Wednesday, November 3, 2010

Which one? Mana satu?

Setiap hari kita sentiasa diberi peluang untuk membuat pilihan. Tanpa kita sedari... Kita memilih untuk gembira atau bersedih... Kita memilih untuk membaca atau tengok cerita... Kita memilih untuk tidur atau bangun... Semuanya terserah kepada kita untuk memilih... Tanpa kita sedari,kan?

Namun, kadang-kadang bila kita sedar kita harus memilih, sangat susah sebenarnya untuk memilih,kan? Sebagai contoh, mana satu nak lebihkan fokus, exam ataupun FYP? hahaha...

p/s: sekadar mencoretkan apa yang bermain di fikiran... Sama-sama kita renungkan... :-)

Friday, October 29, 2010

Final Exam Sem 1 2010/2011


Sudah lama aku tidak mengemaskini blog aku ini. Terlalu sibuk agaknya. Peperiksaan akhir semester 1 bagi sesi 2010/2010 bakal bermula tidak lama lagi. Hanya dua subjek akan aku lalui untuk peperiksaan akhir semester kali ini. Walaupun hanya dua subjek, namun setiap subjek membawa 6 jam kredit yang boleh mempengaruhi CGPA aku. huhuhu... Jadi, kepada semua yang akan menduduki peperiksaan akhir semester, selamat mengulangkaji pelajaran dan selamat berjaya.

USAHA+DOA+TAWAKKAL=InsyaALLAH BERJAYA...

Tuesday, August 10, 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...


Bulan Ramadhan bakal menjelma. Bulan yang penuh dengan rahmat. Jangan sia-siakan peluang yang ada untuk memperbanyakkan lagi amal ibadat sepanjang bulan ini. Semoga kita semua sentiasa mendapat rahmat dari ALLAH. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang telah lalu. Selamat berpuasa diucapkan kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia. AHLAN WASAHLAN YA SHAHR RAMADHAN...

Saturday, July 10, 2010

XPDC Chamah-Ulu Sepat

Sudah 2 bulan aku x update blog ni... Terlalu sibuk dengan tugasan yang lebih penting barangkali. hahaha... XPDC Chamah-Ulu Sepat ini telah berakhir sebulan yang lepas... Baru sempat aku mencoretkan pengalaman suka duka aku menyertai XPDC ini. XPDC ini telah dilalui dengan jayanya selama 7 hari 6 malam termasuk perjalanan. Seramai 24 orang telah menyertai XPDC ini. Motto XPDC kali ini ialah World Cup: Suara Peduli Palestin.

3 Julai 2010
Perjalananku dimulakan dari stesen kereta api Wakaf Baru bersama-sama Kak Pah. Kami akan bertemu dengan peserta-peserta lain di stesen kereta api Gua Musang. Sesudah tiba di kereta api Gua Musang lebih kurang pukul 1 pagi, Kamilan turut serta dan kami ke masjid untuk merehatkan tubuh badan.
Stesen kereta api Gua Musang

4 Julai 2010

Kami bertiga bangun seawal pagi untuk bersiap-siap menunaikan kewajipan dan membersihakn diri sebelum bertemu dengan peserta-peserta lain dari Kuala Lumpur. Setelah bertemu dengan peserta lain, kami menikmati sarapan pagi dan membeli santapan untuk makan tengah hari. Kami memulakan perjalanan dari stesen kereta api Gua Musang ke Kuala Betis lebih kurang pukul 9 pagi. Dari Kuala Betis, kami ke Kg. Rekom dengan menaiki pick-up. Perjalanan memakan masa selama 3 jam. Namun, nasib kami agak tidak baik kerana tanah runtuh telah berlaku di laluan untuk ke Kg. Rekom. Ini menyebabkan kami terpaksa berjalan kaki ke Kg. Rekom. Setelah 3 jam di berada di atas pick-up, kami trekking ke Kg. Rekom selama 3 jam lagi. Jadi, perjalanan kami memakan masa selama 6 jam pada hari pertama. Setiba nya di Kg. Rekom, kami terus ke Kem Pak Kassim untuk berehat-rehat dan mempersiapkan tempat tidur di sana. Pada waktu malamnya, kami bergembira dan bersuka ria dalam masa yang sekejap sahaja. Kemudian, kami tidur.

