Saturday, July 10, 2010

XPDC Chamah-Ulu Sepat

Sudah 2 bulan aku x update blog ni... Terlalu sibuk dengan tugasan yang lebih penting barangkali. hahaha... XPDC Chamah-Ulu Sepat ini telah berakhir sebulan yang lepas... Baru sempat aku mencoretkan pengalaman suka duka aku menyertai XPDC ini. XPDC ini telah dilalui dengan jayanya selama 7 hari 6 malam termasuk perjalanan. Seramai 24 orang telah menyertai XPDC ini. Motto XPDC kali ini ialah World Cup: Suara Peduli Palestin.

3 Julai 2010
Perjalananku dimulakan dari stesen kereta api Wakaf Baru bersama-sama Kak Pah. Kami akan bertemu dengan peserta-peserta lain di stesen kereta api Gua Musang. Sesudah tiba di kereta api Gua Musang lebih kurang pukul 1 pagi, Kamilan turut serta dan kami ke masjid untuk merehatkan tubuh badan.
Stesen kereta api Gua Musang

4 Julai 2010

Kami bertiga bangun seawal pagi untuk bersiap-siap menunaikan kewajipan dan membersihakn diri sebelum bertemu dengan peserta-peserta lain dari Kuala Lumpur. Setelah bertemu dengan peserta lain, kami menikmati sarapan pagi dan membeli santapan untuk makan tengah hari. Kami memulakan perjalanan dari stesen kereta api Gua Musang ke Kuala Betis lebih kurang pukul 9 pagi. Dari Kuala Betis, kami ke Kg. Rekom dengan menaiki pick-up. Perjalanan memakan masa selama 3 jam. Namun, nasib kami agak tidak baik kerana tanah runtuh telah berlaku di laluan untuk ke Kg. Rekom. Ini menyebabkan kami terpaksa berjalan kaki ke Kg. Rekom. Setelah 3 jam di berada di atas pick-up, kami trekking ke Kg. Rekom selama 3 jam lagi. Jadi, perjalanan kami memakan masa selama 6 jam pada hari pertama. Setiba nya di Kg. Rekom, kami terus ke Kem Pak Kassim untuk berehat-rehat dan mempersiapkan tempat tidur di sana. Pada waktu malamnya, kami bergembira dan bersuka ria dalam masa yang sekejap sahaja. Kemudian, kami tidur.

Bersuka ria di kem Pak Kassim

5 Julai 2010
Bangun seawal pagi untuk bersiap-siap menuju ke puncak Gunung Chamah.Setelah mengemas beg dan sarapan pagi, kami memulakan perjalanan ke puncak Chamah. Dalam perjalanan, kami singgah di Kg. Rekom untuk mendafatarkan diri di sana. Perjalanan ke puncak Chamah agak mencabar. Terdapat beberapa campsite sebelum tiba di puncak Chamah. Campsite yang pertama ialah Kem Pakma. Memakan masa lebih kurang sejam dari Kem Pak Kassim. Kemudian Kem Tengah yang memakan masa selama sejam dari Kem Pakma. Kemudian Kem Tongkat Ali. Memakan mase lebih kurang sejam dari Kem Tengah. Kami berhenti seketika di Kem Tongkat Ali untuk makan tengah hari. Setelah makan tengah hari dan solat, kami bergerak ke puncak Chamah. Terdapat 7 puncak tipu sebelum kami tiba di puncak Chamah. Perjalan ke puncak Chamah dari kem Tongkat Ali memakan masa selama 5 jam. Perjalanan yang agak memenatkan dan panjang. Pada waktu malam, kami hanya tidur awal untuk merehatkan badan yang sangat penat.

Di Kg. Rekom

Di Kem Tengah


Kem Tongkat Ali

6 Julai 2010
Seperti biasa, bangun pagi, solat dan siapkan sarapan. Menunggu matahari terbit dan bergambar di puncak. Kami mengemas barang-barang dan beg untuk bergerak turun ke Kem Pak Kassim. Rancangan awal kami untuk terus ke Paris (Kem Peres). hahaha. Akan tetapi disebabkan berlaku sedikit kejadian yang tidak diingini, kami terpaksa bermalam di Kem Pak Kassim pada malam ini. Kami tiba agak awal di Kem Pak Kassim iaitu dalam pukul 4 petang. Perjalanan turun lebih cepat dari perjalanan naik. Kami mempersiapkan tempat berteduh dan bermalan di situ.

