Thursday, April 14, 2011

Unofficially graduated....


Akhirnya, saat-saat yang mendebarkan telah pun dilalui. Dengan berakhirnya VIVA untuk diriku pada 14/4/11, pukul 10.25 pagi, dengan tidak rasminya aku telah berjaya menghabiskan pengajianku di bumi UIA Kuantan ini. Alhamdulillah. Dengan ini juga, berakhirlah sebuah kisah. Kisah pengajianku selama 4 tahun bergelar pelajar ijazah sarjana muda dietetik. Maka dengan ini, bermulalah sebuah kisah yang mungkin lebih mencabar dalam hidupku. Kisah baru yang aku tidak tahu bila akan berakhir. Walaupun aku agak berdebar dan ada juga soalan-soalan yang hanya dijawab dengan jawapan "tidak pasti", namun, hatiku berjaya ditenangkan sebaik sahaja berakhirnya lemparan-lemparan soalan dengan kata-kata dari pensyarah yang banyak mengajarku. Kata-kata itu berbunyi:

"Ok Huzaifah, You are now ready to graduate" (Sr. Fathin, 2011)

2 comments:

Nissa Jalaluddin said...

hapdate la blog.berbulan dah..huhu

Jepah said...

sabar2... huhuhu