Tuesday, June 30, 2009

I LOVE Holidays!!! yeah...


Tik... tik... tik... pejam celik pejam celik... tido bangun tido bangun... sedar tak sedar dah 2 bulan lebih aku bercuti dalam cuti semester ni. Banyak aktiviti yang telah aku lakukan sepanjang cuti kali ini. Aku sangat-sangat seronok bercuti sehinggakan semangat untuk pulang ke UIA langsung tiada. hahaha... I LOVE holidays!!! Nape la kejap sangat cuti... hihihi... =)

Wednesday, June 24, 2009

Am I serious person?


"Jep, senyum la sket... serius je muka tu..."
"Jepah, aku takut la nk tegur ko bile ko wat muka serius..."
"Aku takut la tengok muka ko yang serius... aku suka bila ko senyum..."

The statement above is some of the statement I got from some friends about my facial expression. Yes... My face looks serious when I in normal mode which means when I didn't talk to anybody and I'm doing my own work. The "serious" facial expression is my normal part of me. That's why some people said that I'm sombong, berlagak not friendly and many more... But I just said that they must know me first. Don't judge me by my facial expression. If you know how "crazy" I am, then, you will know me better...

Apa-apa pun, aku tetap aku... =)

Monday, June 22, 2009

Anak Wayang... antara realiti dan fantasi...


Pasti anda pernah dengar tentang rancangan realiti TV yang terbaru ini. Anak Wayang. Aku pun pernah mengikuti Pentas Anak Wayang beberapa kali. Ada yang betul-betul berbakat dan ada yang hanya nak mencari publisiti murahan. Maaf kerana aku mengatakan ini. Ini adalah apa yang aku nampak. Aku juga pernah melihat profil peserta-peserta Anak Wayang ini. Antara yang dipaparkan dalam profil Anak Wayang adalah watak yang diinginkan. Tetapi, aku amat-amat terkejut apabila melihat profil salah seorang peserta perempuan kerana watak yang dia inginkan ialah PELACUR!!! Tolonglah. xde watak lain lagi ke yang lebih baik... Banyak lagi watak dalam dunia ni yang boleh ko lakonkan la... Maaf tetiba emo di sini...
Akhir kalam, majulah sukan untuk negara... Pesanan daripada Jepah yang suka mengarut... =)

Saturday, June 20, 2009

Happy Father's Day...


21 Jun 2009... Setiap tahun 21 Jun adalah tarikh untuk Hari Bapa... Walaupun aku telah kehilangan seorang ayah pada 3 April tahun lalu, aku tetap akan ingat tarikh Hari Bapa ini... insyaALLAH... Walaupun aku tidak sempat berbakti dengan sebaiknya ketika arwah ayah masih hidup, aku berharap agar doaku diterima oleh ALLAH... Ameen...

Aku sangat bersyukur kerana pernah memiliki seorang ayah yang begitu pandai mendidik anak-anaknya. Walaupun aku dididik dengan tegas, diajar dengan rotan, disuruh berdikari, namun, aku sedar bahawa semua itulah yang menjadikan aku seperti mane aku sekarang. Dialah yang mengajarku tentang ilmu agama. Dialah juga yang mengajarku asam garam kehidupan... Alhamdulillah... =)

Aku baru sahaja pulang dari melawat salah seorang pakcik aku yang sedang tenat. Abang aku mengatakan keadaanya x ubah seperti arwah ayah ketika Izrail datang menjemput ke alam lain... Dia telah di bawa ke hospital untuk rawatan selanjutnya... Apa yang aku boleh lakukan sekarang adalah berdoa... Mudah-mudahan dia selamat... Ameen...


Sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati seperti mana firman Allah dalam Al-Quran surah Ali-'Imran ayat 185:


Kepada pembaca yang masih mempunyai ibu bapa, maka berbaktilah kepada kedua-duanya dengan sebaiknya. Sesungguhnya redha Allah terletak pada redha ibu bapa. Janganlah tunggu 10 Mei dan 21 Jun sahaja untuk meraikan ibu bapa anda. Jangan lupa juga untuk mendoakan kesejahteraan mereka sentiasa.


