Thursday, August 13, 2009

Sebuah persahabatan...


Eh, kenapa banyak sangat entri pasal persahabatan ni? Entah la... aku hanya ingin menulis. Sudah terlalu banyak aku tengok sendiri kisah kawan makan kawan, kisah dulu sayang sekarang benci... Membuat aku terfikir... Apakah erti sebuah persahabatan? Apakah nilai sebuah persahabatan? Apakah erti sebuah kasih sayang? Sama-samalah kita fikirkan....

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud, "Sayangilah orang yang kamu sayangi berpada-pada kerana kelak mungkin dia akan menjadi orang kebencianmu dan bencilah orang yang kamu benci berpada-pada kerana kelak mungkin dia akan menjadi orang kesayangan kamu."

Sabda Rasulullah ini membuatkan aku terfikir betapa benarnya kata-kata kekasih ALLAH ini. Dari benci bertukar menjadi sayang dan dari sayang bertukar menjadi benci. Semua ini aku telah lihat dan ada juga yang pernah aku alami sendiri. Dulu, aku sangat mudah membenci orang lain tapi aku terfikir kenapa harus aku benci sedangkan aku bukanlah begitu sempurna sehingga tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan langsung. Ini membuatkan aku agak susah membenci atau tidak suka pada orang lain.

Memaafkan adalah suatu yang agak susah untuk insan biasa seperti kita semua lakukan. Tetapi, belajarlah memaafkan kerana kita akan rasa lebih tenang hidup tanpa benci dan dendam. InsyaALLAH... Hati manusia sangat mudah berubah, jadi jagalah hati kita dengan sebaik-baiknya. Sebagaimana kita terasa dengan kesilapan kawan-kawan kita, begitu jugalah apa yang mereka rasa apabila kita menyakiti mereka.

Wujudkanlah perasaan bila rasaku ini rasamu. Janganlah hanya manis di bibir mengungkap kata tetapi tiba-iba menuduh dan menyalahkan orang lain. Dan jika ada kesilapan kawan-kawan, maafkan mereka dengan penuh tulus dan ikhlas. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat dari apa yang kita lakukan. InsyaALLAH...
p/s: sekadar renungan bersama... =)

2 comments:

sofia ismail said...

you know you love me.

xoxo,
gossipgirl

Jepah said...

>>>sofia:
???