Wednesday, October 28, 2009

Recreation Outing: Gunung Senyum


Pada 23-25 Oktober 2009, semua pelajar kelas rekreasi kecuali seorang telah ke Gunung Senyum sebagai Recreation Outing. Hanya 2 pelajar lelaki yang menyertai kelas rekreasi pada semester ini. Seramai 5 orang fasi yang bertugas menjaga kami sepanjang program ini di ketuai oleh Bro Asri. Kami diberi tugasan sepanjang perkhemahan ini untuk membuat catatan aktiviti di dalam log book.

23/10/09
Kami bertolak ke Hutan Lipur Gunung Senyum pada pukul 3.15 petang dan tiba di destinasi yang dituju pada pukul 6.00 petang. Setibanya kami di sana, kami terus membawa barang-barang kami ke dewan terbuka dan kami ke surau untuk menunaikan kewajipan. Selepas itu, Bro Asri memberi taklimat ringkas dan kami ke kawasan perkhemahan untuk mendirikan khemah. Kemudian, kami mula memasak untuk makan malam.

Setelah selesai makan malam dan solat Maghrib dan Isya', kami menjalani aktiviti malam iaitu "Night Walk". Kami di minta menyerahkan semua lampu suluh kepada fasi yang bertugas. Kami berjalan dalam gelap beramai-ramai. Selepas lebih kurang 300 meter berjalan, kami berhenti. Bro Asri melepaskan seorang demi seorang untuk kembali ke tapak perkhemahan. Setiap seorang di beri lilin dan dan diminta menjaga lilin itu supaya tidak padam. Bermcam-macam karenah yang terjadi sepanjang perjalanan mereka yang dilepaskan pulang ke tapak perkhemahan. Aku tidak diberi lilin dan berjalan pulang ke tapak perkhemahan bersama-sama Bro Asri. Hehehe... Selepas tamat night walk, kami pun tidur. huhuhu...

24/10/09
Bermula dengan bangun pagi untuk solat Subuh dan meyiapkan diri. Sarapan pagi disiapkan seawal mungkin supaya tidak telewat untuk aktiviti pada hari tersebut. Setelah bersarapan,kami memulakan aktiviti pada pagi itu iaitu trekking ke Gunung Jebak Puyuh untuk melawat gua-gua di sana. Antara gua yang dilawati ialah Gua Ular, Gua Mayat, Gua Straw@Sisik, Gua Kapal, Gua Keris, Gua Terowong dan Gua Rangkak. Setiap gua mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Setelah melawat semua gua di Gunung Jebak Puyuh, kami kembali ke tapak perkhemahan untuk menyiapkan makan tengah hari. Setelah makan tengah hari, kami menunaikan kewajipan.

Aktiviti petang itu ialah membuat "Camp Craft". Kumpulan aku membuat rak serbaguna yang sememangnya serbagunalah. hahaha... Aktiviti malam ialah malam kebudayaan. Kumpulan aku mendapat tempat kedua walaupun membuat persembahan yang merapu. hahaha... Selepas tamat malam kebudayaan, kami makan malam dan kemudian menulis log book. Kemudian, tidur. Semua peserta perempuan terpaksa tidur di dalam asrama kerana hujan yang lebat telah menyebabkan khemah mereka dimasuki air.

25/10/09
Seperti hari sebelumnya, kami bangun pagi untuk solat Subuh dan menyiapkan diri. Menyiapkan sarapan untuk sarapan pagi dan bersiap sedia untuk aktiviti pada pagi itu. Aktiviti pada pagi itu ialah melawat gua-gua di Gunung Senyum. Antara gua yang dilawati ialah Gua Kolam Tujuh, Gua Angin, Gua Terang Bulan, Gua Taman Dua, Gua Taman Satu, Gua Makam Tok Long, Gua Silat dan Gua Danau Impian. Setiap gua berkaitan antara satu sama lain. Sepanjang lawatan kami, pak cik Bad telah bercerita tentang mitos di setiap gua. Aku rasa seperti mendengar cerita dongengan rakyat. Namun, kebenaran cerita itu, hanya DIA yang lebih mengetahui.

Setelah selesai melawat gua, kami pulang ke tapak perkhemahan dan melalui jambatan gantung. Berlaku bermacam-macam peristiwa berlaku di atas jambatan gantung. huhuhu... Setelah tiba di tapak perkhemahan, kami memasak untuk makan tengah hari. Setelah makan tengah hari dan menunaikan kewajipan, kami dipanggil untuk aktiviti seterusnya iaitu "Compass Orienteering". Kumpulan aku memenangi compass orientering dengan mencatatkan masa 16 minit. Setelah selesai aktiviti compass orienteering, kami mengemas barang-barang dan khemah-khemah serta alatan memasak. Pukul 6.oo petang, kami bergerak pulang ke UIA Kampus Kuantan.

Tuesday, October 13, 2009

Busy, busy and busy...


Dah lame aku x update blog. Terlalu sibuk sebenarnya. Minggu lepas, MEDEX. Minggu ni, exam, presentation dan I-QUEST. Sehinggakan aku rasa down sekejap. huhuhu... Aku tidak bercadang untuk menulis dengan panjang kerana terlalu sibuk dengan kerja-kerja yang pelru aku selesaikan... huhuhuhu