Kepada pembaca yang telah kehilangan salah seorang ibu atau bapa atau kedua-duanya, maka jangan lupa untuk mendoakan mereka sentiasa. Kerana akan putuslah hubungan seorang anak Adam apabila dia meninggal dunia kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang sentiasa mendoakannya...



Akhir kalam, SELAMAT HARI BAPA kepada semua bapa dan semua bakal-bakal bapa... Jadilah bapa yang mithali... Ameen... =)

Friday, June 19, 2009

Dulu dan sekarang...

Seronok plak tengok gambar-gambar mase masih jadi kanak-kanak ribena... huhuhu.... Aku dulu dan sekarang... memang banyak bezanya... hahaha...

Mase umur 3 tahun...


Skrang... 22 tahun sudah... huhuhu..

Thursday, June 18, 2009

Perihal Mengecat Rumah (Bahagian 3)

Sudahkah anda membaca entri ini dan entri ini? Setelah beberapa minggu mengecat rumah, akhirnya siaplah jugak aku mengecat bahagian dalam rumah aku (tidak termasuk bilik). Jika dikira mase yang aku gunakan, aku mengambil mase lebih kurang 16 hari untuk menyiapkan cat bahagian ruang tamu, dapur dan beranda. Bahagian yang paling senang untuk dicat ialah dapur dan bahagian yang agak susah ialah beranda. Nak tahu kenapa? Bacalah entri ini sampai habis... hahaha...

Gambar di atas ialah ruang tamu. Ruang yang agak besar untuk dicat. Dicat dengan warna Meadows iaitu hijau muda. Untuk menyiapkan bahagian ini, aku mengambil masa lebih kurang seminggu termasuk mengutip (cat dibahagian yang x kene cat), memasang tikar getah, menyusun perabot dan memasang perhiasan di dinding.


Setelah siap mengecat ruang tamu, aku mengecat beranda. Aku mengambil masa 4 hari untuk menyiapkan bahagian ini. Masa yang agak lama untuk ruang sekecil ini. Kenapa? Ini kerana ruang yang kecil lebih lambat untuk di cat. Ditambah lagi dengan kehadiran kayu belebas (kayu yg digunakan untuk memasang dinding), kerja mengecat menjadi lebih perlahan. Bahagian luar ini dicat dengan warna Baby Blue atau biru muda.


Bahagian dapur. Dicat dengan warna Rose atau pink. Mengambil masa selama 5 hari untuk disiapkan kerana aku demam ketika mengecat bahagian ini. Walaupun demam, aku mengecat jugak. Mungkin kerana aku ni jenis tak boleh duduk diam kot. Alhamdulillah, siap juga aku mengecat bahagian dapur ini.

Seterusnya aku akan mengecat bahagian luar rumah. Untuk mengecat bahagian luar rumah, ia akan memakan sedikit masa keran aku perlu mengikis cat lama yang sudah tertanggal dahulu sebelum memulakan proses mengecat. Kerja mengikis memerlukan kesabaran yang amat tinggi kerana agak memenatkan dan agak memakan masa.

p/s: Bila ada orang datang rumah dan tengok rumah da di cat baru, mesti ada soalan cepu mas... Apakah itu? hahaha...

Wednesday, June 17, 2009

Kenangan Sekolah Menengah...

Dalam entri ini, aku telah menyatakan yang tetibe je aku teringat zaman persekolahan aku dulu... Aku pun membelek album-album ketika di sekolah dulu... Mase ni kamera pakai yang pakai kodak (filem) lagi... x mampu lagi nak beli kamera digital... hehehehe.. Tapi, mane perginya gambar masa tingkatan 2 erk? huhuhu... heran2x... Selepas 5 tahun meninggalkan sekolah, macam mana la kawan-kawan sekolah aku dulu... Yang sama-sama masuk UIA, tau la macam ne... Yang gi U lain? Oversea? Yang da kahwin? hmmm... entah bila la dapat jumpe mereka lagi...


Ni mase form 1 (1 Al-Qalam)


Ni form 3 (3 As-Saff)


Ni form 4 (4 Al-Ikhlas)


Ni form 5 (5 Al-Ikhlas)


p/s: Muka budak2 lagi mase ni... hahaha... nak tgk gambar lagi besar, klik je kat gambar...