Bersuka ria di kem Pak Kassim

5 Julai 2010
Bangun seawal pagi untuk bersiap-siap menuju ke puncak Gunung Chamah.Setelah mengemas beg dan sarapan pagi, kami memulakan perjalanan ke puncak Chamah. Dalam perjalanan, kami singgah di Kg. Rekom untuk mendafatarkan diri di sana. Perjalanan ke puncak Chamah agak mencabar. Terdapat beberapa campsite sebelum tiba di puncak Chamah. Campsite yang pertama ialah Kem Pakma. Memakan masa lebih kurang sejam dari Kem Pak Kassim. Kemudian Kem Tengah yang memakan masa selama sejam dari Kem Pakma. Kemudian Kem Tongkat Ali. Memakan mase lebih kurang sejam dari Kem Tengah. Kami berhenti seketika di Kem Tongkat Ali untuk makan tengah hari. Setelah makan tengah hari dan solat, kami bergerak ke puncak Chamah. Terdapat 7 puncak tipu sebelum kami tiba di puncak Chamah. Perjalan ke puncak Chamah dari kem Tongkat Ali memakan masa selama 5 jam. Perjalanan yang agak memenatkan dan panjang. Pada waktu malam, kami hanya tidur awal untuk merehatkan badan yang sangat penat.

Di Kg. Rekom

Di Kem Tengah


Kem Tongkat Ali

6 Julai 2010
Seperti biasa, bangun pagi, solat dan siapkan sarapan. Menunggu matahari terbit dan bergambar di puncak. Kami mengemas barang-barang dan beg untuk bergerak turun ke Kem Pak Kassim. Rancangan awal kami untuk terus ke Paris (Kem Peres). hahaha. Akan tetapi disebabkan berlaku sedikit kejadian yang tidak diingini, kami terpaksa bermalam di Kem Pak Kassim pada malam ini. Kami tiba agak awal di Kem Pak Kassim iaitu dalam pukul 4 petang. Perjalanan turun lebih cepat dari perjalanan naik. Kami mempersiapkan tempat berteduh dan bermalan di situ.

Di Puncak Chamah

7 Julai 2010
Disebabkan berlaku sedikit kejadian yang tidak diingini, kami terpaksa berpecah kumpulan. 14 orang meneruskan perjalanan ke Gunung Ulu Sepat dan 10 orang terpaksa pulang kembali ke Gua Musang. Kami memulakan perjalanan ke Kem Lepir. Perjalanan ke Kem Lepir sangat-sangat mencabar dan jauh. Kami melalui beberapa campsite sebelum tiba di Kem Lepir. Dari Kem Pak Kassin, kami ke Kem Peres yang memakan masa selama 2 jam setengah. Kami berhenti makan tengah hari dan meneruskan perjalanan. Setelah 2 jam berjalan, kami berhenti di Kem Retak untuk menunaikan solat. Ada peristiwa yang menyayat hati pernah berlaku di kem ini. Setelah solat, kami meneruskan perjalanan ke Kem Lepir. Sebelum tiba di Kem Lepir, kami melalui Kem Sempadan, Bukit Botak dan Bukit Cantik. Perjalanan memakan masa selama lebih kurang 5 jam untuk tiba di Kem Lepir dari Kem Retak. Hujan yang membasahi bumi menambahkan lagi cabaran untuk kami tiba di Kem Lepir. Aku sendiri beberapa kali tergelincir sepanjang perjalanan. Setibabnya di Kem Lepir, kami mempersiapkan tempat penginapan. Setelah makan malam dan solat, kami terus tidur dalam kesejukan malam.

Di Paris (Kem Peres)


Kem Sempadan


Kem Sungai Lepir

8 Julai 2010
Hari ini kami agak lambat memulakan perjalanan kerana keletihan perjalanan semalam. Dari Kem Lepir, kami bergerak ke puncak Gunung Ulu Sepat yang memakan masa selama 3 jam. Perjalanan yang agak cepat dan laju pada hari ini. Kami meninggalkan beg yang berat di Junction dan bergerak ke puncak Ulu Sepat tanpa membawa beg. Terasa ringan tubuh badan ini. hahaha. Setelah makan tengah hari dan bergambar di puncak Ulu Sepat, kami kembali ke Junction untuk menggalas semula beg dan turun ke Kg. Lenweng. Perjalanan ke Kem Sg. Lenweng memakan masa selama 2 jam. Kami berhenti seketika untuk solat dan meneruskan perjalanan ke Kg. Lerlar. Perjalanan ke Kg. Lerlar memakan masa selama 3 jam dari Kg. Lenweng. Setelah tiba, seperti biasa, kami menyediakan tempat penginapan dan makan malam. Setelah membersihkan diri dan solat, kami tidur dengan lenanya kerana kami telah tiba di Kg. Lerlar yang merupakan tempat terakhir kami bermalam di sepanjang XPDC ini.

