Izrail datang menjemput ke alam lain... Dia telah di bawa ke hospital untuk rawatan selanjutnya... Apa yang aku boleh lakukan sekarang adalah berdoa... Mudah-mudahan dia selamat... Ameen...


Sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati seperti mana firman Allah dalam Al-Quran surah Ali-'Imran ayat 185:


Kepada pembaca yang masih mempunyai ibu bapa, maka berbaktilah kepada kedua-duanya dengan sebaiknya. Sesungguhnya redha Allah terletak pada redha ibu bapa. Janganlah tunggu 10 Mei dan 21 Jun sahaja untuk meraikan ibu bapa anda. Jangan lupa juga untuk mendoakan kesejahteraan mereka sentiasa.


Kepada pembaca yang telah kehilangan salah seorang ibu atau bapa atau kedua-duanya, maka jangan lupa untuk mendoakan mereka sentiasa. Kerana akan putuslah hubungan seorang anak Adam apabila dia meninggal dunia kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang sentiasa mendoakannya...



Akhir kalam, SELAMAT HARI BAPA kepada semua bapa dan semua bakal-bakal bapa... Jadilah bapa yang mithali... Ameen... =)