Sunday, May 31, 2009

Ular oh Ular...


Pada hari Jumaat yang lepas, seekor ular sawa telah datang ke kawasan rumahku untuk mencari makanan. Lokasi lebih tepat, berhampiran dengan reban ayam belakang rumahku. Kehadiran ular sawa itu disedari oleh abangku kerana rumahnya hanya bersebelahan dengan reban ayam itu. Ular sawa yang sangat panjang dan besar itu berjaya ditangkap dengan bantuan rescue team a.k.a. Jabatan Pertahanan Awam... Alhamdulillah, tiada kejadian tidk diingini berlaku...


Saturday, May 30, 2009

Sekayu Forest Run...


Baru je semalam aku pulang ke rumah dari XPDC Berakit Antarabangsa Sungai Pahang 2009. Hari ni aku lak aku menyertai Sekayu Forest Run 2009. Menang x? Mestilah x... hahaha... aku cuba mengejar orang di depan tapi mereka sangat laju... huhuhu... 8km dengan jalan yang agak mencabar aku tempuhi dalam masa 1 jam... ok la tuh... huhuhu... Cari pengalaman...

Friday, May 29, 2009

XPDC Berakit Antarabangsa Sungai Pahang 2009



Alhamdulillah... XPDC Berakit Antarabangsa Sungai Pahang 2009 telah berakhir dengan selamat dan berjaya. UIAM Kuantan telah menghantar 2 pasukan pada kali ini. Team UIA A diketuai oleh aku sendiri dan Team UIA B diketuai oleh Judin. XPDC ini memberi banyak pengalaman berharga. Sepanjang XPDC ini, dari 24-28 Mei 2009, banyak perkara telah aku pelajari. Bagaimana ini mendayung rakit, bagaimana ingin mengemudi rakit dan banyak lagi.

Sebanyak 100 pasukan yang menyertai XPDC kali ini. Untuk kategori rakit terpantas, team UIA B mendapat tempat ke-37 dan UIA A mendapat tempat ke-53. Ok la tuh... huhuhu... Aku juga merupakan satu-satunya pelajar Allied Health Sciences yang mengikuti XPDC ini... yang len dari Sciences dan Farmasi. Tapi, ok la sebab suma peserta kali ini memang sempoi... Untuk tengok gambar, tengoklah kat facebook aku ye... =)

Saturday, May 23, 2009

Awas... Tiada bonggol lagi di hadapan...



Awas... Tiada bonggol lagi di hadapan... Bonggol di pintu masuk utama UIAM Kuantan telah di buang entah ke mana... Sebab di buang? Entah la... Aku pun tak tahu. Mungkin untuk mengelakkan bonggol-bonggol itu rosak di heret oleh lori-lori besar dan berat yang keluar masuk untuk kerja-kerja pembinaan... Such a waste,kan? Dah pasang, pastu buang... hmmm......

p/s: will be away from 23-29 May 09

Friday, May 22, 2009

Some scenes I accidentally saw...


Tahukah kamu apa simbol di atas? Tahu? Bagus... Tapi entri ini tiada kaitan dengan gambar ini...
Dah bace entri ini? Dah baca? bagus... Tapi entri ini mungkin tiada kaitan dengan entri yang akan anda baca nanti...
Semalam (21/5/09), aku bertolak ke Kuantan dari Kuala Terengganu dengan menaki bas pada pukul 8.30 malam. Aku tiba di Kuantan pada pukul 12.45 pagi hari ini (22/5/09). Bila naik bas, macam biasa la... cari tempat duduk, duduk dan tengok-tengok orang yang masuk. Tetiba aku terpandang seorang awek yang cun melecun. Hot gitu... hahahaha... "Eh, dia ni duk sebelah aku ke?" aku bermonolog dalaman. Sayang sekali tidak. Dia duduk di belakangku. Tetapi dia menukar tempat duduk selepas itu kerana dia mabuk jika duduk di tempat duduk belakang. Kesian... muka je cun... (jahat betul aku ni...). Kesudahannya, aku duk sorang je. Best betul la... Dua seat aku sorang... hahaha... Cerita ni pun xde kaitan dengan tajuk entri kali ini...
Apabila aku sampai, sementara menunggu dia datang mengambilku di terminal, aku melihat dua couple datang dengan menunggang motosikal. 1 couple ke kedai makan dan 1 couple lagi masuk ke hotel berhampiran. Usia mereka aku agak dalam 20-an. Nak bersangka baik ke x? Pukul 1 pagi kuar makan? Pukul 1 pagi masuk hotel? Bersangka baiklah. Mereka tu dah kahwin. Tak pun adik beradik... (eh, adik beradik masuk hotel? x logik2...). Hmmm... Apa yang aku malu, mereka itu MELAYU!!! Perempuan-perempuan itu pakai tudung lak tu. Erm, aku hanya boleh benci dalam hati jika betul mereka melakukan sesuatu yang diluar batasan. Persoalannya, mengapakah perkara sebegini semakin menjadi-jadi? Fikir-fikirkanlah...
p/s: I will be away from "cyber world" for few days...