Bergambar di puncak Ulu Sepat

9 Julai 2010
Bangun seawal pagi untuk solat dan memebrsihkan diri. Mode pulang ke rumah. hahaha. Kami bergerak ke Pengkalan Trojan dari Kg. Lerlar dengan menaiki pick-up. Perjalanan mengambil masa selama 45 minit sahaja. Kemudian, kami menaiki bot untuk ke Empangan Temenggor. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam. Kemudian, kami ke Bandar Gerik untuk pulang ke destinasi masing-masing. Disebabkan tiket bas pulang ke Kuala Lumpur telah pun habis, kami terpaksa ke Medan Gopeng untuk menaiki bas. Kami mengucapkan selamat tinggal kepada Pak Kassim sebagai trekker kami sebelum ke Medan Gopeng. Setibanya di Medan Gopeng, 13 peserta pulang ke Kuala Lumpur dan aku pulang ke Kuala Terengganu, kampung halamanku. hahaha...

Pengkalan Trojan


Sebelum berpisah



p/s: XPDC kali ini amat menyeronokkan walaupun terdapat kejadian yang tidak diingini berlaku. Ini merupakan G7 ke-5 dan ke-6 aku. Kepada mereka yang tidak mempunyai peluang untuk ke puncak Ulu Sepat, semoga korang berjaya juga sampai di puncak Ulu Sepat satu hari nanti. Kepada semua peserta XPDC, tahniah dan syabas. Semoga kita akan berjumpa lagi pada XPDC yang akan datang.


Sunday, June 20, 2010

XPDC Trans Titiwangsa V1

Sudah dua bulan rupanya aku tidak mengemaskini blog aku ini. Kali ini aku ingin bercerita pengalaman sepanjang XPDC Trans Titiwangsa V1 yang melibatkan Gunung Korbu, Gunung Gayong dan Gunung Yong Belar. Ketiga-tiganya tersenarai dalam senarai G7 iaitu 7 gunung yang tertinggi di semenanjung Malaysia. Alhamdulillah, XPDC ini berjaya ditamatkan dalam masa 4 hari 3 malam. Seramai 8 orang telah menyertai XPDC ini yang terdiri daripada 5 orang jejaka kacak lagi tampan (Don, Zack, Mad, Cagan dan aku) dan 3 orang gadis ayu yang takut pacat (GG, Mida dan Shifaa). Trekker kami ialah abg Rajes yang sangat hebat orangnya.

Di stesen bas Bukit Jalil

4 Jun 2010

Kami bertolak ke Gopeng, Perak pada pukul 6.15 petang. Berlaku sedikit peristiwa yang sangat dramatik sebelum menaiki bas. Hahahaha... Kami tiba di Gopeng lebih kurang pukul 9.30 malam. Kami menunaikan kewajipan dan makan sejurus selepas itu. Selepas makan, kami betolak ke sebuah kampung orang asli di mana kami akan memulakan pendakian kami. Kami sangat bertuah kerana mendapat tempat penginapan di salah sebuah rumah orang asli di situ.


Sebelum pendakian bermula

5 Jun 2010
Kami bersiap seawal pagi untuk memulakan pendakian ke kaki Gunung Korbu. Pengalaman dihantar ke kawasan empangan dengan menaiki motorsikal amat menggerunkan tapi menyeronokkan. Dari empangan, kami menaiki pickup untuk ke tempat permulaan trekking. Sangat seronok. Sebelum memulakan pendakian, kami streching sebagai pemanas badan. hehehe. Pendakian dimulakan lebih kurang pukul 9.30 pagi. Kami makan tengah hari di Kem Seroja. Berlaku sedikit peristiwa jerit menjerit disebabkan seekor pacat di sini. (hihihi). Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Kem Kijang. Disebabkan masih terlalu awal, kami meneruskan perjalanan ke Last Waterpoint dan bermalam di situ.

