Tuesday, March 31, 2009

Final Exam... Coming Soon...

Final exam is coming soon... Am I ready? Not yet... hohohoho... Don't forget to print your final exam slip.... =)

Saturday, March 28, 2009

Study Time...


"Final exam da dekat..."
"Da kene start stadi ni..."
"Stop blogging? Stop men game?"

I don't think so... Study is study... blogging is blogging... gaming is gaming... hahahaha...
To all my friends, gud luck for this coming final exam... to those who will be graduating, gud luck in this final exam and your future life... =)

Friday, March 20, 2009

Catering Day....

LET'S COME AND GRAB YOUR FAVOURITE MEALS!!!

On 26/3/09, Thursday, 2nd year Dietetics Student will be organizing Catering Day which is one of our task for the subject Catering and Food Service Management. We named our "cafe" as 20'S DELIGHT CAFE. So, don't miss this special day... Remember, this cafe is ONE DAY ONLY!! =)

There is 9 meals and 3 beverages that you can buy at our cafe. They are:

1) SET A COMBO: Fried Rice with Chicken Kebabs + Honeydew Juice. (RM 8.90)
2) SET B COMBO: Banana Crepes with Chocolate sauce + Mango Juice. (RM2.90)
3) Grilled Chicken with Mashed potatoes, sauteed vegetables, black pepper sauce and corn in cob. (RM 9.90)
4) Baked Macaroni with Side Salad. (RM 2.90)
5) Grilled Chicken Tortilla Wrap. (RM 4.50)
6) Conney Beef. (RM 2.50)
7) Crabby Golden Pouch. (RM 2.70)
8) Custard Pudding with Sauce and Mixed Fruits. (RM 2.50)
9) Moist Chocolate Cake. (1 piece: RM 1.50, 1 whole cake: RM 25.00*)
10) Chocolate Shake. (RM 2.50)
11) Tropicana Mango Juice. (RM 1.50)
12) Honeydew Juice. (RM 1.70)
*1 whole cake is by reservation only... =)

Interested? Just come to our cafe at FOYER Kulliyyah of Medicine, KOM on 26/3/09. Datanglah beramai-ramai dan alamilah kelazatan yang sebenar... =)

Wednesday, March 18, 2009

Masihku ingat...

Masihku ingat...
Di sinilah tempatku menuntut ilmu...
Dari tingkatan 1 hinggalah tingkatan 5...
Tiba-tiba aku teringat akan kenangan indah belajar di sini...

Masihku ingat...
Di sinilah tempatku mencari ilmu...
Mencari ilmu duniawi dan ukhrawi...
Tiba-tiba aku terasa rindu untuk kembali ke sini...

Masihku ingat...
Di sinilah tempatku mempelajari pelbagai ilmu...
Tempat yang membentuk akhlakku...
Tiba-tiba aku terasa ingin kembali ke sini...

Masihku ingat...
Di sinilah tempatku berjaya...
Dengan usahaku, pertolongan guru-guru dan juga doa ibu bapaku...
Tiba-tiba aku rindu dengan kejayaanku dulu...

Adakah...
Aku masih mampu melakarkan kejayaan seperti di sini?
Ya.. aku mesti buktikan yang aku mampu...
Walaupun kejayaan dulu bukan penentu kejayaan masa hadapan...

Namun...
Aku yakin aku mampu...
Aku mampu melakarkan kejayaan...
Dan... Aku mampu menggembirakan ibuku...

USAHA+DOA+TAWAKAL = BERJAYA... INSYAALLAH... Ameen... =)

Tuesday, March 17, 2009

Two Face...


Two face... ini la kot perkataan yang boleh menggambarkan perwatakan aku yang berbeza... ye.. aku memang ada dua perwatakan yang berbeza... tapi itu bukan beerti aku hipokrit... ada sebabnya kenapa aku mempunyai dua perwatakan yang berbeza... apa sebabnya? biarlah rahsia... Apa maksud aku dengan two face? Apa yang aku boleh cakap ialah, perwatakan aku di rumah dan di sini agak berbeza.

Jika di rumah, orang akan cakap, "Boleh di buat menantu anak teruna sorang ni..."...

tapi jika di sini, orang akan cakap, "Sape la nk wat budak ni jadi menantu..."

Kenapa jadi begini? Mana satu perwatakan aku yang sebenarnya? Sudah tentu perwatakan di rumah (bukan nak puji diri sendiri). Apa yang kamu lihat sekarang ini, hanyalah 50% dari aku yang sebenar... Memang aku sengaja "mempunyai" dua perwatakan yang berbeza... Kenapa? Biarlah rahsia... hehehehe... Ikutlah apa yang kamu mahu cakap pasal aku... Aku x kesah...
Walaubagaimanapun, aku tidaklah begitu sempurna... Aku hanya insan biasa yang kadang-kadang makan mee segera... masih banyak yang aku perlu perbaiki untuk diri ini... =)

Sunday, March 15, 2009

I did it... yeah....

Gambar sekadar hiasan


For the first time, I didn't fall sleep in this weekend class... Usually, I always fall sleep during weekend class but for this weekend, aku berjaya menahan keinginan untuk tidur dan rasa mengantuk... Alhamdulillah....

UPDATE:

Bercakap pasal tido, aku sendiri tidak tahu apa yang tidak kena dgn aku. Aku sangat mudah untuk tido sekarang ini. Bila aku rasa mengantuk, jalan terbaik untukku hanyalah tido. Bukti terbaik ialah, aku boleh tido ketika aku main game... hahahahaha...

