Thursday, March 31, 2011

The challenges begin...


Akhirnya, cabaran untuk semester terakhir ini bermula. Dimulakan dengan bismillah... hehehe... Pembukaan cabaran ini adalah dengan pembentangan kes pesakit dalam diikuti dengan tiga peperiksaan akhir, kemudian pembentangan kes unit khusus dan yang terakhir adalah VIVA. Selamat berjaya kepada semua rakan-rakan yang bakal menempuhi cabaran akhir ini sebagai pelajar ijazah sarjana muda....

Monday, March 28, 2011

Finally... The very final come...


Dah lama tak mengemaskini blog ini... berbulan-bulan sudah... sudah bersawang... hikhik... ok... kembali ke topik asal....

Akhirnya, peperiksaan akhir semester 2 bagi sesi 2010/2011 bakal menjelma. Ini merupakan peperiksaan terakhir bagiku bergelar sebagai seorang pelajar ijazah sarjana muda... InsyaALLAH... kali ini, aku bakal disajikan dengan cabaran dua pembentangan kes, tiga peperiksaan akhir dan satu viva (yang ni paling digeruni...huhuhu).... Jadi, selamat berusaha kepada diriku sendiri dan rakan-rakan yang lain... Semoga berjaya menempuhi cabaran kali ini dengan jayanya... InsyaALLAH...