Di last waterpoint

6 Jun 2010
Seperti biasa, kami bersiap seawal mungkin untuk meneruskan pendakian ke puncak gunung Korbu dan gunung Gayong. Pendakian ke puncak Korbu sangat mencabar kerana laluannya yang sentiasa mendaki dan mencanak sehinggakan ada yang mencecah 90 darjah kecanakannya memaksa kami menggunakan tali dan berpaut pada dinding batu. Dah jadi macam rock climbing plak. hahaha. Pendakian ke puncak Korbu memakan masa selama hampir 3 jam. Sangat memenatkan. Setelah tiba di puncak Korbu, kami mengambil gambar dan makan tengah hari. Kemudian, kami meneruskan pendakian ke puncak Gayong. Perjalanan ke puncak Gayong agak psiko kerana kami perlu naik dan turun beberapa "puncak tipu" sebelum tiba di puncak Gayong. Pendakian ke Puncak Gayong memakan masa hampir 3 jam juga. Setelah tiba di puncak Gayong, kami meneruskan perjalanan ke Kem H2O atas nasihat trekker. Namun disebabkan kami telah terlalu penat, perjalanan ke Kem H2O menjadi terlalu lambat dan menyebabkan kami terpaksa berjalan malam sehingga pukul 11 malam dan kami terpaksa berhenti di pertengahan jalan iaitu di puncak Junction.

Puncak Gunung Korbu

Puncak Gunung Gayong

Puncak Junction

7 Jun 2010
Berlaku beberapa peristiwa yang agak melucukan di puncak junction senelum tidur pada malamnya dan sebelum bergerak ke kem H2O. Namun, peristiwa-peristiwa itu tidak dapat diceritakan di sini.
Kami bergerak seawal pukul 8.30 pagi untuk menuju ke Kem H2O. Air untuk minuman terpaksa dijimatkan untuk sampai ke Kem H2O kerana tiada sumber air di puncak Junction. Perjalanan memakan masa lebih kurang 4 jam untuk tiba di Kem H2O. Kami makan tengah hari dan menunaikan kewajipan di sana. Lebih kurang pukul 2.00 petang, kami bergerak ke kaki Yong Belar. Mengikut rancangan awal, kami akan bermalam di Kem Kasut selepas melihat matahari terbenam di puncak Yong Belar, akan tetapi, perjalanan kami yang agak perlahan memaksa kami bermalam di Kem Kuali iaitu di kaki gunung Yong Belar kerana kami tidak mahu berjalan malam lagi. huhuhu.

Matahari terbenam (dari kem Kuali)

Puncak H2O (selepas melalui kem H2O)

Kem Kuali

8 Jun 2010
Hari ke-4 di dalam hutan. Target kami hari ini ialah keluar ke Blue Valley. Pendakian ke puncak Yong Belar dari Kem Kuali tidaklah begitu sukar jika dibandingkan dengan pendakian ke puncak Korbu. Laluan yang agak mencanak berjaya ditempuhi. Setibanya di puncak Yong Belar, kami berasa amat gembira kerana telah berjaya menawan 3 puncak dalam senarai G7. Alhamdulillah. Kemudian, kami meneruskan perjalanan untuk keluar ke Blue Valley. Dua kem dilalui iaitu Kem Kasut dan Kem Tudung Periuk. Kami makan tengah hari (sebenarnya dah bleh cakap minum petang) di sebatang anak sungai sebelum kuar ke empangan di mana pickup menunggu kami untuk membawa kami ke Brinchang, Cameron Highland. Kami tiba di kawasan empangan pada pukul 8.00 malam dan tiba di Brinchang lebih kurang pukul 9.30 malam. Kami membersihkan diri dan menunaikan kewajipan di homestay yang berjaya disewa pada saat-saat terakhir. Setelah selesai, kami ke medan selera untuk menjamu selera. Setelah kenyang, kami pulang ke tempat penginapan dan tidur...