Thursday, March 12, 2009

I miss Arabic... really... =(


"Jepah, aku nak mintak tolong sket bleh?"
"Ape dia?"
"Tolong buat esei arab untuk aku..."
"Owh, aku da x ingat apa doh pasal bahasa arab ni..."
"Ala, yang simple-simple je... bleh la..."
"Esei pasal ape?"
"Hobi ke... kampung ke... apa je la yang simple..."
"InsyaALLAH, x janji tau..."
Aku pun cuba mengingati apa yang aku belajar ketika sekolah dulu... namun, aku hanya berjaya menulis 1 perenggan esei sahaja... dah banyak kosa kata bahasa Arab yang hilang dari memoriku... owh... aku sangat--sangat merindui zaman kegemilanganku dalam bahasa Arab... masihku ingat....
Ketika tingkatan 3:
"Ok, ustazah nak sorang jawab soalan ni..."
"Saya, ustazah..."
"Ya Huzaifah, tafaddal.."
"Bla.. bla... bla..."
"Jayyid (Bagus)..."
"Ok, ustazah nak sorang jawab soalan ni..."
"Saya, ustazah..."
"Huzaifah, awak tolong jangan angkat tangan lagi... apa yg awak tahu da lebih sangat dengan kawan-kawan awk... ustazah nak orang lain plak yang jawab..."
Ketika ambil result SPM:
"Jepah, mu bleh brape bahasa Arab?"
"1A, alhamdulillah..."
"Waa... mu la antara 4 orang yang dapat 1A erk?"
"Nasib je ni... rezeki..."
"Mu memang star bahasa Arab la Jepah..."
"=)"
*************************************************************************************************
Tapi, ape gunanya? Sekarang, nak membuat esei BA pun da tak bleh. Aku sangat-sangat merindui untuk belajar BA. sangat...... =(... walaupun begitu, aku masih lagi ingat hukum nahu (tatabahasa)... yang tiada dalam memoriku hanyalah kosa kata... maklumlah, x amalkan...

Monday, March 9, 2009

Mission Accomplished... HOMESTAY.... =)

Mission accomplished!!!


Siap juga akhirnya homestay yang aku dan abang-abang aku bina. Dan kami sekeluarga memang bercadang menjadikan rumah ini sebagai homestay buat masa ini.

Spesifikasi:
- 3 bilik dilengkapi dengan kipas dinding
- Dapur
- Bilik mandi
- 2 tandas
- Ruang tamu yang luas
- Halaman rumah yang lapang
- RM 100 sehari semalam
- Penginapan tidak termasuk makan dan minum

Ruang tamu yang luas...

Hijau menawan...


Pink kelembutan...


Biru sejuk mata memandang....


Dapur tempat masakan...
Berminat? Sila hubungi saya terus ye... =)... Homestay ini terletak di Kampung Banggol Air Lilih, Kuala Terengganu, Terengganu. Tempahan boleh dilakukan melalui telefon kepada ibu saya di 0199545905 atau 0139869115.

Sunday, March 8, 2009

Suatu ketika dahulu...


Just got a SMS from my friend....

"Jepah, mu ada x lagi simpan buku skrap kajian sejarah masjid putih masa sekolah dulu?"
"Erm, dop tahu ke mana doh Min..."

"Min, ada la... aku simpan lagi... comel lg..."
"Aku nk pinjam bleh?"
"Bleh..."

Da hampir 8 tahun berlalu... tetapi aku masih lagi menyimpan buku itu... kenapa ye? Kerana itulah hasil kajianku yang bleh dikatakan kreatif... huhuhuhu... tak sangka buku itu masih elok lagi... =)

Saturday, March 7, 2009

Can I solve it?



Can I solve this "puzzle"? Actually, I try to solve this "puzzle" when I was in secondary school when I saw my friends solve it without any problem... But I stopped trying and now I'm continue to solve this "puzzle"... Can I solve it now? huhuhuhu...

Wednesday, March 4, 2009

Hari-hari terakhir bersama Dr. Rizal...


Terima kasih Dr.... Hanya itu yang mampu aku ucapkan kepada Dr. Muhammad Rizal Martua Damanik, pensyarah Department of Nutrition Sciences, KAHS yang telah menamatkan kontrak beliau lebih awal. Jadi, bagi meraikan beliau, kami, pelajar jurusan Dietetik Tahun 2 telah mengadakan satu jamuan ringkas di Sara Thai pada 3/3/09.

Teralu banyak kenangan bersama beliau ketika beliau mengajar kami. Masih segar dalam ingatan kami gurau-senda dan gelak ketawa bersama beliau. Tetapi, apakan daya, pertemuan kami sampai di sini sahaja. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Beliau terpaksa pulang ke tanah air beliau di Bogor, Indonesia untuk menerima panggilan daripada universiti di sana.

Banyak perkara yang kami bincangkan ketika majlis ini. Beliau menyatakan bahawa beliau sangat seronok mengajar kami semua. Pada majlis ini juga, kami berjaya mencungkil satu "RAHSIA" yang telah lama kami ingin tahu... apakah "RAHSIA" itu? Tunggu..... =)

Monday, March 2, 2009

We're the second... yeah....

Alhamdulillah, the HEALS' Bowling Tournament 2009 had been organized succesfully. And my team got the 2nd place. The first place goes to 3rd year student's team. And the best bowler goes to Epah... Congratulation to all the winners and see you again next time....

Dr. Nik, our beloved dean throw the ball...
My team...
2nd place...
Best bowler...