Wednesday, March 10, 2010

XPDC Gunung Nuang 2010


Alhamdulillah, pada 26-27 Februari 2010 yang lepas, XPDC Gunung Nuang telah berjaya dijalankan. Seramai 39 orang peserta telah mengikuti program ini. Ini juga merupakan kali pertama program ARC IIUM Kuantan yang disertai oleh ARC IIUM Gombak. Ekspedisi ini merupakan latihan kepada peserta-peserta yang akan mengikuti Ekspedisi Gunung Kinabalu pada bulan April 2010.


26/2/10
Kami bertolak dari UIA Kuantan pada pukul 7.30 pagi. Kami singgah di UIA Gombak untuk mengambil peserta dari UIA Gombak. Kemudian, kami terus bertolak ke Ulu Langat. Kami menikmati hidangan tengah hari di Ulu Langat dan solat Jumaat di sana. Kami tiba di kaki gunung Nuang pada pukul 3 petang. Perjalanan kami agak terganggu seketika kerana tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Kami memulakan perjalanan ke Kem Lolo pada pukul 4.30 petang. Semua peserta selamat tiba di Kem Lolo pada pukul 7 petang. Pada sebelah malam, kami menunaikan kewajipan dan menyiapkan makan malam. Kemudian, kami "memecahkan ais" dikalangan peserta. Setelah selesai "memecahkan ais", kami pun tidur.

27/2/10
Kami bangun seawal 6 pagi untuk menunaikan kewajipan dan menyiapkan sarapan pagi. lebih kurang pukul 9 pagi, kami bergerak ke puncak Nuang. Semua peserta tiba di puncak Nuang lebih kurang pada pukul 1 petang. Kami mula bergerak turun ke Kem Lolo pada pukul 2.30 petang. Lebih kurang pukul 5 petang, semua peserta tiba di Kem Lolo. Setelah menunaikan kewajipan, kami mula bergerak ke starting point. Semua peserta tiba di starting point pada pukul 8 malam. Setelah membersihkan diri dan menunaikan kewajipan, kami bergerak ke Pangsoon untuk menaiki bas dan pulang ke UIA Kuatan. Kami tiba di UIA Kuantan pada pukul 3 pagi.

Alhamdulillah, semua peserta berjaya menghabiskan ekspedisi ini dengan jayanya. Semoga kita semua mendapat manfaat dari ekspedisi kali ini.

5 comments:

ainShahajar said...

perst time denga name gunung nih

tahniah!!!

Jepah said...

>>>ainshajar:
1st time? gunung nuang adalah puncak tetinggi di Selangor... huhuhu...

Mohd. Ramadan Bin Ab.Hamid said...

OO.. mmg terpacak.. eh.. terpuncak.. :p

Jepah said...

>>>madan:
menuju puncak... hahaha

kumansakti said...

Bro, bile nk ajak aku gi naek gunung/bukit/kemping ni,,,-koden