Di puncak Yong Belar

Kem Kasut

Kem Tudung Periuk


Memasak lunch hari terakhir

Sebelum bergerak ke Brinchang

9 Jun 2010
Aktiviti hari ini ialah berjalan-jalan di sekitar pekan Brinchang. Kami bersarapan pagi di medan selera dan membeli tiket untuk pulang ke Kuala Lumpur. Hanya Don seorang terus pulang ke Pulau Pinang untuk berjumpa keluarga yang tercinta. Kami mengosongkan homestay sebelum tengah hari dan menghatar Don menaiki bas sebelum kami bergerak ke Tanah Rata untuk menaiki bas. Sebelum pulang, kami sempat menjamu selera di Marry Brown. Kami menaiki bas pada pukul 4.30 petang dan tiba di stesen bas Bukit Jalil pada pukul 9.30 malam. Kemudian, kami mengucapkan selamat tinggal pada semua peserta kerana kami menuju ke destinasi masing-masing selepas itu.

*** secara keseluruhannya, kami amat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat-NYA kami berjaya menamatkan XPDC ini dengan jayanya tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini. Kepada semua peserta, semoga kita akan berjumpa lagi selepas ini dan kita boleh menyertai XPDC seperti ini bersama-sama lagi. Tahniah kepada semua pendaki. Korang memang best...

Wednesday, April 21, 2010

XPDC Kinabalu 2010


Alhamdulillah. Berakhir sudah XPDC Kinabalu 2010 dari 13-19 April 2010. Tahniah buat semua peserta seramai 29 orang yang berjaya mengharungi segala cabaran dan dugaan sepanjang XPDC ini.

13 April 2010
Bertolak dari UIA Kuantan ke LCCT seawal jam 7.30 pagi. Berhenti makan sekejap di Restoran Zaman. Kemudian meneruskan perjalanan. Tiba di Gombak pada pukul 11 pagi untuk mengambil baki peserta-peserta XPDC. Tiba di LCCT pada pukul 1 petang. Penerbangan ke Kota Kinabalu dijadualkan pada pukul 4.00 petang dan kami berlepas agak lambat kerana hujan yang sangat lebat menguji kami. Kami tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada pukul 7.30 malam dan disambut oleh pelajar dari Universiti Malaysia Sabah (UMS). Kami ke UMS dan bermalam di sana.

14 April 2010
Kami semua bersiap-siap seawal 7.00 pagi untuk sarapan pagi dan perjalanan ke Kundasang untuk mendaki Gunung Kinabalu. Perjalanan kami ke Kundasang memakan masa 2 jam 30 minit. Setibanya kami di Kundasang, kami diberi tag nama yang mesti dipakai sepanjang pendakian kami. Selepas check in, kami terus ke Timpohon Gate untuk memulakan pendakian. Selepas mendengar taklimat daripada Abg Rejeh iaitu guide kami di sana, kami memulakan pendakian ke Laban Rata dengan hati yang girang gembira. Pelbagai cabaran dan suka duka dilalui oleh kami sepanjang pendakian ini. Kumpulan terakhir yang tiba di Laban Rata pada pukul 7.00 malam. Setibanya di Laban Rata, semua peserta menikmati makan malam yang sangat enak. Selepas makan malam, kami bergerak ke tempat penginapan kami di Gunting Lagadan. Kami membersihkan diri dan menunaikan kewajipan. Kemudian, kami tidur.


15 April 2010
Kami bersiap seawal 1.30 pagi untuk makan tengah malam di Laban Rata sebelum memulakan pendakian ke puncak tertinggi di Gunung Kinabalu iaitu Low's Peak. Lebih Kurang pukul 2.50 pagi, semua peserta memulakan pendakian ke Low's Peak. Hanya dua orang peserta XPDC tidak berjaya menghabiskan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu. Setelah tiba di Low's Peak, kami bergambar dan melihat matahari terbit. Tapi sayang, kabus yang tebal tiba-tiba menghalang penglihatan kami untuk melihat matahari terbit. Setelah beberapa ketika berada di puncak dengan cuaca yang agak sejuk, semua peserta XPDC turun ke Laban Rata untuk sarapan pagi dan bersiap-siap untuk turun ke Timpohon Gate. Lebih kurang pukul 11.00 pagi, kami memulakan perjalanan turun. Semua peserta tiba di Timpohon Gate pada pukul 4.15 petang. Salah seorang peserta terpaksa dikejarkan ke Hospital Ranau akibat keletihan melampau yang melemahkan tubuhnya. Alhamdulillah, semua selamat. Kami bermalam di KK Town pada malam ini. 19 orang peserta bermalam di Stay-In Lodge dan 10 orang peserta bermalam di North Borneo Cabin.


