Sunday, March 21, 2010

Recreation Skill Outing: Pulau Kapas

Kali ini recreation outing telah diadakan di Pulau Kapas, Terengganu, negeriku. Hahahaha... Perkhemahan ini telah diadakan pada 13-14 Mac 2010. Kami bertolak dari UIA Kuantan pada 12 Mac 2010 pada pukul 8.30 malam dan tiba di jeti Pulau Kapas pada pukul 1 pagi 13 Mac 2010.


13 Mac 2010
Setibanya di jeti Pulau Kapas yang terletak di bandar Marang, kami mengumpul barang-barang di surau berhampiran dan bersiap-sedai untuk tido (walaupun ada je yang x tido). Kami bangun seawal 6 pagi utnuk menunaikan solat Subuh. Kemudian, kami bersarapan pagi dengan nasi dagang yang di "support" sepenuhnya oleh parents Karimah. Time kasih... Selepas itu, kami mengemas barang-barang dan bersiap-siap untuk bertolak ke Pulau Kapas. Sementara menunggu ketibaan bot, kami mengambil peluang berjalan-jalan sekitar pasar berhampiran jeti. Setelah bot tiba, kami bertolak. Ombak yang besar dan kelajuan bot yang agak laju membuatkan perjalanan kami begitu mencabar dan seronok. Setibanya di Pulau Kapas, kami memasang khemah dan mendengar taklimat daripada Bro Asri. Setelah itu, kami memasak untuk tengah hari. Selepas makan tengah hari dan solat, kami bersiap sedia untuk berkayak ke Taman Laut. Setibanya di Taman Laut, kami melakukan aktiviti snorkelling. Namun, agak kecewa kerana air tidak begitu jernih dan menyukarkan pandangan mata untuk melihat keindahan dasar laut. Setelah itu, kami berkayak pulang ke tapak perkhemahan untuk membilas tubuh badan dan menyiapkan makan malam. Pada sebelah malam, kami menjawab peperiksaan secara bertulis dan praktikal ikatan. Selepas itu, masing-masing kepenatan dan ketiduran...

14 Mac 2010
Bangun seawal pagi untuk menunaikan solat Subuh. Kemudian menyiapkan sarapan. Setelah bersarapan, kami pergi melakukan abseiling. Sungguh seronok. Selepas abseiling, kami snorkelling. Setelah itu, kami menyiapkan makan tengah hari dan makan tengah hari. Kemudian kami mengemas barang-barang dan khemah serta bersiap sedia untuk bertolak pulang ke jeti. Setibanya di jeti pada pukul 5 petang, kami menunggu bas dengan penuh kesabaran dan bas tiba pada pukul 6.30 petang. Kemudian, kami bertolak pulang ke UIA Kuantan...

1 comments:

kumansakti said...

jepah, kapal tu napok macm mg letak surat kabar atas pale