Monday, December 19, 2011

Cabaran...


Sejak kebelakangan ini, ramai yag bertanya kepadaku "Macam mana keje?" "Ada prob x keje?" dan macam-macam lagi soalan yang berkaitan dengan kerja. Jadi, ingin aku jawab di sini bahawa cabaran dan masalah ada di mana-mana. Masa belajar pun ada cabaran dan masalah tersendiri. Begitu juga dengan kerja. Jadi, semua cabaran dan masalah ini bergantung kepada macam mana kita menghadapinya. Jika betul cara kita menghadapinya, kita tetap akan enjoy dengan kerja. Jika silap caranya, kita akan sentiasa tertekan dengan kerja. Nasihatku, jangan cuba lari daripada masalah atau cabaran. Hadapinya dengan baik. =). InsyaALLAH, kita akan berjaya. =)

Sunday, November 13, 2011

New Life... =)


Alhamdulillah, sudah hampir sebulan aku bekerjaya di bawah syarikat Dutch Lady Milk Industries sebagai Nutritional Executives. Based di Kota Bharu, Kelantan. Kerja ni melibatkan aku dalam bidang medical marketing. Walaupun agak lari dari bidang yang aku belajar semasa di universiti, namun, aku masih boleh mempraktikkan sedikit sebanyak ilmu-ilmu yang aku pelajari dulu. Namun begitu, banyak juga aku telah pelajari dengan kerja ini. Menambahkan ilmu-ilmu dalam nutrition dan marketing. Aku pun tidak menyangka aku akan kerja dalam bidang ini. Inilah dikatakan rezeki daripada ALLAH. Alhamdulillah... Rezeki pada masa hadapan, kita masih tak tahu,kan?

Friday, October 14, 2011

Bachelor Degree Convocation...

Alhamdulillah... Akhirnya aku telah bergraduasi sebagai pelajar sarjana muda dietetik pada 8 Oktober 2011 sempena Konvokesyen UIAM kali ke-27... Berakhirlah sebuah kisah dan bermulalah sebuah kisah baru dalam hidupku... =)

Thursday, April 14, 2011

Unofficially graduated....


Akhirnya, saat-saat yang mendebarkan telah pun dilalui. Dengan berakhirnya VIVA untuk diriku pada 14/4/11, pukul 10.25 pagi, dengan tidak rasminya aku telah berjaya menghabiskan pengajianku di bumi UIA Kuantan ini. Alhamdulillah. Dengan ini juga, berakhirlah sebuah kisah. Kisah pengajianku selama 4 tahun bergelar pelajar ijazah sarjana muda dietetik. Maka dengan ini, bermulalah sebuah kisah yang mungkin lebih mencabar dalam hidupku. Kisah baru yang aku tidak tahu bila akan berakhir. Walaupun aku agak berdebar dan ada juga soalan-soalan yang hanya dijawab dengan jawapan "tidak pasti", namun, hatiku berjaya ditenangkan sebaik sahaja berakhirnya lemparan-lemparan soalan dengan kata-kata dari pensyarah yang banyak mengajarku. Kata-kata itu berbunyi:

"Ok Huzaifah, You are now ready to graduate" (Sr. Fathin, 2011)

Thursday, March 31, 2011

The challenges begin...


Akhirnya, cabaran untuk semester terakhir ini bermula. Dimulakan dengan bismillah... hehehe... Pembukaan cabaran ini adalah dengan pembentangan kes pesakit dalam diikuti dengan tiga peperiksaan akhir, kemudian pembentangan kes unit khusus dan yang terakhir adalah VIVA. Selamat berjaya kepada semua rakan-rakan yang bakal menempuhi cabaran akhir ini sebagai pelajar ijazah sarjana muda....

Monday, March 28, 2011

Finally... The very final come...


Dah lama tak mengemaskini blog ini... berbulan-bulan sudah... sudah bersawang... hikhik... ok... kembali ke topik asal....

Akhirnya, peperiksaan akhir semester 2 bagi sesi 2010/2011 bakal menjelma. Ini merupakan peperiksaan terakhir bagiku bergelar sebagai seorang pelajar ijazah sarjana muda... InsyaALLAH... kali ini, aku bakal disajikan dengan cabaran dua pembentangan kes, tiga peperiksaan akhir dan satu viva (yang ni paling digeruni...huhuhu).... Jadi, selamat berusaha kepada diriku sendiri dan rakan-rakan yang lain... Semoga berjaya menempuhi cabaran kali ini dengan jayanya... InsyaALLAH...