Monday, May 18, 2009

Berdikari? Betul ke aku sudah mampu?


"Umie x bimbang nok tinggal epah kat rumah sorang-sorang pun. Epah tahu doh nok jage diri. Makan pun bleh masak dirri. Keje-keje sume bleh wat..."
Itulah kata-kat ibuku pada 3 tahun lepas sebelum dia, arwah ayah dan adik bongsuku berangkat ke Mesir selama 6 bulan. Ketika itu aku masih lagi di Pusat Asasi UIAM. Dan setelah tamat belajar di situ, aku kembali ke rumah dan tinggal seorang diri di rumah ini selama hampir 2 bulan kerana umie, arwah ayah dan adikku belum pulang dari Mesir. Aku berada di rumah ini tanpa internet connection dan tanpa wang. Bukan aku tak boleh mintak dari abang-abang dan kakak-kakakku tetapi aku tidak mahu menyusahkan mereka kerana mereka pun ada keluarga sendiri.
Jadi, aku mula mencari kerja. Aku kembali ke tempat kerjaku selepas SPM iaitu di stesen minyak Petronas yang berdekatan dengan rumahku. Tetapi aku tidak mohon kerja pam attendan. Aku mintak kerja sebagai tukang sapu sebab boleh masuk kerja lambat sikit iaitu pukul 8 pagi... hehehe... Kemudian aku saja-saja sembang dengan tauke surat khabar samada ada kerja kosong atau x... Mungkin rezeki aku, aku mendapat kerja sebagai paper boy. Alhamdulillah... Jadi paper boy, kene masuk kerja awal sket. Lepas subuh sampai la sebelum pukul 8 pagi. Jadi, lepas subuh aku pergi menyusun isi surat khabar dan menghantar surat khabar ke tempat-tempat yang telah ditetapkan. Habis menghantar surat khabar, aku pun ke stesen minyak Petronas dan memulakan kerja sebagai tukang sapu.
Begitulah kerja aku selama 2 bulan. Aku bersyukur kerana mendapat 2 kerja. Aku juga bersyukur kerana bos stesen minyak itu sangat pemurah. Aku selalu jugak la mendapat "wang saku" apabila aku ingin pulang ke rumah selepas habis kerja. Duit tu untuk beli lunch kata bos aku tu. huhuhu... rezeki-rezeki... Alhamdulillah...
Oleh sebab aku hanya bekerja dari lepas subuh sehingga lepas zohor, aku menjadi agak bosan berada di rumah. Jadi, aku pun mengambil upah memotong rumput di rumah jiranku. Sekali potong, RM 30... ok la tu... kawasan kecik je pun... 1 jam leh siap potong semua rumput.. hehehe...
Untuk makan, kalau aku rajin, aku masaklah. Kalau tak, aku beli nasi bungkus je kat kedai... hohohoho... Begitulah kisah aku ketika tinggal sendirian di rumah ini. Agak bosan tapi aku cuba penuhkan dengan aktiviti-aktiviti yang menmberi faedah kepadaku. Cume persoalannya... Betul ke aku sudah mampu hidup berdikari? Aku masih tiada jawapan untuk persoalan ini...
p/s: Terima kasih kerana sudi membaca karangan ini... hehehe...