Tuesday, June 16, 2009

Tiba-tiba saja...


Uh... Dah beberapa hari aku tidak mengemas kini blog aku nih... huhuhu... Melihat adik dan anak sdare aku kembali ke asrama, tetiba aku terkenangkan zaman persekolahanku. Sekolah agama rupanya aku dulu... keh9x... Tetiba je aku rasa macam nak bersekolah semula. Seronok zaman sekolah ni. Aku pergi ke sekolah menengah aku dulu. Banyak perubahan. Guru-guru dah ramai yang bertukar. Setiap kali aku ke sekolah berjumpa dengan guru-guru yang pernah mendidik aku dulu, mesti ada soalan cepu mas... Apakah itu? Fikirlah sendiri... hahaha...
p/s: nantikan sambungan...huhuhu

Thursday, June 11, 2009

Got fever again...


Got fever again... yeah... And the fever is like the red traffic light for me. It stopped me from updating my blog... huhuhu...(padahal aku je yang malas nk update... hahaha)...
p/s: still thinking about new post actually... but I can't think well in this fever condition... huhuhu

Monday, June 8, 2009

Sekitar perkahwinan Mat MIn...




Pada 6 & 7 Jun 2009 yang lepas, aku telah menghadiri majlis perkahwinan sahabatku yang telah ku kenal sejak matrik lagi iaitu Abdul Muhaimin atau lebih dikenali sebagai Mat Min. Pelajar jurusan Farmasi. Isterinya pula ialah Nurul Akmal Liyana atau lebih dikenali dengan panggilan Along. Pelajar jurusan Biotek. Majlis pada 6 Jun 2009 diadakan di rumah Along dan pada 7 jun 2009 diadakan di rumah Mat Min.

p/s: Semoga berbahagia Mat Min & Along sehingga ke akhir hayat... Ameen... =)

Friday, June 5, 2009

My Classmate Wedding Ceremony...

Maaf... Entri ini tiada gambar perkahwinan classmate aku atas pemohonan tuan empunya badan... "Jangan letak gambar dalam blog ye...". Jadi, kene hormatilah... 4 Jun 2009.. Aku, Epah, Sob, Karimah, abang Karimah, adik Karimah dan kawan abang Karimah ke majlis kesyukuran perkahwinan rakan sekelasku iaitu Tasnim binti Lutfi. Beliau telah diijabkabulkan pada 1 Jun 2009. Majlis kesyukuran perkahwinan itu telah diadakan di Institut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP).





Selepas selesai di majlis kesyukuran Tasnim, kami bergerak ke rumah Aida di Lundang bagi meraikan majlis kesyukuran perkahwinan kakaknya. Disebabkan adik Karimah tidak sihat, jadi aku menyuruh abang Karimah supaya pulang dahulu selepas selesai makan-makan dan bergambar di rumah Aida. Aku merancang untuk ke rumah kawan-kawan sekitar Kota Bharu akan tetapi disebabkan masa tidak mengizinkan, aku mengambil keputusan untuk terus pulang ke Kuala Terengganu.





Dalam perjalanan pulang, aku, Sob dan Epah singgah di Pok Wan Kopitiam di Gong Badak untuk makan chicken chop sebagai makan malam kami... =)


p/s: Jep, mu bile lg? hahaha... calon pun xdop lagi... i'm happy being single actually... =) Seronok jugak tengok kawan-kawan yang da jumpa jodoh masing-masing dan telah ada ikatan yang sah. Semoga ikatan pernikahan kamu akan kekal hingga ke akhir hayat... insyaALLAH...

Tuesday, June 2, 2009

Stadium Sultan Mizan Runtuh?


Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh... Aku agak terkejut apabila membaca berita ini di sini. Alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Stadium ini baru setahun digunakan. Stadium ini juga merupakan stadium pertama di Malaysia yang menggunakan sistem bumbung tanpa tiang. Dimanakah silapnya? Hanya ALLAH lebih mengetahui segala-galanya.... Kita sebagai manusia mesti mengambil iktibar dari apa yang telah terjadi...