Thursday, June 18, 2009

Perihal Mengecat Rumah (Bahagian 3)

Sudahkah anda membaca entri ini dan entri ini? Setelah beberapa minggu mengecat rumah, akhirnya siaplah jugak aku mengecat bahagian dalam rumah aku (tidak termasuk bilik). Jika dikira mase yang aku gunakan, aku mengambil mase lebih kurang 16 hari untuk menyiapkan cat bahagian ruang tamu, dapur dan beranda. Bahagian yang paling senang untuk dicat ialah dapur dan bahagian yang agak susah ialah beranda. Nak tahu kenapa? Bacalah entri ini sampai habis... hahaha...

Gambar di atas ialah ruang tamu. Ruang yang agak besar untuk dicat. Dicat dengan warna Meadows iaitu hijau muda. Untuk menyiapkan bahagian ini, aku mengambil masa lebih kurang seminggu termasuk mengutip (cat dibahagian yang x kene cat), memasang tikar getah, menyusun perabot dan memasang perhiasan di dinding.


Setelah siap mengecat ruang tamu, aku mengecat beranda. Aku mengambil masa 4 hari untuk menyiapkan bahagian ini. Masa yang agak lama untuk ruang sekecil ini. Kenapa? Ini kerana ruang yang kecil lebih lambat untuk di cat. Ditambah lagi dengan kehadiran kayu belebas (kayu yg digunakan untuk memasang dinding), kerja mengecat menjadi lebih perlahan. Bahagian luar ini dicat dengan warna Baby Blue atau biru muda.


Bahagian dapur. Dicat dengan warna Rose atau pink. Mengambil masa selama 5 hari untuk disiapkan kerana aku demam ketika mengecat bahagian ini. Walaupun demam, aku mengecat jugak. Mungkin kerana aku ni jenis tak boleh duduk diam kot. Alhamdulillah, siap juga aku mengecat bahagian dapur ini.

Seterusnya aku akan mengecat bahagian luar rumah. Untuk mengecat bahagian luar rumah, ia akan memakan sedikit masa keran aku perlu mengikis cat lama yang sudah tertanggal dahulu sebelum memulakan proses mengecat. Kerja mengikis memerlukan kesabaran yang amat tinggi kerana agak memenatkan dan agak memakan masa.

p/s: Bila ada orang datang rumah dan tengok rumah da di cat baru, mesti ada soalan cepu mas... Apakah itu? hahaha...

7 comments:

Liyana said...

nak kenduri ke sampai cat baru rumah? :P
salah 1 sebab orang cat rumah sebab nak kenduri...
ada yang cat rumah sebab nak raya...
dan banyak lagi sebab2 lain...

Jepah said...

>>>liyana:
hehehe... "nak sambut menantu baru ke?"
hahaha...

ainShahajar said...

cat kat dapur tu sgt cantik weh....terpikat gila...kiut..mcm tu semangat nak masak!

3p4h said...

Pergh....Sgt cantik itu wrna! Aritu ak dtg biasa2 je.. Ni da cute sgt nih!!! Wahh...

p/s: Kem slm kt mak n org2 kg ko.. He5...

Jepah said...

>>>ain:
mmg cantik... suke sgt2.. hehehe

Jepah said...

>>>epah:
mase ko dtg, aku x cat lg dapur... hehehe...

insyaALLAH...

Anonymous said...

sorry nk komen sket... warna hijau menggelapkan ruang tamu & jadi malap dan suram... kalo nk ijau bleh.. tp gunakan 2 combination colour..like cream...