Di Puncak Chamah

7 Julai 2010
Disebabkan berlaku sedikit kejadian yang tidak diingini, kami terpaksa berpecah kumpulan. 14 orang meneruskan perjalanan ke Gunung Ulu Sepat dan 10 orang terpaksa pulang kembali ke Gua Musang. Kami memulakan perjalanan ke Kem Lepir. Perjalanan ke Kem Lepir sangat-sangat mencabar dan jauh. Kami melalui beberapa campsite sebelum tiba di Kem Lepir. Dari Kem Pak Kassin, kami ke Kem Peres yang memakan masa selama 2 jam setengah. Kami berhenti makan tengah hari dan meneruskan perjalanan. Setelah 2 jam berjalan, kami berhenti di Kem Retak untuk menunaikan solat. Ada peristiwa yang menyayat hati pernah berlaku di kem ini. Setelah solat, kami meneruskan perjalanan ke Kem Lepir. Sebelum tiba di Kem Lepir, kami melalui Kem Sempadan, Bukit Botak dan Bukit Cantik. Perjalanan memakan masa selama lebih kurang 5 jam untuk tiba di Kem Lepir dari Kem Retak. Hujan yang membasahi bumi menambahkan lagi cabaran untuk kami tiba di Kem Lepir. Aku sendiri beberapa kali tergelincir sepanjang perjalanan. Setibabnya di Kem Lepir, kami mempersiapkan tempat penginapan. Setelah makan malam dan solat, kami terus tidur dalam kesejukan malam.

Di Paris (Kem Peres)


Kem Sempadan


Kem Sungai Lepir

8 Julai 2010
Hari ini kami agak lambat memulakan perjalanan kerana keletihan perjalanan semalam. Dari Kem Lepir, kami bergerak ke puncak Gunung Ulu Sepat yang memakan masa selama 3 jam. Perjalanan yang agak cepat dan laju pada hari ini. Kami meninggalkan beg yang berat di Junction dan bergerak ke puncak Ulu Sepat tanpa membawa beg. Terasa ringan tubuh badan ini. hahaha. Setelah makan tengah hari dan bergambar di puncak Ulu Sepat, kami kembali ke Junction untuk menggalas semula beg dan turun ke Kg. Lenweng. Perjalanan ke Kem Sg. Lenweng memakan masa selama 2 jam. Kami berhenti seketika untuk solat dan meneruskan perjalanan ke Kg. Lerlar. Perjalanan ke Kg. Lerlar memakan masa selama 3 jam dari Kg. Lenweng. Setelah tiba, seperti biasa, kami menyediakan tempat penginapan dan makan malam. Setelah membersihkan diri dan solat, kami tidur dengan lenanya kerana kami telah tiba di Kg. Lerlar yang merupakan tempat terakhir kami bermalam di sepanjang XPDC ini.

Bergambar di puncak Ulu Sepat

9 Julai 2010
Bangun seawal pagi untuk solat dan memebrsihkan diri. Mode pulang ke rumah. hahaha. Kami bergerak ke Pengkalan Trojan dari Kg. Lerlar dengan menaiki pick-up. Perjalanan mengambil masa selama 45 minit sahaja. Kemudian, kami menaiki bot untuk ke Empangan Temenggor. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam. Kemudian, kami ke Bandar Gerik untuk pulang ke destinasi masing-masing. Disebabkan tiket bas pulang ke Kuala Lumpur telah pun habis, kami terpaksa ke Medan Gopeng untuk menaiki bas. Kami mengucapkan selamat tinggal kepada Pak Kassim sebagai trekker kami sebelum ke Medan Gopeng. Setibanya di Medan Gopeng, 13 peserta pulang ke Kuala Lumpur dan aku pulang ke Kuala Terengganu, kampung halamanku. hahaha...

Pengkalan Trojan


Sebelum berpisah



p/s: XPDC kali ini amat menyeronokkan walaupun terdapat kejadian yang tidak diingini berlaku. Ini merupakan G7 ke-5 dan ke-6 aku. Kepada mereka yang tidak mempunyai peluang untuk ke puncak Ulu Sepat, semoga korang berjaya juga sampai di puncak Ulu Sepat satu hari nanti. Kepada semua peserta XPDC, tahniah dan syabas. Semoga kita akan berjumpa lagi pada XPDC yang akan datang.


2 comments:

Ahmad Ammar Asri said...

Gewd2..Ayat kemas dan padat...

btw..apa yg terjadi kat kem retak..?org blkg tak taw critapun..Gambar kat Sg Lepi tu gmbr fendia je sape..?

Jepah said...

bukan ke ade org pernah meninggal kat kem retak?