16 April 2010
Kami bangun seawal 5 pagi untuk menunaikan kewajipan dan menyiapkan diri untuk aktiviti pada hari ini. Aktiviti yang dilakukan ialah snorkelling di Pulau Manukan dan Pulau Sapi. Kami menaiki bot di Jesselton Point untuk ke Pulau Manukan. Walaupun ditimpa hujan yang agak lebat di Pulau Manukan, tentatif untuk ke Pulau Sapi pada pukul 2.00 petang tetap tidak berubah. Setelah puas snorkelling di Pulau Sapi, kami kembali ke Jesselton Point untuk kembali ke tempat penginapan kami di KK Town. Kami menunaikan kewajipan di Masjid Likas dan makan malam di Anjung Seri sebelum kembali ke tempat penginapan.


17 April 2010
Aktiviti yang agak lasak pada hari ini iaitu Water Rafting di Sungai Padas, Tenom. Perjalanan 3 jam dari Kota Kinabalu ke Tenom agak memenatkan. Setibanya di Tenom, kami menaiki kereta api untuk ke tempat permulaan Water Rafting. Pengalaman menaiki kereta api lama sangat menarik. Setibanya kami di Sungai Padas, kami menikmati makan tengah hari dan memulakan cabaran di Sungai Padas. Sebanyak 4 buah bot getah disediakan untuk kumpulan kami. Pelbagai cabaran dan dugaan kami harungi sepanjang di Sungai Padas. Hujan yang turun menambahkan lagi cabaran kami. Walaupun bot yang dinaiki aku merupakan bot peserta yang tidak pandai berenang dan paling ramai perempuan, kami berjaya tiba di penamat paling awal. Sangat seronok. Kemudian kami bergambar dan pulang ke tempat permulaan Water Rafting dengan kereta api. Satu lagi pengalaman ialah naik kereta api dengan duduk di gerabak yang tidak berbumbung dan kereta api rosak di pertengahan perjalanan. Jadi, kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki ke tempat permulaan Water Rafting. Kami menunggu kereta api di situ dan meneruskan perjalanan pulang ke stesen kereta api Tenom setelah kereta api yang rosak itu berjaya ditunda. Kemudian, kami menaiki bas dan pulang ke KK Town.

18 April 2010
Aktiviti bebas iaitu jalan-jalan di sekitar bandar KK. Tidak perlu berkumpul atau menunggu bas pada hari ini. Semua perjalanan hanya menggunakan kaki. Hahahaha. Aktiviti membeli belah atau membeli dan blah dimulakan di Gaya Street Market. Pasar ini dibuka hanya seminggu sekali sahaja. Setelah puas berjalan-jalan di sini, kami check out dari tempat penginapan. Kemudian kami ke masjid untuk solat. Setelah selesai solat, kami menikmati makan tengah hari dan meneruskan aktiviti bersiar-siar di Filipino Market. Membeli dan membelah lagi.... huhuhu... Lebih kurang pukul 5.00 petang, kami bergerak ke UMS untuk melihat matahari terbenam di pantai UMS. Kemudian solat di Masjid UMS dan makan malam di rumah GG. Terima kasih GG kerana menjemput kami makan di rumah kamu. Di rumah GG, kami ditunjukkan cara-cara untuk membuat ambuyat. Agak mencabar untuk makan ambuyat. Hehehehe... Setelah selesai, kami pulang ke kolej kediaman E di UMS dan bermalam di sana.



19 April 2010
Hari terakhir di Kota Kinabalu. Hatiku agak sayu untuk meninggalkan kota ini. cewah... hehehe. Pada hari ini, kami melawat muzium sabah dan ke Pantai Tanjung Aru untuk makan tengah hari. Kemudian, kami terus ke Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu untuk pulang ke semenanjung. Penerbangan kami ke semenanjung berpecah dua. Penerbangan pertama dijadualkan pada pukul 3.30 petang dan terus ke KLIA. Penerbangan kedua pada pukul 4.10 petang dan transit di Labuan sebelum ke KLIA. Lebih kurang pukul 8.00 malam, kami tiba di KLIA dan mula bergerak pulang ke Kuantan pada pukul 8.45 malam. Perjalanan yang agak panjang kerana kami tiba di Kuantan pada pukul 3.00 pagi.



