Sunday, March 21, 2010

Final Exam Sem 2 09/10


Akhirnya, penghujung semester 2 bagi sesi 2009/2010 telah pun tiba. Peperiksaan akhir semester bakal bermula. Untuk semester ini, sebanyak 6 ujian bertulis dan 1 ujian praktikal bakal aku hadapi. Selamat mengulangkaji dan selamat berjaya diucapkan kepada semua yang bakal menjalani peperiksaan akhir semester terutamanya rakan-rakan sekelasku, rakan-rakan sekuliahku, rakan-rakan sekelabku dan semua rakan-rakanku... hehehe... All the best... Semoga ALLAH merahmati kita semua... Ameen... :-)

Recreation Skill Outing: Pulau Kapas

Kali ini recreation outing telah diadakan di Pulau Kapas, Terengganu, negeriku. Hahahaha... Perkhemahan ini telah diadakan pada 13-14 Mac 2010. Kami bertolak dari UIA Kuantan pada 12 Mac 2010 pada pukul 8.30 malam dan tiba di jeti Pulau Kapas pada pukul 1 pagi 13 Mac 2010.


13 Mac 2010
Setibanya di jeti Pulau Kapas yang terletak di bandar Marang, kami mengumpul barang-barang di surau berhampiran dan bersiap-sedai untuk tido (walaupun ada je yang x tido). Kami bangun seawal 6 pagi utnuk menunaikan solat Subuh. Kemudian, kami bersarapan pagi dengan nasi dagang yang di "support" sepenuhnya oleh parents Karimah. Time kasih... Selepas itu, kami mengemas barang-barang dan bersiap-siap untuk bertolak ke Pulau Kapas. Sementara menunggu ketibaan bot, kami mengambil peluang berjalan-jalan sekitar pasar berhampiran jeti. Setelah bot tiba, kami bertolak. Ombak yang besar dan kelajuan bot yang agak laju membuatkan perjalanan kami begitu mencabar dan seronok. Setibanya di Pulau Kapas, kami memasang khemah dan mendengar taklimat daripada Bro Asri. Setelah itu, kami memasak untuk tengah hari. Selepas makan tengah hari dan solat, kami bersiap sedia untuk berkayak ke Taman Laut. Setibanya di Taman Laut, kami melakukan aktiviti snorkelling. Namun, agak kecewa kerana air tidak begitu jernih dan menyukarkan pandangan mata untuk melihat keindahan dasar laut. Setelah itu, kami berkayak pulang ke tapak perkhemahan untuk membilas tubuh badan dan menyiapkan makan malam. Pada sebelah malam, kami menjawab peperiksaan secara bertulis dan praktikal ikatan. Selepas itu, masing-masing kepenatan dan ketiduran...

14 Mac 2010
Bangun seawal pagi untuk menunaikan solat Subuh. Kemudian menyiapkan sarapan. Setelah bersarapan, kami pergi melakukan abseiling. Sungguh seronok. Selepas abseiling, kami snorkelling. Setelah itu, kami menyiapkan makan tengah hari dan makan tengah hari. Kemudian kami mengemas barang-barang dan khemah serta bersiap sedia untuk bertolak pulang ke jeti. Setibanya di jeti pada pukul 5 petang, kami menunggu bas dengan penuh kesabaran dan bas tiba pada pukul 6.30 petang. Kemudian, kami bertolak pulang ke UIA Kuantan...

Wednesday, March 10, 2010

XPDC Gunung Nuang 2010


Alhamdulillah, pada 26-27 Februari 2010 yang lepas, XPDC Gunung Nuang telah berjaya dijalankan. Seramai 39 orang peserta telah mengikuti program ini. Ini juga merupakan kali pertama program ARC IIUM Kuantan yang disertai oleh ARC IIUM Gombak. Ekspedisi ini merupakan latihan kepada peserta-peserta yang akan mengikuti Ekspedisi Gunung Kinabalu pada bulan April 2010.


26/2/10
Kami bertolak dari UIA Kuantan pada pukul 7.30 pagi. Kami singgah di UIA Gombak untuk mengambil peserta dari UIA Gombak. Kemudian, kami terus bertolak ke Ulu Langat. Kami menikmati hidangan tengah hari di Ulu Langat dan solat Jumaat di sana. Kami tiba di kaki gunung Nuang pada pukul 3 petang. Perjalanan kami agak terganggu seketika kerana tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Kami memulakan perjalanan ke Kem Lolo pada pukul 4.30 petang. Semua peserta selamat tiba di Kem Lolo pada pukul 7 petang. Pada sebelah malam, kami menunaikan kewajipan dan menyiapkan makan malam. Kemudian, kami "memecahkan ais" dikalangan peserta. Setelah selesai "memecahkan ais", kami pun tidur.

27/2/10
Kami bangun seawal 6 pagi untuk menunaikan kewajipan dan menyiapkan sarapan pagi. lebih kurang pukul 9 pagi, kami bergerak ke puncak Nuang. Semua peserta tiba di puncak Nuang lebih kurang pada pukul 1 petang. Kami mula bergerak turun ke Kem Lolo pada pukul 2.30 petang. Lebih kurang pukul 5 petang, semua peserta tiba di Kem Lolo. Setelah menunaikan kewajipan, kami mula bergerak ke starting point. Semua peserta tiba di starting point pada pukul 8 malam. Setelah membersihkan diri dan menunaikan kewajipan, kami bergerak ke Pangsoon untuk menaiki bas dan pulang ke UIA Kuatan. Kami tiba di UIA Kuantan pada pukul 3 pagi.

Alhamdulillah, semua peserta berjaya menghabiskan ekspedisi ini dengan jayanya. Semoga kita semua mendapat manfaat dari ekspedisi kali ini.