Friday, June 5, 2009

My Classmate Wedding Ceremony...

Maaf... Entri ini tiada gambar perkahwinan classmate aku atas pemohonan tuan empunya badan... "Jangan letak gambar dalam blog ye...". Jadi, kene hormatilah... 4 Jun 2009.. Aku, Epah, Sob, Karimah, abang Karimah, adik Karimah dan kawan abang Karimah ke majlis kesyukuran perkahwinan rakan sekelasku iaitu Tasnim binti Lutfi. Beliau telah diijabkabulkan pada 1 Jun 2009. Majlis kesyukuran perkahwinan itu telah diadakan di Institut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP).





Selepas selesai di majlis kesyukuran Tasnim, kami bergerak ke rumah Aida di Lundang bagi meraikan majlis kesyukuran perkahwinan kakaknya. Disebabkan adik Karimah tidak sihat, jadi aku menyuruh abang Karimah supaya pulang dahulu selepas selesai makan-makan dan bergambar di rumah Aida. Aku merancang untuk ke rumah kawan-kawan sekitar Kota Bharu akan tetapi disebabkan masa tidak mengizinkan, aku mengambil keputusan untuk terus pulang ke Kuala Terengganu.





Dalam perjalanan pulang, aku, Sob dan Epah singgah di Pok Wan Kopitiam di Gong Badak untuk makan chicken chop sebagai makan malam kami... =)


p/s: Jep, mu bile lg? hahaha... calon pun xdop lagi... i'm happy being single actually... =) Seronok jugak tengok kawan-kawan yang da jumpa jodoh masing-masing dan telah ada ikatan yang sah. Semoga ikatan pernikahan kamu akan kekal hingga ke akhir hayat... insyaALLAH...

6 comments:

Anonymous said...

cam kisah wonderpet pun ade..

3p4h said...

Brp byk kali 'karimah' pny nama da?? Ha5...

TQvm bro bw jln2.. Xpuas jln kan kejap sgt.. Xpe nnt ada rzki lg kami ke sna.. Insyallah..

Jepah said...

>>>anonymous:
erk? huhuhu...

Jepah said...

>>>epah:
da aku nk mention mcm tu... hahaha...

next time gi air terjun la plak... =)

Anonymous said...

EPAH gemowwwkksss! haha

Anonymous said...

salam... kak tasnim kahwin ngn sape ek? sy jnr dy kt MMP dulu. thnx