***nota kaki: bahasa ganti diri kami tidak merujuk kepada semua peserta.

p/s: Buat semua peserta XPDC. Semoga kita berjumpa lagi pada XPDC akan datang. Suka duka yang dilalui bersama merupakan memori paling indah pernah diri ini rasai. Akan ku kenang memori indah ini selamanya. InsyaALLAH...

Tuesday, April 6, 2010

Holiday... again... =)

Alhamdulillah... Sudah tamat peperiksaan akhir semester untuk semester 2 sesi 2009/2010. Begitu cepat masa berlalu. Tamat sudah semester ke-2 aku untuk tahun ke-3 bergelar sebagai pelajar jurusan dietetik di bumi UIA Kuantan ini. Dah nak masuk tahun ke-4 rupanya. Masih banyak rasanya ilmu yang perlu dipelajari sebelum melangkah ke tahun akhir yang sudah pasti menjanjikan pelbagai cabaran dan dugaan.


Pasca peperiksaan, aku muhasabah kembali akan peperiksaan yang telah aku lalui sepanjang semester ini. Macam biasalah. Ada yang ok dan ada yang kurang ok. Apa yang aku pasti, aku telah berusaha. Hanya mampu berserah kepada-NYA.

Cuti panjang telah bermula dan kali ini cutiku diisi dengan praktikal di Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Praktikal selama 6 minggu bakal aku lalui untuk subjek Catering and Food Services Management. Walaupun aku akan memulakan praktikal tidak lama lagi, namun, aku akan ke Kota Kinabalu untuk bercuti selama seminggu termasuk masa perjalanan. InsyaALLAH...

Jadi, kepada semua yang akan bercuti, selamat bercuti. Kepada yang akan menjalani praktikal, selamat menjalani praktikal dan jangan nakal-nakal masa praktikal... hehehehe...

Sunday, March 21, 2010

Final Exam Sem 2 09/10


Akhirnya, penghujung semester 2 bagi sesi 2009/2010 telah pun tiba. Peperiksaan akhir semester bakal bermula. Untuk semester ini, sebanyak 6 ujian bertulis dan 1 ujian praktikal bakal aku hadapi. Selamat mengulangkaji dan selamat berjaya diucapkan kepada semua yang bakal menjalani peperiksaan akhir semester terutamanya rakan-rakan sekelasku, rakan-rakan sekuliahku, rakan-rakan sekelabku dan semua rakan-rakanku... hehehe... All the best... Semoga ALLAH merahmati kita semua... Ameen... :-)

Recreation Skill Outing: Pulau Kapas

Kali ini recreation outing telah diadakan di Pulau Kapas, Terengganu, negeriku. Hahahaha... Perkhemahan ini telah diadakan pada 13-14 Mac 2010. Kami bertolak dari UIA Kuantan pada 12 Mac 2010 pada pukul 8.30 malam dan tiba di jeti Pulau Kapas pada pukul 1 pagi 13 Mac 2010.


13 Mac 2010
Setibanya di jeti Pulau Kapas yang terletak di bandar Marang, kami mengumpul barang-barang di surau berhampiran dan bersiap-sedai untuk tido (walaupun ada je yang x tido). Kami bangun seawal 6 pagi utnuk menunaikan solat Subuh. Kemudian, kami bersarapan pagi dengan nasi dagang yang di "support" sepenuhnya oleh parents Karimah. Time kasih... Selepas itu, kami mengemas barang-barang dan bersiap-siap untuk bertolak ke Pulau Kapas. Sementara menunggu ketibaan bot, kami mengambil peluang berjalan-jalan sekitar pasar berhampiran jeti. Setelah bot tiba, kami bertolak. Ombak yang besar dan kelajuan bot yang agak laju membuatkan perjalanan kami begitu mencabar dan seronok. Setibanya di Pulau Kapas, kami memasang khemah dan mendengar taklimat daripada Bro Asri. Setelah itu, kami memasak untuk tengah hari. Selepas makan tengah hari dan solat, kami bersiap sedia untuk berkayak ke Taman Laut. Setibanya di Taman Laut, kami melakukan aktiviti snorkelling. Namun, agak kecewa kerana air tidak begitu jernih dan menyukarkan pandangan mata untuk melihat keindahan dasar laut. Setelah itu, kami berkayak pulang ke tapak perkhemahan untuk membilas tubuh badan dan menyiapkan makan malam. Pada sebelah malam, kami menjawab peperiksaan secara bertulis dan praktikal ikatan. Selepas itu, masing-masing kepenatan dan ketiduran...