Sunday, May 17, 2009

Tentang Seseorang Musim Ke-2...


Kali ni aku nak bercerita pasal anak sedara aku yang debab ini. Namenya Nor Azwani. Anak ke-4 daripada 4 orang adik beradik. Berusia 1 tahun 7 bulan. Berat 14.5kg. Menghampiri obesiti. huhuhu... Walaupun dia agak berisi, namun dia aktif. Berlari ke sana ke mari. Kegemaran dia ialah mengacau orang lain. Dia juga amat suka akan bayi yang baru lahir. Dia suka gosok-gosok bayi dan ayunkan bayi dalam buai. Bagus... huhuhu...
Dia sangat baik dan menurut arahan. Walaupun dia masih kecil, tapi dia mengerti akan arahan orang lain dan memahami keadaan sekitarnya. Dia agak manja jugak la dengan aku sebab aku yang jaga dia masa ibunya masuk hospital tahun lepas. Dia akan bangun tengah malam untuk minum susu dalam botol. Apa yang bagusnya, sebelum abang dan kakak iparku masuk tido, mereka akan siapkan susu dalam botol dan letakkan dalam warmer. Jadi, apabila anak sedara aku ni bangun tengah malam, dia akan amek botol susu dalam warmer, minum, kemudian tido balik tanpa mengejutkan abang dan kakak iparku. Bijak sungguh... huhuhu...
p/s: Dia da mula pandai bercakap... =)

Friday, May 15, 2009

Tentang Seseorang...


Entri kali ini aku nk bercerita. Tentang salah seorang anak sedara aku. Namanya Anis Faqihah. Anak ke-3 daripada 3 orang adik-beradik. Umurnya akan genap 5 tahun pada 30 Ogos tahun ini. Dia dihantar ke taska sejak kecil lagi kerana kakak dan abang iparku bekerja. Jadi, dia sangat mudah belajar dan petah bercakap. Bila dia membebel, mengalahkan orang tua. Apa yang aku bangga dengan dia sorang ni ialah dia sangat petah berbahasa Terengganu. Kadang-kadang, perkataan yang dia gunakan sudah tidak lagi digunakan oleh kanak-kanak zaman sekarang. Dari mana dia belajar loghat-loghat Terengganu pun aku tidak tahu. Bagus-bagus. Pewaris loghat Terengganu yang unggul. Macam ayah sedaranya... hahaha..
Dia juga sangat-sangat pandai memain-mainkan orang. Memang sangat-sangat nakal. Aku sendiri sudah beberapa kali kene kelentong. hahaha... lawak tol la... kene kelentong ngan anak sedara yang sekecil ini. Dia juga bijak seperti namanya, Faqihah. Aku harap dia akan menjadi seorang yang pandai dan solehah di masa hadapan. InsyaALLAH...
p/s: lepas ni nak cerita pasal anak sedara yang mane plak erk?

Wednesday, May 13, 2009

Tumbang jua akhirnya...



Beberapa hari yang lepas, hujan ribut telah melanda kampung halamanku. Begitu kuat ribut itu sehinggakan sebatang pokok gelam di kawasan rumahku telah tumbang dilanda ribut. Membuatkan aku semakin rasa akan kekuasaan-NYA... Apabila DIA mengatakan "jadi" maka "jadilah"... "kun fayakuun...". Pokok gelam yang telah lama bertahan akhirnya tumbang dalam sekelip mata. Begitulah kita manusia. Tengah sihat walafiat boleh meninggal dunia. Oleh itu, sedarlah bahawa hidup ini hanya sementara. Akhirat adalah tempat yang kekal buat selamanya. Hanya ada 2 tempat tinggal di akhirat. Syurga dan neraka. Amalan kita di dunia inilah yang akana menentukan tempat tinggal kita di akhirat kelak. Sama-samalah kita berdoa agar kita termasuk dalam golongan para ulama dan muslimin serta muslimat yang soleh dan solehah. Ameen...

p/s: nasib baik tidak tumbang atas rumah...