14 Mac 2010
Bangun seawal pagi untuk menunaikan solat Subuh. Kemudian menyiapkan sarapan. Setelah bersarapan, kami pergi melakukan abseiling. Sungguh seronok. Selepas abseiling, kami snorkelling. Setelah itu, kami menyiapkan makan tengah hari dan makan tengah hari. Kemudian kami mengemas barang-barang dan khemah serta bersiap sedia untuk bertolak pulang ke jeti. Setibanya di jeti pada pukul 5 petang, kami menunggu bas dengan penuh kesabaran dan bas tiba pada pukul 6.30 petang. Kemudian, kami bertolak pulang ke UIA Kuantan...

Wednesday, March 10, 2010

XPDC Gunung Nuang 2010


Alhamdulillah, pada 26-27 Februari 2010 yang lepas, XPDC Gunung Nuang telah berjaya dijalankan. Seramai 39 orang peserta telah mengikuti program ini. Ini juga merupakan kali pertama program ARC IIUM Kuantan yang disertai oleh ARC IIUM Gombak. Ekspedisi ini merupakan latihan kepada peserta-peserta yang akan mengikuti Ekspedisi Gunung Kinabalu pada bulan April 2010.


26/2/10
Kami bertolak dari UIA Kuantan pada pukul 7.30 pagi. Kami singgah di UIA Gombak untuk mengambil peserta dari UIA Gombak. Kemudian, kami terus bertolak ke Ulu Langat. Kami menikmati hidangan tengah hari di Ulu Langat dan solat Jumaat di sana. Kami tiba di kaki gunung Nuang pada pukul 3 petang. Perjalanan kami agak terganggu seketika kerana tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Kami memulakan perjalanan ke Kem Lolo pada pukul 4.30 petang. Semua peserta selamat tiba di Kem Lolo pada pukul 7 petang. Pada sebelah malam, kami menunaikan kewajipan dan menyiapkan makan malam. Kemudian, kami "memecahkan ais" dikalangan peserta. Setelah selesai "memecahkan ais", kami pun tidur.

27/2/10
Kami bangun seawal 6 pagi untuk menunaikan kewajipan dan menyiapkan sarapan pagi. lebih kurang pukul 9 pagi, kami bergerak ke puncak Nuang. Semua peserta tiba di puncak Nuang lebih kurang pada pukul 1 petang. Kami mula bergerak turun ke Kem Lolo pada pukul 2.30 petang. Lebih kurang pukul 5 petang, semua peserta tiba di Kem Lolo. Setelah menunaikan kewajipan, kami mula bergerak ke starting point. Semua peserta tiba di starting point pada pukul 8 malam. Setelah membersihkan diri dan menunaikan kewajipan, kami bergerak ke Pangsoon untuk menaiki bas dan pulang ke UIA Kuatan. Kami tiba di UIA Kuantan pada pukul 3 pagi.

Alhamdulillah, semua peserta berjaya menghabiskan ekspedisi ini dengan jayanya. Semoga kita semua mendapat manfaat dari ekspedisi kali ini.

Saturday, January 30, 2010

Mount Tahan Expedition 2010


Alhamdulillah.... Selamat sudah ekspedisi Gunung Tahan 2010 yang telah dilalui bermula 23-29 Januari 2010. Seramai 24 orang peserta telah berjaya menamatkan ekspedisi ini dengan jayanya walaupun ramai jugak yang ditimpa kecederaan termasuk penulis sendiri.... hahaha...

Wednesday, January 13, 2010

Hepi Besday....


This is my first entry for 2010. Huhuhu....

Hari ni ulang tahun kelahiran 2 orang anak saudaraku. Kakak dan adik tetapi bukan kembar. Maka pada 13/1/10, genaplah si kakak yang bernama Anis Fathiyyah 12 tahun dan si adik yang bernama Ahmad Farihin 9 tahun. Semoga ALLAH sentiasa merahmati kamu berdua anak-anak saudaraku.... =)