Tuesday, May 12, 2009

Perihal Mengecat Rumah (Bahagian 2)

Sudah 2 hari aku berehat selepas meyertai Eco-Challenge di Pulau Toman beberapa hari yang lepas. Bermakna sudah 2 hari jugalah aku tidak mengecat rumah selepas pulang dari Pulau Tioman. Setelah berbincang dengan Umie, akhirnya keputusan pemilihan warna telah dicapai. Warna hijau muda menjadi pilihan. Warna yang cerah, sesuai untuk dicat di dalam rumah agar nampak lebih luas dan ceria. Akan tetapi, sempatkah aku menghabiskan kerja-kerja mengecat ini sebelum bulan 6? Ini kerana aku mesti menghabiskan kerja-kerja mengecat sebelum cuti sekolah. Ramai anak-anak saudara akan datang ke rumah ini pada cuti sekolah ini... Aku tidak pasti tetapi aku akan cuba untuk menghabiskan kerja-kerja mengecat ini sbelum bermulanya cuti persekolahan.

Bahagian ruang tamu (dah cat undercoat)


Bahagian ape ni erk? (pun dah cat undercoat)


Bahagian lain dalam rumah (ruang tamu kot) - belum cat undercoat

p/s: ni baru ruang tamu... lum bilik dan dapur lg... hohohoho...

Monday, May 11, 2009

Eco-challenge... memang mencabar...


Pada 9 Mei 2009, aku telah menyertai SAS International Eco-Challenge yang diadakan di Pulau Tioman. Ini merupakan kali pertama aku menyertai perlumbaan seperti ini. Tanpa latihan, aku memasuki perlumbaan ini (giler x?). Walaupun tidak berjaya memenangi pertandingan, namun aku rasa puas kerana aku dapat menghabiskan laluan sepanjang 21km yang begitu mencabar. Mendaki bukit yg tinggi. Memanjat batu-batu yang besar. Mendaki jalan berbukit yang mampu melemahkan semangat. Akhirnya, aku berjaya juga menghabiskan perlumbaan. Alhamdulillah. Tapi sayang, aku tidak sempat bersiar-siar di Pulau Tioman kerana masa tidak mengizinkan. Aku pasti akan kembali ke Tioman satu hari nanti. InsyaALLAH...

Wednesday, May 6, 2009

Perihal Mengecat Rumah...


"Epah, lame doh dop cat dalam rumah ni... dari dulu sapa lening, warna ni je..."
"Nok Epah cat la ni? Bereh je... Umie nk kaler mende?"
"Vanilla"
"Vanilla? Dop comel la umie... warna purple la..."
"Heh, xmboh warna purple... Kalu xmboh vanilla, warna hijau la..."
"Erm... ok la... bende-bende pun, kene cat undercoat lu..."
Antara dialog yang berlaku antara seorang ibu dan seorang anak. Ya. Memang telah lama bahagian dalam rumah aku tidak bertukar warna. Sudah 30 tahun dinding hanya di"varnis" oleh arwah ayah. Apabila varnis yang asal pudar, di"varnis" balik... Kali terakhir dinding rumahku ini divarnis adalah lebih kurang 8 tahun yang lepas.... Wujudnya idea untuk mengecat balik bahagian dalam rumahku apabila ibuku menyatakan hasrat untuk mengecat sebahagian dinding yang tidak di"cat" kerana dinding itu di tukar selepas berlaku kebakaran kecil di rumahku 5 tahun yang lepas. Jadi, alang-alang nak cat, cat je satu rumah... huhuhu... Jom mengecat...
p/s: Apakah pilihan warna anda? hohoho...

Friday, May 1, 2009

My "Dumbell"... hahaha


Aku pun xtau dah berapa kali gambar anak sedaraku yang ini masuk dalam blog aku ni... huhuhu.. Namanya Nor Azwani. Berusia 1 tahun 6 bulan. Beratnya 14.5kg. Dia ni la yang jadi "mangsa" aku untuk bersenam. Inilah "dumbell" aku kat rumah waktu cuti ni... Mengangkatnya yang berat memang sesuai untuk senaman tangan dan kaki. Lagi pun, dia memang suka sangat orang angkat dia... Lagi senang keje aku... hahaha.. (kejam tol aku... hahaha)
p/s: berat kot budak ni sorang... sama berat dengan anak sedaraku yang berumur 5 tahun... hahaha